P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Rabu, 2 Oktober 2013

Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak "Opening"


Ruang dalam kedai 




Antara tetamu yang hadir, pada sesi kedua antaranya
Ustaz Zambri & keluarga. foto ihsan ipar



Alhamdulillah selesai sudah majlis kenduri dan doa selamat 
serta kesyukuran sempena pembukaan kedai baru.

Alhamdulillah ramai tetamu yang hadir, 
antaranya adik beradik, rakan sekampung, 
rakan kejiranan taman perumahan, jiran sebelah menyebelah kedai
 petugas keselamatan (Polis)
rakan2 dari Masjid, surau2, kenalan2 krew phgl dan  
 pelanggan walk in yang hadir untuk singgah makan seperti biasa di kedai
menjadi antara pelanggan istimewa pada malam tersebut kerana 
dapat sama meraikannya.

Saya dan Pak ngah juga krew phgl 
ingin mengucapkan ribuan kemaafan 
andai ada sebarang kekurangan salah dan silap sepanjang tempoh majlis berlansung.
Mudah-mudahan Allah SWT memberkati majlis ini, juga semua 
yang hadir maupun yang hanya mengikuti perkembangan saya 
melalui penulisan blog ini dari alam maya.

"Jemput singgah ramai-ramai ke kedai 

Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak ..."


PERKONGSIAN ILMU

KEHIDUPAN ini tidak selamanya berjalan seperti yang kita harapkan. Sekali kita mujur, sekali kita kecewa, sekali kita rehat dan sekali kita bekerja.

Seorang pemuda, pemudi, seorang penuntut ilmu dan seorang remaja juga mengalami hal yang sama. Malah semua orang juga sama. Seseorang sentiasa memerlukan nasihat dan bimbingan, baik di kala menemui kesulitan mahupun ketika dibelenggu persoalan.

Jika situasi kita juga demikian, mintalah nasihat daripada mereka yang berpengalaman terutama ulama yang mendalam ilmunya atau mentelaah buku-buku tulisan mereka. Di situ kita boleh memetik mutiara-mutiara ilmu dan mengamalkannya.

Perkongsian ini dibekalkan mutiara nasihat buat tatapan semua.
 Mudah-mudahan dapat menjadi panduan untuk hari-hari mendatang:
 

•    Badiuzzaman Said Nursi berkata, “Orang yang mengenal dan taat kepada ALLAH ia akan bahagia meskipun berada dalam penjara. 
Orang yang tidak mengenal-NYA akan sengsara meskipun berada dalam istana.
 

•    Dalam kitab ‘Ayyuhal Walad’ Imam Al-Ghazali Rahimahullah berkata, “Wahai anakku yang tercinta, engkau juga bertanya tentang ikhlas, maka ikhlas itu ialah engkau menjadikan segala amalan hanya untuk ALLAH Taala dan hatimu tidak merasa senang dengan pujian manusia dan dirimu juga tidak peduli dengan kecaman mereka.”
 

•    Syeikh Sya’rawi Rahimahullah berkata, “ALLAH menciptakan manusia agar beriman atau kufur kerana DIA ingin kita datang kepada-NYA dengan kecintaan bukan terpaksa. Maka ALLAH menginginkan hati yang khusyuk bukan jasmani yang tunduk.”
 

•    Sayyid Qutb berkata, “Kehidupan materialisma yang menggugat dunia diumpamakan seperti kagumnya anak-anak kecil terhadap pakaian berlukis dan mainan berwarna-warni.”
 
Jangan Suka Menunda


Imam Ibnu ‘Athaillah As-Sakandari adalah anak murid kepada Al-Imam Abul Abbas Al-Marsy. Beliau mempelajari ilmu tasawuf seperti yang diajarkan oleh Al-Imam Abul Hasan Al-Syaziliy. Beliau juga seorang wali ALLAH, seorang alim besar dan juga tergolong  dalam barisan sasterawan Arab yang ternama. Beliau berkata, “Penundaanmu terhadap amal hingga ada waktu luang termasuk kebodohan jiwa.” Ini adalah masalah yang penting dan kita merasakannya.

Jika ditanya kepada seseorang, “Apakah engkau menelaah kitab?”

Dia akan menjawab, “Tidak ada waktu terluang tapi jika ada kesempatan, insya-ALLAH aku akan menelaah.”

Jika engkau bertanya, “Apakah engkau berwirid?”

Spontan ia menjawab, “Tidak ada kesempatan...”

Inilah situasi hari ini...

Ramai orang menunda amalan sehingga ada waktu lapang untuk dilaksanakan. Sedangkan tabiat manusia hari ini sentiasa berada dalam kesibukan. Oleh itu, barang siapa yang menangguhkan amal ukhrawi dan menunggu sehingga waktu lapang, maka dia tidak akan dapat melakukannya.

Maka, ambillah pengajaran daripada situasi tadi agar dirimu tidak lalai dan leka serta bersegera melakukan amalan ukhrawi (berzikir, membaca al-Quran, qiamullail, menuntut ilmu dan lain-lain. Lakukanlah sekarang. Aturlah jadual harian dan sisihkan sedikit masa untuk amalan akhirat. Sesungguhnya, memelihara waktu juga sebahagian daripada sunah Rasulullah s.a.w dan para sahabat.

Daripada Aisyah r.a, beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, amal yang paling dicintai Rasulullah s.a.w adalah amal yang terus-menerus dilakukan oleh orang yang melaksanakannya. Keluarga Muhammad itu, apabila melakukan suatu amal, maka mereka sentiasa menekuninya. - Takhrij as-Sittah

Untuk melaksanakannya tidak memerlukan masa tertentu. Misalnya ketika melakukan tugasan rutin, jadikan tabiat membaca zikir dan wirid tertentu. Ketika waktu rehat, isikan pula rohani dengan bacaan kalamullah.

Tidak mengapa jika tidak banyak tetapi biarlah berterusan. Di samping menata amalan-amalan wajib yang lain. Seharusnya kita perlu mempunyai tradisi tertentu yang sesuai dengan keperluan hati dan kehidupan. Paling penting tidak membebankan diri.

ALLAH tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. - 
Surah al-Baqarah: 286


Selamat beramal.

Wasallam


1 ulasan:

azlina berkata...

assalamualaikum shahmi lama x berziarah rakan blogger sbk di fb je...alhamduliah taniah dh semakin maju..semuga tambah rezeki yang berkat amin..