P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Jumaat, 26 April 2013

Menghidupkan malam untuk kecintaan & Kasih Sayang Allah

365-2010-12 - 365 - lumut












Alhamdulillah, berlalu sudah hari jumaat, yang indah, bersamanya  
tercatat sudah untuk hari ini sebahagian diari kehidupan  kita
di pentas duniawi.

Saya paparkan lagi foto lokasi tumbuhan lumut yang  yang telah pun mempunyai
tumbuhan berikutnya. Saya renung dan berfikir
Begitulah juga kehidupan kita ini, bermula dari bayi, anak kecil, meningkat remaja, menjadi dewasa, berkeluarga, kemudiannya tua akhirnya kembali kepada penciptaNya juga. Bersiap sedialah kita 
Teruskan amal baik kita untuk agama, bangsa dan negara 
Selamat beramal.


PERKONGSIAN ILMU


Menghidupkan malam :

Kita amat berhajat kepada segala bantuan dan kekuatan di dalam gerak kerja dari yang Maha Berkuasa dan Agung SWT.
    • Siapa yang lemah dari berdiri ,tunduk merendah diri kepada Allah di malam hari walau untuk beberapa detik, maka ia akan melemahkan segala amalnya yang lain.
    • Allah berfirman :

(إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا (6)﴾ (المزمل).

[ Sesungguhnya mendirikan solat malam itu amat kuat sentuhan pada jiwa dan kuat kesan bacaannya..]
  • Melaksanakan tuntutan Qiamulail bukanlah sesuatu yang mudah melainkan semuanya dipermudahkan Allah untuk melaksanakannya. 

  • Seluruh  gerak geri manusia, akal,jiwa dan pancaindera berfokus kepada ayat-ayat al-Quran, suara-suara dikelilingnya menjadi senyap sepi, mata menjadi tenang..

  • Di ketika itulah kamu bermunajat kepada Rabbmu, mengadu segala kekurangan dan kelemahan sehingga Allah mengangkat segala kesusahan dan melepaskan derita sengsaramu.

  • Qiamullail memberikan bekalan kekuatan jiwa yang agung. Kamu dapat berdepan dengan segala kepayahan dan kesusahan dan menghadapi para penipu dan penzalim.

  • Dengan Qiamulalil kita merasai kebersamaan dengan Allah dan mendapat perlindungan dan kecintaannya

  • Siapa yang mendapat kecintaan dan kasih sayang Allah akan terpelihara dari segala kejahatan musuh.
  • Firman Allah :

فَاللّهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ﴾ يوسف: من الآية 64)

[Allah adalah sebaik-baik penjaga dan Dialah yang sebaik-baik Maha Penyayang antara para penyayang]

 كَذَلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ 

(يوسف: من الآية 24).
[Demikianlah kamu jauhkannya dari segala keburukan dan kejahatan. Sesungguhnya dia [Yusuf] adalah dari kalangan hamba-hamba kami yang jujur.]



Wasallam

Tiada ulasan: