Selasa, 9 Julai 2013

Ramadhan Datang Lagi

rindu-ramadhan



D' Sham Muslim Shoppe & Pak Ngah Hilmi Grilled lamb Steak mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak buat semua umat islam di mana saja berada semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT...
selamat beramal.

Puisi Rindu Ramadhan

Menanti kehadiran Ramadhan 

umpama rindu dan kasih yang tak berkesudahan. 
Ia datang bertamu kembali pada mereka yang merinduinya.. 
menanti untuk menyayanginya.. menanti untuk berkasih dengannya.. 
menanti untuk bermadu mesra dengannya..
Kerna Cinta Ramadhan itu, tidak pernah luntur dan padam.. 
setianya kepada sekalian ummat, 
membuatkan hati ini terlalu rindu untuk kembali bertemu dengannya.. 
biar berkali jiwa Ramadhan di sakiti dan dicalari, 
ia tetap hadir dengan senyuman yang bersinar
Cinta Ramadhan itu terlalu mendalam.. 
padamu Ramadhan, ada sesuatu cinta yang tersirat yang sukar untuk di ungkapkan.. 
Sampaikan salamku pada Ramadhan agar ia sentiasa mengingati, 
bahawa aku sentiasa menanti kehadirannya..

Oh Ramadhan,
kedatanganmu semakin hampir,

rinduku padamu semakin menyala,

kau bawa seribu kemuliaan tak terhitung jumlahnya,

kau tutupi seribu kemusnahan bencana dunia.

Kini ku sedar, aku harus bersiap siaga,

supaya kemuliaan yang kau bawa, tidak berlalu begitu saja,

Al quran, akan sentiasa ku bawa,

mathurat, tahajud, menjadi bekalan ku yang utama

bekalan akan ku persiapkan secukupnya

kerana Aku ingin menemuimu penuh cinta

cinta pada yang Maha Esa.

wallpaper_ramadhan_1024x768

Wasalam

2 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum

salam ramadhan dan selamat berpuasa untuk kak shami sekeluarga

Unknown berkata...

salam dek afez
smoga ramadhan tahun ini lebih baik dr ramadhan tahun2 lalu.