Isnin, 18 Mac 2013

Masjid Al Hidayah Taman Melawati.


Pemandangan dari arah hadapan

Halaman masjid

Dewan Solat Utama

Dewan solat utama

Susunan Buku Dan Rak Masjid

Ruang solat wanita, tempat saya singgah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Alhamdulillah, kita telah memasuki bulan Jamadilawal bagi tahun 1434 Hijrah.

Jamadilawal (جمادي الأول)


Jamadilawal (Jamada al-Awwal) merupakan bulan ke-5. Bulan pertama musim panas. Perkataan “Jamada” bermaksud kering, di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.

**********

Pada suatu hari saya hadir ke Masjid Al Hidayah Taman Melawati  atas urusan suami. Masa senggang yang ada saya sempat meninjau persekitaran kawasan masjid, suasana sunyi sepi, udara nyaman, keadaan teratur, bersih, bilik tandas dan temapt wuduk perempuan, wangi dan selesa. 
Suasana yang serba indah itu membangkitkan aura saya untuk tidak menyia-yiakan waktu yang ada, lantas saya berwuduk dan terus ke ruang solat wanita. Ruang solatnya  bersih dan kemas sekali lagi membuatkan hati saya sudah tidak sabar ini untuk bersolat sunat serta membaca beberapa baris ayat2 suci Al Quran, teringat2 seketika, nostalgia mengisi masa2 indah ketika berada di masjid Nabawi seorang diri, tanpa memikirkan apa-apa pun tentang urusan dunia...masyallah..jauhnya saya berfikir..
Begitulah apabila sesebuah Masjid itu dijaga dengan sempurna, segala yang ada disekelilingnya terserlah dan terpancar dari hasil usaha dan perpaduan yang ada. Tentu sesiapa yang hadir baik penduduk setempat atau orang luar yang singgah merindui untuk hadir lagi jika suasana masjidnya sebegini.


PERKONGSIAN ILMU



Wasallam

2 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

saya tak pernah singgah kat masjid tu...walaupun dekat...

Unknown berkata...

As salam cik rozali

Saya singgah sebab ikut suami, ada urusan, masjid ni mungkin dikendalikan oleh orang2 profesional.