P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Jumaat, 24 Januari 2014

PHGL : Sticker dinding, Catatan Hadis & Menu

Sticker dinding dalam kedai



 Inilah lamb atau biri-biri

Replika biri -biri dari sayuran dan rempah di dapur 





Alhamdulillah, PHGL telah pun siap memasang sticker dinding kedai.
Hiasan dinding dalam kedai ini adalah ilham sendiri, catatan hadis 
tercatat, sinonim dengan bahagian daging kambing @ lamb yang disajikan
di restoran PHGL.  

Apabila sticker di pasang ada pelanggan yang mengambil peluang 
bergambar dengannya. Ada juga yang meminta disajikan pilihan daging bahagian ini.
Ya wahai tuan-tuan dan puan-puan, sajian hidangan daging bahagian lengan kambinglah yang telah kami sajikan sekian lama di restoran ini kepada anda semua.
Tiadalah kami catatkan hadis ini melain kami telah pun menunaikannya.

Bagi BBQ kambing, kami menyajikan dari seluruh bahagian kambing
tidak termasuk kepala dan bahagian organ dalam dari seekor kambing. 

"Jemput singgah semuanya ke restoran PHGL"

 
PERKONGSIAN ILMU 

Suatu hari, sesudah menghantar adik mimi ke kelas hafazan
saya dan suami singgah minum pagi disebuah gerai milik penduduk sebuah Kg 
berhadapan Sek Men Sg Choh. Gerai ini biasa-biasa sahaja, namun rasa sajian sarapan paginya, mengingatkan saya akan sajian hidangan makan pagi dari dapur rumah mak saya di kampung. Sesekali saya suka menikmati rasa itu. 
Ada nilai yang biarlah saya sahaja 
yang mentafsirkannya. Saya suka.

Saya renung bait-bait nota kuliah ini jauh ke dalam diri sendiri
Saya baca dan faham 2 surah pilihan ini.
ketika itu saya, suami dan abang cik an terkandas kerana
kereta kami meragam tiba-tiba di suatu pagi di sebuah kampung.

Sesudah saya renung nota ini, akhirnya suami berjaya 
mendapat ilham untuk menghidup kereta itu. Itupun hampir 3 jam sudah kami
menanti. Alhamdulillah, seminit dua yang mengenapkan 3 jam itu saya diberi ruang untuk 
duduk seketika, merenung nota kuliah ini, dan kembali mengaudit diri
sendiri, sungguh benar momen ini, memberi kesan jauh ke dalam lubuk hati.





    

Surah ibrahim ayat 32 -34
 


A032 

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).  

A033 
 Dan Ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.








A034

Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. 


Surah Al imran ayat 200 

 
 
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
 
 Dalam ayat di atas Allah SWT menghendaki kita bersungguh-sungguh dan bersabar di dalam menegakkan kebenaran. 

Kita hendaklah memiliki kesabaran melebihi kesabaran musuh-musuh Allah SWT. Kesabaran orang mukmin itu mengatasi kesabaran orang-orang kafir. 
Orang mukmin tetap bersabar dalam apa jua suasana. 

Walaupun musuh-musuh Allah sabar dalam melakukan sesuatu, tetapi orang mukmin lebih sabar daripada mereka. Di samping bersabar orang mukmin juga lebih kuat daripada musuh-musuh mereka. 

Wasallam.

 








Tiada ulasan: