Alhamdulillah hari ini jumaat hari cuti buat saya
yang bekerja di Kuala Lumpur.
Pagi-pagi lagi suami dah hantar saya, adik mimi dan abang cik an
ke Kedai D'Sham Muslim Shoppe.
Tujuan kami datang awal ke kedai ni sebab nak mencuci
Saya khabarkan kepada abang cik an tentang sarang burung yang ada
tanpa lengah dia terus pergi menyiasat sarang burung tersebut, hasilnya
berita yang dibawa, ada sebiji telur burung kat dalam sarang,
seronoknya pula bila dapat tahu,
kami teruskan kerja mencuci hingga menjelang jam 12.00 tengahari,
dalam tempoh tersebut dapatlah kami tengok rupa sebenar penghuni sarang burung
tersebut, dari sebalik cermin kaca, rupanya siburung kelicap kunyit.
Sebelum pulang bila dah pasti si kelicap telah keluar sarang
sekali lagi abang cik an menyiasat, hasilnya telur sudah bertambah
kepada 2 biji. Ketika itu bertambah lebar senyum saya. Alhamdulillah.
Berita tersebut tidak henti disitu, saya mula terfikir apakah hikmahnya
kebaikannya si burung kelicap ini yang boleh saya kaji dan renungkan.
Sekian masa menelaah, saya temui catatan hadis ini untuk dikongsi:
PERKONGSIAN ILMU
"TAWAKKAL DALAM PERNIAGAAN"
SAYANG....., ada yang salah faham konsep tawakal dalam hadis ni....
"Takyahla
usaha teruk-teruk sangat..
kalo ada rezeki ada la.. macam burung tu, keluar
lapar balik kenyang"
"buat
apa nak target-target buat semua benda ni..
kalau takde rezeki
takde jugak" dan sebagainya
perhatikan
betul-betul....
Kenapa
Rasulullah bagi contoh ....BURUNG?
kenapa
baginda tak kata unta?
unta pun bangun pagi-pagi lapar, lepas tuan dia bagi makan,
kenyangla dia.
PERTAMA,
kerana burung CARI makanan dia.
adakah
burung-burung yg kita tengok tu dalam kelaparan... terbang-terbang
ehhhh ter kenyang pulak.
jom balik.
KEDUA,
Burung keluar DI AWAL WAKTU
Pagi-pagi
dia keluar kan. Kalau dari istana saya di ni pagi2 dgr bunyi cip cip cip.
Tengah hari sikit dah takde dah.
Petang pulak depa balik. burung berpagi2
kuar cari makanan.
Tak lewat sikit pun.
jadi
kita yang bertangguh ni?
cuba kita renung-renung dan audit diri kita semula...
KETIGA,
Burung tahu TUJUAN
Biasakan
kat sawah pagi kita tengok ada orang-orang...
kita tanya "buat apa
ni?"
jawab pakcik pesawah "halau burung". kan?
burung tahu
rezeki dia ada di sawah padi.
Kalau burung raja udang dia tunggu kat tepi
sungai sebab dia makan ikan.
takdenya
burung-burung tu pegi ntah mana-mana kan?....
KEEMPAT,
Burung TAK PATAH BALIK
Burung-burung
yang berhijrah dari negeri sejuk ke panas,
atau sebaliknya, tak pernah
sampai tengah jalan ehhh.... patah baliklah,
tak larat terbang. huhu...
Mereka
tetap teruskan ke tempat penghijrahan mereka.
KELIMA,
Burung MEMBERI MANFAAT KEPADA MAKHLUK LAIN
Bila
hisap madu, burung kelicap sebenarnya membantu pendebungaan.
jadi pokok-pokok
yang dia hinggap tu boleh membiak & berbuah...
bukan saja-saja Rasulullah bagi contoh BURUNG.
Ini semua kerana istimewanya burung ni
dalam kisah Nabi ibrahim,
burung kecil pun bantu nak padamkan api walaupun paruhnya
kecil.
Burung sebenarnya ada banyak nilai positif.
Jangan
hidup tanpa arah tujuan. Malu dengan burung.
Jangan
buat kerja separuh jalan. Malu dengan burung.
Jangan
patah semangat dalam pendakian. Malu dengan burung.
Sedangkan
Allah dah ciptakan kita sebaik-baik kejadian.
Malah Allah mintak iblis dan para
malaikat untuk sujud pada kita.
Nak cerita betapa bagusnya kejadian manusia ni.
Kalau kita kalah dengan burung. Malu kan?
D'SHAM MUSLIM SHOPPE
Ruang kedai dah siap dibersihkan dan di atur semula
Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan