P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Khamis, 27 September 2012

Anak2 amanah Allah SWT








Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Alhamdulillah, di rumah kini cuma ada 2 beradik ini sahaja, 
along dan angah berada di asrama nun jauh di negeri Kedah sana.
Insyallah tahun hadapan abang cik an akan menyusul pula.
Di mana ?.., saya serahkan pada ketentuanNya.

Bila tinggal berdua, bermacam ragam perangai mereka.
Saya bertegas dalam semua hal  terutama dalam bab solat fardu. 
Ketegasan saya, berulang2 kali ajakan dibuat sehingga 
mereka kalah dan mengalirkan air mata. 
Paling tidak saya lagukan doa2 mohon pada Allah 
untuk mereka dengar
Lalu akhirnya kehendak saya dituruti. 

Biar begitu, lama2 nanti mereka akan memahami.
Saya jernihkan keadaan dengan penjelasan supaya mereka faham
Nasihat ustazah di sekolah juga membantu
Cerita2 pembelajaran di sekolah yang dibawa pulang ke rumah 
 Cepat2 dijelaskan untuk anak2 bahwa nasihat ibu dan guru tujuannya satu. 
Bantahan2 sebelumnya  akhirnya berlalu.
Umpama pisau, makin di asah, makin tajamlah nanti
begitulah cabaran mendidik anak2.

Alhamdulillah, mereka patuh, namun esok2 pasti perlu diulang2 lagi arahan, ingatan
begitulah anak2 ini. Semua ragam ini adalah memori indah buat kedua ibubapa
ketika membesarkan anak2. Carilah ilmu, amalkanlah, berdoalah itulah pilihan kita.

Mudah-mudahan pendidikan yang diberikan sejak dari kecil
secara tidak formal ini berbekas dihati mereka apabila dewasa nanti.
Rutin hidup ini insyallah pasti akan dilalui pula oleh mereka 
suatu hari nanti. Bagaimana ?
saya mohon kepada Allah SWT mudah-mudahan
rutin mereka lebih baik lagi dari apa yang saya 
lalui dan miliki hari ini.....baik di dunia maupun akhirat.

Bentuklah anak2 kita hari ini lenturlah peribadi mereka, 
dengan akhlak mulia, didiklah mereka dengan didikan agama, 
basahkanlah lidah mereka dengan kalamNya... 
itulah amanah dan tanggungjawab kita sebagaimana
 kehendakNya, insyallah sama2 kita berusaha menjaga keluarga kita mudah-mudahan kesemuanya bertemu semula di syurga firdausNya.
Ya Allah ampunkan saya dan suami..atas kelemahan yang ada.



Perkongsian ilmu:

DIDIKAN ANAK DENGAN IKATAN ROHANI KEPADA ALLAH

Mendidik anak melalui pendekatan rohani adalah bertujuan membersihkan lagi roh atau jiwa anak-anak agar ia semakin suci dan bercahaya. 
Natijahnya,terpancarlah di hati mereka keimanan dan keikhlasan dalam beribadat. 
Terdapat beberapa manhaj yang dianjurkan oleh Islam berkaitan ikatan rohani untuk mengekal serta menjaga hati anak-anak supaya terus bersih, suci, bercahaya dan ikhlas. Antaranya:

Didikan Rohani Dengan Ibadah.

عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4]

Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda  Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Dikiaskan juga solat dalam hadith ini ialah ibadah-ibadah lain seperti puasa, haji dan zakat bahkan hendaklah kita memberi kefahaman kepada anak-anak bahawa ibadat menurut Islam tidak terbatas kepada empat perkara ini sahaja tetapi merangkumi segala amal soleh seperti perkara halal haram sejak mereka kecil lagi sebagai didikan dan membentuk jiwa yang beragama yang dapat mengawal dirinya daripada kesesatan. 
Oleh itu, hendaklah kita sentiasa menunjuk ajar anak-anak kita perbezaan baik dan buruk, masalah halal dan haram, antara hak dan batil. 
Di samping itu, ibu bapa hendaklah menjadi tauladan seperti melakukan apa yang dihalalkan dan meninggalkan apa yang dilarang. Hal ini ditegas oleh Rasulullah dengan sabdanya,

اعْمَلُوا بِطَاعَةِ الله، وَاتَّقُوا مَعَاصِى الله، وَمُرُوا أَوْلاَدَكُم بِامتِـثَالِ الأَوَامِر، وَاجْـتِنَابِ النَوَاهِى، فَذلِكَ وِقَايَة لَهُمْ وَلَكُمْ مِنَ النَّارِ.[5]
Yang bermaksud, Kerjakanlah olehmu  amalan ketaatan kepada Allah,  takutlah kamu daripada melakukan maksiat, suruhlah anak-anak kamu melakukan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. Sesungguhnya itu adalah pendinding bagi mereka (anak-anak kamu) dari dirimu daripada api neraka.

