P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Isnin, 1 April 2013

Pucuk putat








Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Alhamdulillah pada suatu hari kami sekeluarga 
singgah makan di sebuah kedai
halaman kedai tersebut bersih dan simple, 
setelah suami siap parking kereta, saya terus buka pintu, 
sebaik pintu dibuka saya terpandang kepada rimbunan daun pada sebatang pokok. 
Apabila direnung rupanya pokok tersebut adalah pokok putat, 
dipangkal pokok terdapat dahan kecil yang rimbun dengan daun pucuk muda.
Selalunya dinegeri Kedah pucuk ini dibuat ulam, 
daun putat yang muda ini juga sedap dimakan bersama laksa dan
 juga boleh dibuat kerabu bersama udang sungai.
Pucuk putat akan keluar banyak ketika musim kering 
selepas menuai padi di negeri2 di utara tanah air.
Pucuk putat adalah antara ulam pilihan saya sekeluarga.
1 ikat  pucuk putat berharga RM 1.00 sahaja.


PERKONGSIAN ILMU 


POKOK PUTAT


Pokok putat biasanya ditemui tumbuh di lembah-lembah, tepi sungai dan kawasan tanah lembap. Ketinggian pokok putat mencapai sehingga 28 m. 

Daun putat berbentuk bujur, panjang dan tebal dengan bahagian tepi bergerigi kecil. Daun muda di bahagian pucuk berwarna merah keunguan dan apabila matang daunnya berubah menjadi hijau tua. 

Bunga putat mempunyai empat kelopak dan kudupnya berwarna merah keunguan atau putih mengikut jenis putat itu. Kegunaan Pokok putat berbuah sepanjang tahun dan buahnya yang muda boleh dimakan sebagai ulam. 

Pucuk putat lembut dan biasanya dibuat ulaman, kerabu atau sebagai ulaman dalam laksa. Pucuk putat yang tumbuh di tebing sungai digunakan sebagai syampu pada zaman dahulu kerana ia akan menghasilkan buih apabila diramas bersama air. 

Buahnya mempunyai rasa kelat dan perlu dikopek kemudian dihiris sebelum dimakan sebagai ulam. Buah putat juga boleh digunakan untuk mencegah kegatalan kulit dan mengubati beberapa jenis penyakit kulit. 

Pucuknya yang dimakan sebagai ulam adalah baik untuk kesihatan kulit, dan melancarkan perjalanan darah. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda. Buahnya yang diparut dan dijadikan jus ataupun ditampalkan pada bahagian muka boleh melicinkan kulit. 

Akar putat yang direbus, diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin. Daun putat yang ditumbuk bersama-sama beras, dipupuk atau disapu pada bahagian yang terkena cacar air akan mempercepatkan tempoh matang cacar air dan mencegah ia merebak ke seluruh badan. 

Kulit pokok putat yang dikeringkan dan dibakar kemudian asap yang terhasil disedut pesakit resdung dapat mengubati resdung yang dialami.

Wasallam



2 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum

rasanya pernah sekali makan pucuk putat ni, masa tu cicah ngan budu.





wekk... tak sedap!!

Disham Nordin berkata...

As salam

Yang tak sedap tu lah ubat, hehehhe