P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Sabtu, 1 Disember 2012

Menikmati kebesaran Allah di Fraser Hill


Ia juga dikaitkan 





































Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Alhamdulillah hari ini 1hb Disember 2012.
Begitulah cepatnya masa berlalu, akhirnya 1/1/2012 yang telah dilalui
bakal berakhir dengan tibanya bulan Disember 2012 ini.

Rindunya untuk menulis lagi...dan menaik turun foto untuk dikongsi,
terima kasih diucapkan buat Atuk aka cik Rozali
melalui blognya dan Qasey Honey saya berjaya menguruskan album picasa saya yang penuh.
Ilham Allah SWT melalui blog rakan2 ternyata membantu saya ketika ini. 
Alhamdulillah semoga Allah jua membalasnya untuk kalian.

Alhamdulillah juga kerana Allah masih pinjamkan masa dan kesihatan
untuk Shami bekerja, 
Pak Ngah Hilmi menguruskan kedai Lamb Steaknya
Disebelah siang waktu pejabat Shami berada di ofis bekerja,
 Pak Ngah menguruskan kedai dari sebelah petang hingga 12 malam
Cuti sekolah masih lagi di dalam waktunya ,
masa  anak2 diisi dengan membantu di kedai Lamb Steak.

Adik mimi pula punya rutinnya sendiri, 
3 hari seminggu dia akan berada selama 2 jam
di kelas hafazan, itu permintaannya, dia cukup berdikari,
saya sediakan orang untuk hantar dan jemputnya.
tiada paksaan itu kerelaannya, adik mimi kini mula menghafaz juzuk 30.
Alhamdulillah...setiap malam sebelum tidur dan sebelum kekelas atau dimana2 masa terluang saya akan minta dia ulangkaji, iaitu  dia...dan saya sekali.
Perlahan-lahan, menjadi sebahagian rutin dalam sehari dalam hidupku.

Alhamdulillah...biarlah masa berlalu, 
biarlah semuanya ditunaikan secara santai.
Tidak perlu berkira2,
 berlumba2, yang penting usaha untuk menunaikan sesuatu yang baik,
disayangi, dirahmati dan diredhai Allah SWT juga Rasulullah..
serta ikutan dan tauladan dari para sahabat,
dalam usaha mendidik diri dan keluarga 
untuk menjadi umat islam yang cemerlang dimasa depan..insyallah
hajat dan objektif hidup itu perlu ada dan dipupuk.

Along, angah, abang cik an....
paling ketara setakat ini angah dan adik mimi, mereka 
cukup teruja dengan hafazan Al quran...
nasihat saya untuk anak2 
setinggi mana kejayaan kita, biarlah dipayungi oleh Al Quran dan hadis.
Saya doakan semoga usaha mereka semua berjaya. 

Suatu hari kami sekeluarga berpeluang menghabiskan masa bersama
masa yang terhad tersebut digunakan sebaiknya, lokasi Fraser Hill menjadi pilihan.

Tempat peranginan ini punya keistimewaannya tersendiri
sebaik tiba di sana, tempat pilihan kami yang pertama adalah Masjid Sultan Muhammad
betapa sejuknya air yang mengalir dipili2 masjid ketika berwuduk, 
sejuk dan nyaman mebangkitkan aura diri.
Selesai bersolat kami berehat seketika di perkarangan masjid
sambil menikmati flora dan fauna yang ada.

Lokasi seterusnya tentulah medan selera, 
menu pilihan pula tentulah lamb steak & chicken steak
Anak2 menghabis masa beberapa minit dengan keinginan masing2.
Fraser Hill amat sesuai untuk dilawati sambil menikmati keindahan flora yang ada juga udaranya yang nyaman, kita seolah2 berada di sebuah pekan kecil 
di sebuah negara dibenua Eropah yang tidak pernah saya jejaki.

Saya hanya membayangkan melalui tulisan2 sahabat juga gambar2 yang poskan.
Mungkin saya berpeluang jika suatu waktu dahulu saya membuat pilihan.
Namun ketentuan Allah SWT ternyata lebih baik dari apa yang diangankan.

Masa rehat yang ada dihabiskan dengan bersiar-siar dengan 
kereta sahaja, menghabiskan waktu yang ada dan dihujung petang kami beransur
beredar meninggalkan Fraser Hill.
Foto2 dirakam untuk dijadikan kenangan indah ketika berada di sana.

Perkongsian Ilmu
Aura dan getaran adalah dikaitkan dengan gelombang elektromagnetik pada frekuensi tertentu yang berlegar di sekitar tubuh manusia.

Ia dikaitkan dengan perlanggaran atom, elektron dan elemen di sekitar tubuh yang menghasilkan tenaga. Kesan kekuatan gelombang ini boleh dilihat dengan pandangan fizikal ke atas mereka yang mempunyai banyak aura dan getaran positif.
Begitu banyak kajian dilakukan oleh golongan barat dan pengkaji-pengkaji biologi tentang kewujudan aura dan getaran. 
Seorang saintis Rusia contohnya menghabiskan 50 tahun mengkaji tentang aura dan pembacaannya menggunakan kesan Kirlian. Malah sudah ada pengusaha di serata dunia menggunakan kesan Kirlian untuk membaca aura seseorang bagi mengesan masalah kesihatan mereka.

 Adakah aura ini wujud dalam Islam

 Hakikatnya dalam Islam aura dikenali sebagai NUR.

Apakah itu Nur?
 Nur berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud cahaya. 
Ia bukanlah cahaya fizikal tetapi cahaya mental atau kesan refleksi tenaga yang mana boleh dilihat penzahirannya daripada cara hidup seseorang. 
Nur bukan sahaja dikaitkan penzahirannya melalui tenaga malah penzahirannya kepada fizikal seseorang.
Di dalam Islam, kekuatan Nur seseorang itu akan lebih terserlah daripada Iman dan amalan hidup Islamnya yang mana amalan tersebut dipenuhi dengan nilai positif, keikhlasan, keyakinan, kebenaran dan semangat.
Wajah seseorang yang mempunyai Nur itu sentiasa bersih dan menyegarkan mata orang lain yang memandang. 
Kedapatan hadis sahih yang menggambarkan Rasulullah S.A.W. itu mempunyai wajah yang berseri-seri, berkulit bersih, alisnya yang lentik, tidak kurus atau gemuk serta wajah yang rupawan.
Begitu juga dikatakan ucapannya itu menyejukkan kalbu mereka yang mendengar. 
Hadirnya Rasulullah S.A.W. dirasai mereka seolah sedang datang ketenangan dan kegembiraan kepada mereka. 
Ini sebenarnya yang dikatakan Nur dan mungkin dikatakan sebagai getaran aura bagi pengkaji bukan Islam.
Mari kita lihat hasil kajian orang bukan Islam tentang aura dan ajaran Islam yang sedia ada.
Persekitaran
Aura dan getaran adalah dikaitkan dengan gelombang elektromagnetik pada frekuensi tertentu yang berlegar di sekitar tubuh manusia. 

Kajian menjelaskan peranan persekitaran terhadap aura seseorang. Seseorang yang rajin menghirup udara segar, melihat matahari terbit serta menjaga kebersihan alam persekitarannya dikatakan mampu memperbaiki aura dirinya.
Ia lebih dikaitkan dengan satu kaedah dan cara kehidupan yang lebih sihat, sempurna, jauh dari pencemaran serta banyak berhubung dengan alam semulajadi.
Dalam Islam pula sememangnya telah diajar umat tentang pentingnya menjaga kebersihan dan terdapat dalil yang menyokong perkara ini. Selain itu, orang Islam diseru supaya tidak tidur apabila matahari terbit kerana ia mampu menjemput penyakit.
Dalam perihal alam semulajadi pula, kedapatan hadis yang menerangkan tentang perlunya menjaga alam contohnya 
sabda Rasulullah S.A.W. "Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan." Hadis riwayat Muslim.
Oleh yang demikian haruslah kita ingat bahawa perlunya kita mengambil tahu tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam, kebersihan persekitaran dan tempat tinggal serta peranan waktu pagi dalam kehidupan. Kita tidak sedar agama telah pun mengajar kita menjaga aura dan getaran dengan penghayatan alam.
Nutrisi dan Pemakanan
Islam yang sememangnya mempunyai panduan khas dalam pemakanan yang suci dan halal. Islam lebih teliti dan tersusun dalam menentukan kesucian pemakanan dan sememangnya ada kategori dan bahagian tertentu pada haiwan makanan itu tidak digalakkan untuk dimakan sungguhpun halal contohnya bahagian darah dan dalaman seperti hati, limpa, dan organ dalaman.
Malah Islam mengajar lebih lagi daripada itu iaitu mempastikan kesucian makanan itu pada zahir dan batinnya. Batin itu bermaksud menjaga sumber rezeki supaya halal. Haramnya sumber itu menjadikan makanan yang fizikalnya halal menjadi haram. Maka telah terbukti ajaran Islam memberi panduan yang lebih jelas dan mendalam tentang fakta ini.
Senaman
Kajian seterusnya menjelaskan perlunya senaman untuk menjaga kesihatan bagi mereka yang ingin membangkitkan aura. Melalui senaman, tubuh dan organnya akan menjadi lebih aktif dan sihat bagi menghasilkan aura dan getaran yang lebih positif.
Solat adalah senaman yang pasti bagi orang Islam yang mengerjakan solat lima (5) waktu sehari semalam. Sama ada seorang Islam itu bersenam atau tidak, tanpa disedari mereka telah pun melakukan senaman paling asas lima (5) kali sehari.
Selain itu kedapatan perkara lain dalam ajaran Islam yang menggalakkan umatnya menggerakkan tubuh badan antara diberikan pahala bagi setiap langkah orang yang ke masjid. Maka mereka yang berjalan ke masjid itu bersenam sambil membuat pahala.
Adakah kita sedar betapa ruginya kita yang sering meninggalkan solat dan jarang ke masjid? Mungkin kita harus sedar Allah itu menyayangi kita dan mahukan hamba-hambanya sihat dan memperoleh kesihatan serta getaran walaupun dalam urusan pengabdian kepadanya.
Tafakur
Tafakur bukanlah perkara yang asing dalam Islam. Terlalu banyak panduan yang digariskan dalam Islam yang boleh dikaitkan dengan tafakur dan juga objektif tafakur itu sendiri. Antaranya beriktikaf dalam masjid untuk mengingati Allah melalui amalan zikir serta amalan lain seperti membaca al-Quran. Solat itu sendiri mempunyai kesamaan objektifnya dengan tafakur.
Seorang yang khusyuk dalam solat akan melupai apa yang berlaku di sekelilingnya dan melatih seseorang menjadi lebih fokus. Selepas solat, maka disunatkan kita berzikir dan berdoa. Ia adalah amalan untuk kita lebih menenangkan diri melalui zikir dengan mengingati Allah dan menaikkan keyakinan seseorang bahawa Allah itu sentiasa mendengar melalui aktiviti doa.
Banyak lagi panduan melalui amalan ketuhanan dalam Islam yang mempunyai objektif yang sama seperti tafakur dan ia bukan sahaja memberi ketenangan di dalam jiwa, malah membina sifat sabar, yakin, syukur, tabah dan berserah.
Tidur
Kajian mengatakan lagi perlunya seseorang itu mempunyai tidur yang cukup dan bangun secara semulajadi. Ia bagi membolehkan tubuh badan manusia itu memperoleh cukup istirehat agar ia boleh berfungsi dengan baik setiap hari. Tubuh yang kurang tidur dikaitkan dengan kebarangkalian seseorang itu memperoleh penyakit. Tubuh yang tidak sihat umpama mesin yang tidak produktif. Aura dan getaran amat kurang pada tubuh yang kurang rehat.
Dalam surah an-Naba' ayat ke-9, Allah berfirman yang bermaksud "Jadikanlah tidur kamu itu satu istirehat". 
Selain itu dalam surah al-Qasas dari ayat 71-73, Allah banyak menjelaskan tentang tidur ia juga merupakan ayat yang dijadikan rujukan bg membuat panduan tentang tidur dalam Islam. Sememangnya penjelasan Islam tentang tidur dan istirehat darinya digariskan dalam perbincangan yang tersusun termasuklah adab-adab tidur itu sendiri sama ada seseorang itu mendapatkan tidurnya pada waktu siang atau waktu malam untuk merehatkan tubuh badan.
Hubungan Kemanusiaan
Kajian barat lagi menggariskan bahawa seseorang itu membangkitkan aura dan getaran mereka melalui hubungan kemanusiaan yang positif, hubungan kekeluargaan dan setiakawan, hubungan dengan komuniti yang positif serta hubungan dengan orang-orang yang progresif. Hubungan yang positif menghasilkan gelombang aura dan getaran semulajadi daripada nilai positif itu sendiri.
Perkara ini telah banyak dibincangkan dalam konsep muamalat dalam Islam. Terlalu banyak panduan Islam tentang hubungan kekeluargaan, sahabat, kemasyarakatan serta hubungan dengan para ilmuan yang progresif.
Apa Kata Anda?
Adakah kajian orang barat itu perkara sia-sia sedangkan semua itu telah pun diajar di dalam Islam? Hakikatnya ia adalah perkara yang baik untuk dikaji dan dijelaskan dalam susunan. Mungkin selama ini orang Islam tidak sedar bahawa ajaran Islam itu sendiri mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. 
Maka dengan penemuan sains dan kajian, menjelaskan lagi bahawa doktrin Islam ini penuh dengan perkara hikmah yang masih lagi boleh digali dan dicari kelebihannya.
Amat rugi bagi orang Islam yang tidak mendalami ilmu Islam itu sendiri dan masih tertanya-tanya mengapakah aku seorang Islam tetapi hidup dalam keadaan terumbang-ambing. Silapnya ialah kita sendiri kurang menghayati agama.
Oleh yang demikian, luangkanlah masa untuk agama. Agama Islam bukanlah kisah ketuhanan atau sembahyang. 
Islam sebenarnya adalah cara hidup. 
Orang Islam yang rosak itu adalah mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar. Jadi tidak hairanlah, seorang Islam itu masih terkapai-kapai dalam kekayaan, masih hidup dalam keganasan dan minda yang tertutup, masih mencari penyelesaian lain yang hakikatnya telah ada dalam Islam. 
Ini semua adalah kerana, mereka tidak mendapatkan ajaran Islam yang sebenar dan mereka tidak menghayati ajaran yang telah pun mereka temui.
Sesekali carilah individu yang mempunyai Nur
Individu seperti ini sangat banyak di kalangan ulama dan ahli Agama yang menghayati Islam. Raut wajah mereka sangat bersih dan menenangkan mata yang memandang. 
Usah dinilai daripada foto dan gambar tetapi carilah peluang bertemu mereka untuk melihat Nur yang Allah kurniakan kepada hambanya yang taat dan menghargai agama. Anda sendiri akan merasa adanya ketenangan walaupun hanya dengan mendampingi mereka.
Sekian wasallam.





3 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami

last pergi bukit fraser masa saya darjah 5, ikut rombongan sekolah.

Disham Nordin berkata...

Salam, dek

Sekarang pun boleh pergi lagi, mungkin sekarang lebih auranya hehehe

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

n3 tak ada gambar macam tak best kan...

lama nya saya tak pergi buki fraser