P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Rabu, 8 Ogos 2012

Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak & Ramadhan




Photo









Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Dan Penyayang
(Catatan dibuat pada 5hb Ogos 2012)
Alhamdulillah hari ini hari ke 17 Ramadhan bagi tahun 1433 Hijrah
Bersempena juga hari Nuzul Quran,
yakni malam dimana Alquran diturunkan
Semoga semua di antara kita sentiasa di dalam rahmat dan redhaNya

Hari sabtu dan ahad adalah hari cuti hujung minggu bagi 
WP Kuala Lumpur dan negeri2 yang sewaktu dengannya..
Tempahan buffet Ramadhan adalah pada setiap cuti hujung minggu
Tentunya set lamb grill
menjadi hidangan istimewa, beserta juga hidangan
lain yang serba ringkas dan sederhana.
Begitulah langkah perniagaan kami tahun ini.
 daya usaha menyediakan
makanan buat jiwa2 yang berpuasa ..
dibulan Ramadhan ini...
demikianlan sebahagian pengalaman hidup
yang indah untuk dicatat dan dikenang.
"Maka nikmat Allah yang mana satu hendak di dustakan"
itulah petikan ayat2 suci Alquran yang diulang
catat di dalam surah Al Rahman.


PERKONGSIAN ILMU ~ RAMADHAN 4

BULAN RAMADHAN,

Bulan Ramadan,
 di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu,
maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...
surah Al-Baqarah, ayat 185

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir
dan merenung diri sendiri, bersolat,
membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja
umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah,
dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa
.


Peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan

Para ulama bersetuju bahawa Al-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadan,
 namun tarikhnya kurang jelas.
Ahlu sunnah wal jamaah menerima bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan  dan oleh itu 17 Ramadan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul Quran) buat pertama kalinya (terdapat juga perbezaan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan ).
Pada malam tersebut surah Al-‘Alaq ayat 1 hingga 5
diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di Gua Hira.
Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.

Lailatul Qadar (malam ketetapan),

Adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan.
Malam ini dikatakan dalam
al-Qur'an pada surah Al-Qadr,
lebih baik daripada seribu bulan
Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan,
tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29.
Malah ada sebahagian ulama yang menganggap
 ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan.
Walaubagaimanapun,
antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir.
Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.

Terdapat banyak peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini
Antaranya:
  • 10 Ramadan 8 H: Pembukaan Makkah (630 M)
  • 17 Ramadan 2 H: Perang Badar (624 M)


Amalan sewaktu Ramadan
Umat Islam digalakkan membanyakkan ibadah pada bulan
Ramadan kerana ganjarannya digandakan pada bulan ini.

Puasa Ramadan

Selama sebulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Selama berpuasa, mereka harus menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka.

Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.
Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa .
Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam dan puasa lain. Semasa berbuka puasa (iftar), disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.
Solat Tarawih

Pada malam harinya, setelah solat Isyak, umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjama'ah di masjid-masjid. Di sesetengah tempat, sebelum pelaksanaan solat tarawih, diadakan ceramah singkat untuk menasihati para jama'ah.

Zakat fitrah

Zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya Solat Sunat Hari Raya. Setiap individu muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat jenis ini [9].
Nilai zakat fitrah yang harus dikeluarkan per individu adalah satu gantang makanan ruji di daerah bersangkutan.
Jumlah ini adalah setara dengan 2.70 kg beras. 

Aidil fitri
Akhir bulan Ramadan dirayakan dengan sukacita oleh seluruh Muslim di dunia. Pada malam harinya (malam 1 Syawal), yang biasa disebut malam kemenangan, mereka akan mengumandangkan takbir bersama-sama. Esoknya tanggal 1 Syawal, yang dirayakan sebagai Hari Raya Aidil Fitri, semua Muslim baik lelaki mahupun perempuan digalakkan ke masjid untuk melakukan Solat Sunat Hari Raya.
Solat dua raka'at ini akan diikuti khutbah mengenai Aidil Fitri.

 Aspek ekonomi

Salah satu fenomena yang dapat dilihat di negara dengan penduduk majoriti Islam pada bulan Ramadan pada umumnya adalah Bazar Ramadan.
Menjelang waktu maghrib,
dapat dilihat di tapak-tapak pasar malam atau kawasan lapang,
gerai-gerai yang menjual juadah berbuka puasa. Bazar seperti ini biasanya diselenggara kerajaan setempat (majlis perbandaran atau pejabat daerah),
namun ada juga bazar khas yang dianjurkan kerajaan negeri atau syarikat tertentu. Selain itu, pada siang hari bulan ini juga dapat dilihat para pedagang bermusim yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan yang menjaja pelbagai barangan dari makanan hinggalah pakaian, di tempat-tempat awam terutamanya di tepi-tepi jalan. Kesemua ini dapat menjana ekonomi kawasan terbabit [10].


Antara doa Rasulullah SAW 
 ketika bangun malam

Pada suatu malam yang bintang2nya bersinar terang,
waktu sahur yang sangat sejuk
dan cuaca yang sangat dingin pernah di alami oleh Abdullah bin Abbas Radhiyallahu'anhuma bersama Rasulullah SAW pemberi petunjuk.

Di malam harinya Rasululullah SAW bangun dan Ibnu Abbas menyaksikan semua peristiwa itu dari awal hingga akhir  iaitu dari rumah emak saudaranya Maimunah, isteri Rasulullah SAW.


Tatkala melaksanakan sembahyang Rasulullah SAW Berdoa:


Ya Allah,
hanya kepadaMu segala puji Engkau Tuhan langit dan bumi
dan makhluk yang ada di dalamnya,
Engkau yang menguruskan langit dan bumi dan
semua makhluk yang ada didalamnya.

Hanya kepadaMu segala puji,
Engkau adalah benar,
JanjiMu benar,
berjumpa denganMu benar,
firmanMu benar,
syurga adalah benar,
neraka adalah benar,
Muhammad SAW adalah benar
dan para nabi adalah benar.

Ya Allah kepadaMulah aku berserah diri,
kepadaMu aku beriman,
kepadaMu aku menyerahkan semua urusanku,
kepadaMu aku kembali,
keranaMu aku memusuhi dan kepadaMu aku menuntut,
maka ampunilah segala dosaku yang telah aku lakukan
dan yang belum aku lakukan dan
yang akan aku lakukan,
dan yang aku rahsiakan
dan aku nyatakan,
Engkaulah Dzat Yang Maha dahulu
dan Dzat Yang  Maha Terakhir,
tiada Tuhan selain Engkau.
(Al-Bukhari, no 1120,6317,7385 dan Muslim no. 769)

Kemudian Rasulullah berdoa lagi:

Ya Allah Tuhan Jibrail,
Mikail dan Israfil,
Dzat yang menciptakan langit dan bumi,
Dzat Yang Maha mengetahui yang ghaib dan yang terlihat,
Engkau memberikan hukum kepada para hambaMu
dalam permasalahan yang mereka perselisihkan,
maka tunjukilah kami dalam setiap perkara yang kami perselisihkan menuju kebenaran dengan KeizinanMu,
sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.
(Muslim no 770. Ahmad no 24699 dan Abu Daud no.767)

Wasallam

2 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami : alhamdulillah, rezeki bulan ramadhan kan

shami2 berkata...

Salam dekk

Ya alhamdulillah....