Selasa, 11 Disember 2012

Membina taman di dalam hati












Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha  Pengasih dan Penyayang

Alhamdulillah hari ini 27 Muharram bagi tahun 1434 Hijrah
Foto di atas saya rakam dari halaman belakang rumah seseorang
begitulah indahnya taman ciptaan manusia yang dibina.
Alangkah indah juga
 diri kita jika punya taman istimewa di dalam hati.

Seperti selalu, setiap pagi sebelum keluar untuk ke tempat kerja
saya akan membaca Al quran bersama terjemahannya....
atau sesudah maghrib sambil menunggu waktu isyak, 
ataupun sesudah solat subuh setiap pagi...menjadi rutin yang diulang2.

  2 CD bacaan Al Quran 30 juzuk dari 2 imam Mekah, iaitu
1) Imam Sudais 
2) Imam Mishary Rashid 
ada di sediakan di dalam kereta, waktu senggang pasti 
CD ini diputarkan, di dalam handbag juga ada dibawa tafsir Al quran 
walau kemana saya pergi. Dipejabat juga ..sesekali dalam kesibukan 
waktu saya putarkan juga ....
Itulah teman sejati ...

Perlahan2 sekian lama saya berusaha mendidik diri begitu sebelum 
dan selebihnya semenjak pulang dari berumrah
mudah-mudahan anda rakan2 juga begitu..
insyallah semoga usaha kita ini dirahmati olehNya.

Saya memilih untuk mendengar bacaan ayat2 suci Al quran dari 
Imam Mishary Rashid kerana nada suaranya 
ketika membaca Al quran begitu menusuk ke kalbu
lembut dan terkesan di jiwa....hati cukup tersentuh..
anda bagaimana?

saya juga inginkan anak2 turut dibuai alunan
ayat2 suci Al quran....sentiasa...
Saya ingatkan anak2 agar sentiasa menghayati bacaan ayat2 suci  Al quran,
ikut perlahan2 ketika mendengar....
minat, cinta serta kasih terhadap Al Quran akan tumbuh mekar 
apabila dipupuk..insyallah..mudah-mudahan berjaya hendaknya

Ganjaran pahala sudah tersedia, pilihan itu ada ditangan kita.
Jom berkongsi hobi indah membina 
taman di dalam hati  dalam sehari dalam hidupku.


PERKONGSIAN ILMU


Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” (Riwayat Tirmizi)

Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda,

"Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaát kepada para pembacanya." (HR Muslim)

Rasululullah SAW Bersabda:

"Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran, adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat; orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran, adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya; orang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, ia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali." (HR Bukhari)

Allah SWT  berfirman:

 "Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Qur'an) dengan perintah Kami. Sebelummnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Qur'an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur'an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami". (Surah Asy Syuura ayat 52)

Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, apabila disebut (nama) Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Allah lah mereka bertawakkal." (Surah Al Anfaal ayat 2)

Allah berfirman:

"Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah dengan baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat". (Surah Al A'raaf ayat 204)

Wasallam


Jom isi masa kita dengan ilmu dan amal....







4 ulasan:

ROZILA berkata...

Salam Shami,

Memang cantik,sesiapa pun ingin milikinya, hanya mampu dengan tidak saja.

Saya mengaji selepas solat asar(2m/s) dan selepas solat maghrib(2m/s)
hari2 yg kita lalui ini,adakah cukup utk menampung diakhirat nanti.
cuba utk lakukan seperti mana semasa kami berada dimadinah dan dimekah sewaktu haji tempoh hari 1433.

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami

cantik taman rumah tuh...

Unknown berkata...

Salam kak Rozila

Alhamdulillah, marilah kita isi masa kita dengan sebaiknya, insyallah mudah-mudahan Allah merahmati kita...
Dekat dengan Al Quran, dekatlah kita dengan Allah..di situ ada tamanNya.

Unknown berkata...

Salam dekk afezz

Ya..betul....itu baru taman landskap di tepi rumah...

tak terbayang rasanya sebuah taman syurga yang Allah telah janjikan buat kita seandainya kita memilih untuk kesana...
oleh itu dari sekaranglah kita perlu berusaha untuk sampai ketaman tersebut. Mulai bina taman itu dihati kita dulu...perlahan2 insyallah..kerana bila2 masa sahaja kita akan dijemput..olehNya..