            Didikan Rohani Dengan al-Quran

Diriwayatkan oleh al-Tabrani, daripada Ali Karamallahu Wajhah, Nabi saw bersabda,

أَدِّبـُوا أَوْلاَدَكُمْ عَلَى ثَلاَث خِصَال: حُبُّ نَبِيَّـكُمْ، وَحُبُّ آل بَيْتِهِ، وَتِلاَوَةُ القُرْآن، فَإِنَّ حَمْلَةَ القُرْآن فِى ظِلِّ عَرْشِ الله يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ مَعَ أَنْبِيَائِهِ وَ أَصْفِيَائِهِ.

Yang bermaksud, Didiklah anak-anak kamu dengan tiga perkara ini: Cintakan Nabi kamu, kasihkan Ahli keluarganya, dan membaca al-Quran. Sesungguhnya penghafaz al-Quran bernaung di bawah ‘Arsy Allah pada hari tiada lagi naungan kecuali naungan Allah bersama para Anbia’ dan Asfia’Nya.
           
            Sabda Nabi saw,
قال رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ القُلُوبَ تَصْدَأُ كَمَا يَصْدَأُ الحَدِيد. قِيْلَ : يَا رَسُولَ الله  وَمَا جَلاَءُهَا؟ فَقَالَ : تِلاَوَة القُرآن وَذِكْر المَوْت.
أخرجه البيهقى
           
Yang bermaksud, Sabda Rasulullah saw, sesungguhnya hati ini berkarat sepertimana besi yang berkarat. 

Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana untuk mengilatkannya? Baginda menjawab: Membaca al-Quran dan mengingati mati.

Selain itu, kesan membaca al-Quran di rumah sebagaimana hadith Nabi saw,
البَيْتُ إِذَا قُرِئَ فِيْهِ القُرْآنُ حَضَرَتْهُ المَلاَئِكَةَ وَتَنَكَّبَتْ عَنْهُ الشَّيَاطِينُ (أَيْ تَبَاعَدَتْ عَنْهُ) وَاتَّسَعَ عَلَى أَهْلِهِ وَكَثُرَ خَيْرُهُ وَقَلَّ شَرُّهُ وَإِنَّ البَيْتَ إِذَا لَـمْ يُقْرَأْ فِيهِ القُرْآنُ حَضَرَتْهُ الشَّيَاطِينُ وَتَنَكَّبَتْ (أَيْ تَبَاعَدَتْ) عَنْهُ المَلاَئِكَةُ وَضَاقَ عَلَى أَهْلِهِ وَقَلَّ خَيْرُهُ وَكَثُرَ شَرُّهُ 
        
Yang bermaksud, Rumah yang dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi para syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan adapun rumah yang tidak dibaca al-Quran di dalamnya dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat, tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

            Mendekatkan Anak Dengan Masjid
           
Masjid dalam Islam memainkan peranan yang sangat penting untuk pembentukan diri seorang muslim dan juga membina masyarakat Islam. 
Bagi masyarakat Islam di bawah kepimpinan Rasulullah saw ketika di Madinah, masjid adalah tempat memupuk peribadi-peribadi muslim dan muslimat sehingga ia cukup kuat dan tahan untuk menjadi asas dan bahan dalam membina masyarakat Islam yang padu dan kuat. 
Dari aspek apa pun ditafsirkan, langkah dan tindakkan Rasulullah saw itu ternyata bahawa masjid merupakan kilang memproses, mendidik serta membentuk teras-teras dan asas-asas keperibadian muslim.

 Ini kerana daripada masjid inilah lahirnya graduan-graduan para sahabat yang memiliki keperibadian yang teguh dan utuh dengan ketaqwaan, keberanian, keilmuan dan amalan untuk menegakkan negara Islam selepas wafatnya Rasulullah saw.

 Secara asasnya, pembentukkan sahsiah anak-anak dipengaruhi pada dua keadaan:
Pertama: Pendidikan dalaman iaitu rumah ibu bapa itu sendiri sebagai sekolah dan medan tarbiyah.
Kedua: Pendidikan luaran seperti masjid, surau dan sekolah-sekolah yang disediakan oleh kerajaan.

Kesimpulannya:

Solat dalam Islam merupakan salah satu cara pendidikan akhlak atau peribadi serta membaiki cara hidup seseorang. Anak-anak hari ini adalah harapan bangsa akan datang. 
Mendidik anak-anak melakukan ibadah solat kemudian diikuti dengan ibadah-ibadah serta perkara-perkara kebaikan yang lain supaya dapat membentuk satu jiwa yang beragama untuk mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat. 
Ini bertepatan dengan firman Allah swt,
Yang bermaksud, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun). Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. [22]

Semoga pendedahan sebegini akan menyelamatkan kita daripada melahirkan generasi yang meninggalkan solat lantas menurut hawa nafsu serta melakukan kerosakan dan kejahatan sebagaimana firman Allah,

Yang bermaksud, Kemudian mereka diganti oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat), maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka). [23]

Wasallam

1 ulasan:

ainhany berkata...

salam kak shahmi,

Amin.
Mudahan dgn ketegasan dan ilmu yg dikongsikan berjaya mendidik anak2 takutkan ALLAH dgn memperolehi kejayaan dunia akhirat. teruskan kak..

Seronok ain tenguk cara pendidikan yag akak berikan..terima ksih ats perkongsian.