P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Jumaat, 25 Januari 2013

Salam Maulidur rasul





D Sham Muslim shoppe


Masjid Nabawi, lokasi dewan solat wanita pintu 25 berdekatan 
laluan ke makam Rasulullah (sesudah solat subuh)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Salam jumaat dan salam maulidur rasul buat semua kawan2 pembaca blog SDH,
Alhamdulillah kita masih diberi kesihatan dan ruang 
masa meraikan sekali lagi hari kelahiran Rasulullah 
 bagi tahun 1434 hijrah.

Pada tahun ini kami sekeluarga terdiri shami, 
adik mimi dan Pak ngah hilmi 
dijemput menyambut maulidur rasul bersama sahabat dan teman-teman lain
yang kebetulannya akan menunaikan umrah pada awal febuari nanti.
Semoga beliau beroleh umrah yang mabrur.  

Majlis bacaan yassin, doa selamat, 
tahlil dan juga berselawat sempena maulidur rasul adalah 
agenda tuan rumah yang telah dirangkum sekali.

Begitulah masa berlalu, 
dari tahun-ketahun kami sekeluarga menyambut hari istimewa ini dengan  
pelbagai bentuk keadaan dan ruang yang telah di atur olehNya..
Alhamdulillah..

Suka disini ingin shami kongsikan bagaimana ilham dekorasi dalaman kedai D'Sham Muslim shoppe tercetus. Paling istimewa shami ingin zahirkan secara ringkas
akan rasa dan suasana indah berada di masjid nabawi itu di dalam kedai ini. 
Sila rujuk foto sebenar ketika shami berada di Masjid Nabawi.
Ruang ini juga adalah tempat kesukaan adik mimi dan serta kami sekeluarga sambil , 
mendengar qasidah, serta bacaan Al quran...dll.

Itulah suasananya....kepada tetamu umrah atau haji yang telah pun ke sana
mungkin anda boleh membayangkan perasaan anda ketika berada di Masjid Nabawi, kepada yang belum, berdoalah mudah-mudahan suatu hari nanti anda juga 
adalah antara tetamu istimewa jemputanNya untuk berada di sana insyallah.

Lansung dari situ juga shami perkenalkan disini produk kesihatan yang ada di jual di Kedai Pak Ngah Hilmi Grill Lamb dan D Sham Muslim shoppe iaitu As Sauda
Kapsul minyak habbatus sauda,
Madu di campur bersama Habbatus sauda
Sabun aroma terapi habbatus sauda
yang mempunyai kelebihan dan khasiat untuk tubuh badan kita 
sebagaimana maklum,   
sila rujuk nota dibawah:


" JOM JEMPUT SINGGAH DI KEDAI 
D' SHAM MUSLIM SHOPPE"



PERKONGSIAN ILMU (1)
Habbatussauda ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan gurun.Nama saintifik atau biologinya ialah NIGELLA SATIVA.  Bahasa biasa ia dikenali sebagai The Black  Seed, Black Cumin ,Jintan hitam, Habbah Brakah .

