Khamis, 29 Ogos 2013

Doa buat Along, Angah, adik an dan adik mimi.






Alhamdulillah, hari ini ada kelapangan untuk menulis lagi,
Suatu malam saya menerima panggilan telefon dari angah,
Angah maklumkan tentang keputusan percubaan PMRnya...
ada nada lemah semangat, saya sudah agak bagaimana keputusannya.

Saya menerima bahawa angah bukanlah pelajar top ten di sekolah.
Angah hanyalah pelajar yang biasa-biasa sahaja.
Saya bersyukur bila angah ditempatkan diMMPS.
Alhamdulillah Angah berdikari dan boleh menguruskan diri sendiri.
Alhamdulillah Angah sihat tubuh badan sepanjang 
berada bersekolah dan tinggal di asrama
Alhamdulillah Angah boleh sudah menjadi imam solat, 
baik solat waktu maupun solat terawih disekolah,
Alhamdulillah Angah boleh menghafaz beberapa surah pilihan
Alhamdulillah Angah punya sifat keberanian tersendiri,
 banyak membantu saya dan suami di rumah dan perniagaan ketika pulang bercuti, 
Alhamdulillah untuk segala kebaikan dari Allah untuk Angah yang tidak tertulis disini.
Nasihat dan doa yang berterusan tidak pernah saya abaikan setiap kali solat.

Pada usia 15 tahun masih banyak perkara yang perlu Angah pelajari.
Salah silap, jatuh bangun, alpa adalah hikmah kematangan untuk dirinya
Sebulan dari sekarang Angah akan menduduki peperiksaan PMR yang sebenar.
Suatu hari saya menhubungi cikgu yang menjaga hal ehwal pelajar sekolah
saya berbincang tentang persediaan guru dan pelajar terkini
bagi menghadapi peperiksaan.

Hakikatnya sebagai seorang ibu wujud debaran dihati 
apabila anak-anak akan menghadapi peperiksaan.
Pengalaman sendiri amat berbeza,
jadual belajar, subjek pelajaran ulangkaji disusun sendiri
disiplin masa juga dijaga sendiri,
tiada tuisyen. Emak sibuk dengan adik yang masih kecil 
Ayah sibuk bekerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga
Alhamdulillah keputusan peperiksaan saya juga
setanding dengan rakan yang bertuisyen.

Hari ini pada usia 15 tahun, anak-anak membesar di asrama
saya hanya mampu berdoa dari jauh...
Saban malam dinihari saya tetap berdoa untuk segala kebaikan dan kejayaan
buat anak-anak dunia dan akhirat.
sebagai ibubapa kita memasang angan-angan, merancang, ingin memiliki yang terbaik
 tetapi kesudahan yang paling baik adalah ditanganNya, setelah kita berusaha. 
Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang, 
sebagai hamba kita perlu sentiasa berusaha tanpa berputus asa.
Hatta dengan doa. 

Ini adalah doa yang saya dapat untuk di kongsi dari seorang hamba Allah, 
anda boleh baca untuk membantu anak anak 
anda yang sedang belajar dan akan menghadapi peperiksaan.

Jika anda rasa ia bermanfaat untuk anda. 
Anda boleh copy, paste, edit ikut kesesuaian anda, dan print.
 Anda boleh baca doa ini hari hari. 

Dan tolong berikan doa ini kepada sahabat sahabat anda yang lain. 

Sama sama kita mencari 'pencen kubur'. Ingat, ilmu yang bermanfaat pahalanya akan berterusan walaupun kita berada di alam kubur selagi mana ilmu itu diamalkan,
 insyallah.


PERKONGSIAN 



DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
 Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. 


Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.


Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.


Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.


Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.


Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.


Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa. 


Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.


Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.
Ya Allah,


Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.


Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. 
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad sallahuaalaiwasallam
 serta para sahabat dan keluarga baginda
Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

Wasallam

Tiada ulasan: