P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Isnin, 24 Disember 2012

Produk berasaskan Susu kambing & Majlis Aqiqah di kedai Pak ngah




Produk berasaskan susu kambing ~ yang ada  di D' Sham Muslim Shoppe 














Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Alhamdulillah, 
Foto dirakam sempena majlis Aqiqah seorang pelanggan.
Majlis tersebut di adakan di kedai Pak Ngah Hilmi dengan kapasiti 
tetamunya seramai 100 orang.
Menu yang di tempah adalah seperti berikut:
Kambing panggang set & kari kepala kambing
Nasi goreng cina
Kuih muih 
~ roti jala, kuih tako dll
Garlic bread & mushroom soup
Air sejuk (kordial) & teh tarik)

Kepada sahabat & rakan2 alam maya sekelian sekiranya tuan2 dan puan2 berminat
untuk mengadakan majlis Aqiqah atau lain2 di kedai kami, (khususnya)
Silalah buat tempahan awal.
Insyallah menu dan juga keperluan majlis mengikut budget anda 
sedia dirunding dan diuruskan.

info:
D'Sham Muslim Shoppe kini menawarkan jualan 
produk berasaskan susu kambing.
Berminat bolehlah hubungi kami untuk tempahan dan belian.



Perkongsian Ilmu



Sujud Syukur
Sujud syukur ialah satu sunnah yang ditinggalkan kepada kita untuk sujud dalam menunjukkan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah s.w.t atau atas terhindarnya seseorang dari marabahaya dan malapetaka. Bila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, maka kita diajarkan untuk sujud syukur.
Firman Allah yang bermaksud :
“……………………….Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12)
Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :
“Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Cara untuk melakukannya tidaklah susah sangat nak buat sujud syukur ini.. 
Tak sampai lima minit atau kurang lagi.
Rukun sujud syukur adalah seperti berikut:-
1. Niat
2. Takbiratul Ihram 
3. Sujud (sekali sahaja)
 4. Salam
Dan syaratnya sama seperti hendak sembahyang fardhu, 
iaitu dalam wudhu, 
mengadap kiblat, 
menutup aurat dan sebagainya. 
Ini maknanya, anda boleh mulakan sujud syukur, dalam duduk 
(macam duduk antara dua sujud).
Takbiratul ihram dan niat, terus sujud. Selepas bangun dari sujud, beri salam. Mudahkan?
Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.
Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.


Wasallam







2 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

moga ibadah Aqiqah itu diterima oleh Allah

Disham Nordin berkata...

Salam,

Insyallah mudah-mudahan. alhamdulillah