Tanaman Habbatussauda seperti segitiga dengan ketinggian 35-50 cm.Bercabang dan melingkar pada bahagian atas Memiliki dedaun dan  bunga warna putih kebiruan. Biji hitamnya agak kuat baunya.Menyengat hidung .Namun biji hitam ini menganduingi pelbagai zat yang sangat diperlukan tubuh manusia.Ia mampu  melawan serta mengusir virus.Lantas mempertahankan tubuh daripada serangan penyakit.
Butir Habbatussauda mengalami perubahan dan pematangan bentuk sendiri atau metamorfosis iaitu daripada biji yang awalnya berwarna putih menjadi biji berwarna hitam.
BUKTI KEHEBATANNYA
Khasiat Habbatussauda bukan cakap cakap kosong.Ia disokong pelbagai kajian dan siasatan termasuk yang dijalankan pakar perubatan Barat.
Antara pakar perubatan dan ahli sains yang menjalan kajian ialah dari pusat ilmiah Cancer Immunobiology Laboratory South Carolina, US, University Munich Germany, University of Colombo, US, University of Patchefstroom, Kings College London, College of Medicine King Faisal University, Department of biology Riyadh.
Disamping itu ramai lagi saintists yang memaparkan hasil kajian mereka didalam pelbagai buku, majalah dan jurnal perubatan antara bangsa.Antaranya Dr.Peter Schleicher, pakar immunisasi Eropah mendapati Habbatussauda berhasil menyembuhkan 420 daripada 600 orang yang mempunyai masalah alahan atau allegik.kebanyakan mereka mengidap allegik terhadap “pollen’,debuan dan habuk,jerawat dan saraf kulit serta mempunyai daya tahan lemah.
Saintis di Cancer and Immuno Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatussauda mampu merangsang sumsum tulang atau “bone marrow” dan sel immunity, meningkat penghasilan apa yang dikenali sebagai ‘interferon” dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Seorang lagi pakar Eropah, Professor Michael Meurer pula mendaapati Habbatussauda berupaya menghentikan pembengkakan atau “inflammation” dan masalah saraf kulit.
Mereka juga mendapati Habbatussauda berupaya memusnahkan sel sel tumordan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan apa yang dinamakan B cell.
Sebenarnya banyak lagi hasil kajian yang didedahkan kerana sejak 1959 lebih 200 kajian telah dijalankan.
Pakar perubatan dan saintis menamakannya The Black Seed, Black Cumin, Black Caraway ,Nigella Sativa. Hakikatnya itulah HABBATUSSAUDA.
Ibnu Sina
Ada yang menggelarnya The Back Seed .Itu Bahasa Inggeris. Dalam Bahasa Melayu , bijian yang mempunyai berkat. Dalam bahasa Arab, Habbatul Barakah. Jelas bahan yang sama itu HABBATUSAUDDA.
Hasil kajian pakar perubatan Barat mahupun Timur adalah senada iaitu HABBATUSAUDDA ubat pelbagai jenis penyakit dan telah digunakan sejak zaman kunor Mesir dan Greek dengan berkesan .
Malah tokoh cendiakawan Muslim Ibnu Sina dalam karya terbesarnya The Canon of Medicine yang dianggap buku paling terkenal di dunia kedokteran di Timur dan Barat menyatakan dengan jelas kehebatan bijiran hitam itu.
Namun pengiktirafan paling besar ialah sabda Nabi Muhamamd sallallah alaihi wassalam : Sesungguhnya Habatussaudah itu adalah ubat semua penyakit kecuali mati.
UBAT PELBAGAI PENYAKIT
Apa wujud kah bahan yang boleh menjadi ubat untuk bermacam jenis penyakit? Jawapannya mudah. Memang ada. Habbatussauda namanya.
Apa yang mampu dibuat Habbatussauda? Banyak sebenarnya. Ia meningkatkan fungsi kekebalan tubuh terhadap penyakit. Sekali gus mencegah tubuh diserangi penyakit.
Ia juga merangsang sumsum tulang dan sel yang perlu untuk system kekebalan tubuh. Dalam erti kata lain ia turut melindungi sel biasa untuk melawan VIRUS dan juga sel ketumbuhan atau apa yang dikenali sebagai SEL TUMOR.
Dengan meningkat fungsi system kekebalan tubuh, Habbatussauda berperanan penting dalam penyembuhan KANSER dan AIDS, dua penyakit yang paling digeruni.
Kromosom antibodi
Habbatussauda bertindak juga sebagai anti biotik. Dengan itu mampu menjadi pemusnah virus yang membawa penyakit CIRIT BIRIT, DYSENTRI, RADANG PARU, KOLERA, ANTRAX , penyakit KULIT termasuk kudis dan bisul.
Mampu bertindak sebagai anti alahan dan menjadi bahan anti lelah atau penyakit ASMA.
Ia boleh menurunkan kadar kandungan gula dalam tubuh pengidap penyakit DIABETES atau kencing manis.
Di samping itu Habbatussauda juga mampu menurunkan kadar KOLESTEROL, meningkatkan daya ingat , konsentrasi serta kecerdasan otak kerana mempunyai kandungan yang merangsang sel otak dan memperbaiki peraliran darah ke otak.
BAGAIMANA HABBATUSSAUDA BERTINDAK?
Dengan komponen komponennya, Habbatussauda bertindak ;
+ Mengeluarkan penyakit ( bersifat medikal)
+ Menenangkan tubuh supaya beristirahat
+ Menyedia atau melengkapkan pembaikan sel dalam tubuh
+ Memperlambat prose penuan.




PERKONGSIAN ILMU  (2)


Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. 
Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. 
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. 
Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. 
Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Wasallam


1 ulasan:

afeezz berkata...

salam maulidur rasul...