Isnin, 30 September 2013

Restoran Baru Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak


Di awal permulaan perniagaan


Peringkat seterusnya


Minggu terakhir sebelum berpindah




Kedai baru



Alhamdulillah, dan insyallah pada 1hb Oktober 2013 
bersamaan 25 Zulkaedah bagi tahun 1434 Hijrah 
Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak akan beroperasi di tempat baru.
Kesemua kawan-kawan dan pembaca blog SDH dijemput hadir
ke restoan baru kami.
Alhamdulillah setelah hampir 4 tahun
PHGL & krew maju setapak lagi
kehadapan, sokongan anda semua dari dahulu hingga kini
 sentiasa dalam ingatan dan amat dihargai, semoga Allah jua yang membalasnya.


PERKONGSIAN ILMU

Proaktif Dalam Islam

Dalam Islam, proaktif amat disanjung tinggi dan terpuji. Kenyataan ini jelas berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Berlumba-lumbalah kamu berbuat kebaikan”
Selain itu, antara sifat orang-orang mukmin ialah berlumba-lumba siapakah yang terlebih dahulu mempraktikkan sesuatu amalan berteraskan ilmu yang dipelajari. Begitu juga halnya dengan para sahabat r.a.h yang mana mereka saling menghulurkan khidmat kepada Rasulullah S.A.W.
Sebuah hadis menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W mengimamkan solat jemaah. Setelah bangun daripada rukuk seraya Nabi S.A.W berkata: “sami’allahu liman hamidah” (سمع الله لمن حمده).
Seorang sahabat yang mengikuti di belakang baginda mengucapkan: “rabbana lakal hamdu hamdan kathiran tayyiban mubarakan fih” (ربنا لك الحمد حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه).
Selesai solat Rasulullah S.A.W berpaling ke belakang dan bertanya siapakah yang menutur demikian ketika iktidal tadi?
Saya wahai Rasulullah, jawab seorang sahabat.
Maka Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya tiga puluh lebih malaikat berebut-rebut hendak menulis ganjaran bagi kamu”. (Hadis Sahih)

Kesimpulan

Inisiatif para sahabat melangkau jauh ke hadapan dalam melakukan ketaatan dengan kreativiti tensendiri mendapat pengiktirafan daripada baginda Nabi S.A.W.
Setiap orang layak merangkul kejayaan dan kebahagian dalam hidup melainkan mereka yang tidak berhasrat untuk meraih nikmat ini.

Wasallam

6 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

Alhamdulillah


kat mana kawasan tu...

Unknown berkata...

As salam

Kalau dari Selayang selepas Petronas Templer, sebelah kiri, bersebelahan Klinik mata Tun Hussien Onn, dibawah office Mantop Training Centre, sebelum Tesco.

rezeki berkata...

Salam

Alhamdulillah
Moga terus maju jaya dunia dan akhirat

Tahniah

Unknown berkata...

Waalaikumsalam

Terima kasih, semoga Allah memberkati hidup kita semua dari dunia hinnga ke FirdausNya.

p/s : SCP banyak memberi motivasi utk kami berdua

afeezz berkata...

insyaAllah akan smpi kat kedai baru plak nnt..

Unknown berkata...

As salam

Jemput singgah ...ajak kawan2 mai ramai2 hehehhe