Khamis, 17 Oktober 2013

Aidil adha & anak2


Buah mangga ( hadiah) dari rakan seperjuangan Pak Ngah 
menjelang aidil adha.




Alhamdulillah aidil adha sudah pun berlalu, 
untuk anak-anak yang pulang bercuti
menu: 
Daging masak ala stew menjadi hadiah juga hidangan istimewa untuk mereka.
Semalam dan esok anak-anak akan beransur pulang ke asrama masing-masing.
Kami akan bertemu semula insyallah di musim cuti sekolah nanti.


PERKONGSIAN ILMU


KONGSI 1

Dari Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: 
Sesungguhnya telah Berjaya seseorang itu yang beriman dengan ikhlas, 
menjadikan hatinya suci (dari syirik dan kekufuran) 
ucapannya jujur dan benar, 
jiwanya tenang 
(orang yang banyak berzikir dan melaksanakan segala perintah Allah akan mendapat ketenangan), 
baik budi pekertinya, 
menjadikan telinganya mendengar (nasihat) dan matanya melihat kepada kebenaran. 
(HR Musnad Ahmad)


KONGSI 2

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: 
Tiga sifat, barangsiapa mempunyai sifat-sifat yang berikut akan merasai kemanisan iman: Pertama, 

mereka yang mencintai Allah SWT dan Rasul SAW lebih dari segala sesuatu. 
Kedua, 

Tidak mencintai seseorang kepada seseorang yang lain kecuali kerana Allah SWT.
 Ketiga,

 seorang yang membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api. 
(HR Bukhari)

KONGSI 3

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
Allah SWT akan turun kelangit bumi pada dua pertiga daripada malam dan bertanya: Siapakah orangnya yang berdoa kepadaKu nescaya Aku akan perkenankan doanya. Dan siapakah orangnya yang meminta sesuatu akan Ku beri permintaannya. 
Dan siapakah orangnya yang memohon pengampunan nescaya akan Ku ampuni baginya. 
(HR Bukhari)

Nota:

Saya suka ulang-ulang membaca hadis ini, 
ianya bagai air sejuk yang mengalir dingin
jauh ke kolam hati.

Wasallam

Tiada ulasan: