P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Khamis, 22 November 2012

Nasi Daging istimewa dari Pak ngah Hilmi Grill





















Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Alhamdulillah hari ini bersamaan 8 Muharram bagi  tahun 1434 Hijrah.
Syukur alhamdulillah atas nikmat Allah SWT yang dipinjamkan 
buat saya sekeluarga saat ini.
Musim cuti persekolahan sedang berjalan, 
semua anak2 kini berada di rumah.

Along saya tugaskan menjadi baby sitter 
juga pengemas rumah
untuk abang cik an dan adik mimi 
serta 3 orang saudara mereka ketika kami 
semua sibuk bekerja di kedai.
Hujung minggu adalah antara hari
 yang sangat sibuk untuk kami.

Angah menjadi pembantu mama dan baba 
dikedai bersama krew Pak Ngah hilmi grilled.

Kisah anak2 menghabiskan masa dimusim cuti sekolah
ini mengimbau seketika memori hidup saya ketika sebaya mereka.
Mudah-mudahan anak2 saya belajar tentang kehidupan dari hasil kerja kami 
pada masa ini. Pengamatan ketika berada diruang kerja seperti ini mungkin tiada dimana2
universiti, namun itulah nilai masa yang perlu di nikmati dan dihayati
untuk dijadikan pengalaman, dan catatan memori ilmu yang indah dibaca dan dikenang.


Foto-foto diatas dirakam pada suatu hari 
ketika proses memasak nasi daging
 yang ditempah oleh pelanggan.

Lauk yang sesuai untuk dimakan bersama nasi daging
ialah ayam masak merah, 
dalca, jelatah, acar buah
dan daging yang masak bersama nasi 
akan dihiris halus dan dicicah dengan air asam 
dan di makan bersama nasi.

Sekali pandang, nasi daging ini, seakan2 nasi arab juga
dimana nasi dimasak bersama daging (ayam, kambing, unta, lembu dll)
dimakan dengan pelbagai kreativiti menu lain mengikut
selera tuan punya majlis.

Ilmu adalah hidangan rohani kita. 
Di samping kita memikirkan kepentingan fizikal dan keperluan jasmani, 
kita juga perlu memikirkan hidangan rohani dan keperluan spiritual.

Perkongsian ilmu hari ini;


Firman Allah SWT dalam surah al-‘Alaq, ayat satu hingga lima yang bermaksud: 
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu 
yang menciptakan (sekalian makhluk). 
Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. 


Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. 

Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. 
Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”


Sabda baginda SAW lagi yang bermaksud: “Kelebihan seorang yang berilmu berbanding dengan seorang yang abid adalah seumpama kelebihan bulan purnama yang terang benderang di sisi bintang yang bergemerlapan dan cakerawala yang lain.”
 (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Dalam al-Quran juga terdapat banyak perintah untuk mempelajari dan merenung rahsia penciptaan alam, watak manusia, sejarah umat silam dan hukum-hakam. 
Sejarah Islam juga merakamkan bahawa beberapa orang kafir ditawan dalam Peperangan Badar, diberikan peluang Rasulullah SAW untuk dibebaskan daripada tawanan dengan tebusan.
Namun, terdapat beberapa orang saja yang boleh membaca dan menulis yang mendapat peluang diberikan itu, iaitu mengajarkan ilmu kepada pemuda Islam.
Oleh sebab itu, ilmu pengetahuan mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa di sisi Allah yang mana ia terbukti melalui pengiktirafan Allah terhadap ilmu melalui wahyu pertama Ilahi kepada junjungan besar Rasulullah yang memerintahkan baginda mempelajari ilmu dan menitikberatkan kepentingan pembelajaran dalam setiap aspek kehidupan manusia.
Yang lebih menariknya, Islam menganggap hanya manusia yang dihiasi dengan ilmu pengetahuan saja adalah golongan yang bertakwa kepada Allah. 
Firman Allah yang bermaksud: “Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dalam kalangan hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu. 
(Surah Fatir, ayat 28)
Jelas di sini bahawa ilmu pengetahuan dalam Islam mengandungi satu kefahaman ilmu yang menyeluruh dan bersepadu yang mana antara ilmu dan nilai-nilainya tidak dapat dipisahkan sama sekali. Termasuk dalam konteks ini, ilmu sains dan teknologi juga antara cabang ilmu pengetahuan memberi manfaat dan faedah amat besar kepada kelangsungan tamadun manusia.
Malahan Islam menjulang ilmu pengetahuan sebagai mekanisme utama menjurus ke arah kecemerlangan ummah.
Wasallam



1 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami

time cuti sekolah ni lah waktu berkumpul sesama keluarga. kat umah saya pon ade la 3-4 org anak buah. ayah plak jadi baby sitter mereka.. heheh