Rabu, 19 Jun 2013

Lamb & Chicken Special



Chicken  steak special



Lamb steak special


Satu malam, sepasang suami isteri berkunjung ke kedai, 
mereka memilih menu  yang tersebut di atas. 
Terdahulu mereka datang sekeluarga, makan beramai2.
Foto di rakam ketika krew Pak Ngah menyiapkan hidangan.

Bila hati berbicara
Kata-kata yang terluah melalui penulisan adalah lahir dari dalam hati. 
Seolah seakan mendapat satu nafas baru andai apa yang di dalam hati itu terluah dan tidak terus dipendam sehingga memberatkan hati bagai menanggung satu bebanan yang perlu dibawa kemana sahaja kaki ini melangkah.

Diturutkan kata hati mati. 
Oleh sebab itu, manusia dikurniakan akal. 
Betapa istimewanya manusia di sisi Allah. 
Ada akal, ada otak, mampu berfikir. 
Cuma, akal tidak mampu berfikir dengan baik andai ia terdorong dengan nafsu sekali. 
Andai nafsu sudah menguasai,  akal perlu bijak untuk mengawal nafsu itu kembali. 
Nafsu itu perlu  di didik dengan baik. 
Betapa besarnya peranan akal. 
Betapa hebatnya manusia! Subhanallah. 
Ucaplah syukur padaNya.

" Bagaimana mungkin selembar daun yang kecil mampu untuk menutupi dunia yang luas ini.

Jangankan dunia, menutup dengan telapak tangan kita saja sudah tidak mampu. Namun, apabila daun kecil ini menempel di mata kita, maka tertutuplah dunia.

Begitu juga apabila hati kita ditutupi dengan fikiran buruk maka kita akan melihat keburukan dimana-mana. Dunia yang besar ini juga turut akan nampak buruk di mata kita.

Jangan di tutup mata itu walaupun hanya dengan daun yang kecil. 
Jangan di tutup hati walaupun hanya dengan sebuah fikiran yang negatif. Kelak, bila hati tertutup, maka tertutuplah dunia, 
kerana itu bukalah mata hati dan lihatlah dunia yang luas lagi indah ini "

Betapa susahnya ingin menjaga hati ini..jaga hati dari segala apa pun jua aspek. 
Selagi jantung ini berdenyut, kita perlu berusaha untuk membersihkan hati dan menjaga hati ini dengan sebaiknya. 

Setiap perbuatan dan tingkah laku yang berlaku adalah bermula dari hati. 
Andai jantung ini berhenti berdenyut, 
 kita sudah tidak mampu untuk membersihkan hati ini, lagi, 

Mudah-mudahan redha Allah sentiasa bersama dengan kita dunia dan akhirat. 
InsyaAllah 

Wasallam



Tiada ulasan: