P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Jumaat, 31 Ogos 2012

Erti kemerdekaan jauh di sudut hati ini








Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Alhamdulillah hari ini 31hb Ogos bagi tahun 2012 kita sekali lagi menyambut hari kemerdekaan
 bagi negara kita Malaysia yang tercinta, 
di dalam bulan Syawal 1433 hijrah dalam suasana raya yang masih terasa....
Kebiasaannya pada zaman kanak2 cerita2 zaman jepun, zaman inggeris akan 
diulang2 cerita oleh datuk dan nenek saya
siaran tv pula akan berulang2 kali menayangkan filem 
berkisar tentang menentang komunis dan sebagainya,
itu satu ketika dulu, 
namun kini  jauh di sudut hati...
jom kita selami dan kongsi erti kemerdekaan dari suatu sudut yang lain, 
sambil cuba2 kita nilai dan bandingkan dengan sabda Rasulullah serta catatan hadis yang telah di catatkan buat renungan kita umat di akhir zaman ini..khusus kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama islam lebih-lebih lagi untuk bimbingan suami/isteri, dan anak2.


Renungan kemerdekaan

JALUR gemilang dikibar tanda kebanggaan rakyat Malaysia 
menyambut ulang tahun kemerdekaan. 
Merdeka bererti bebas, 
bebas daripada penjajahan barat dan bebas daripada ideologi mereka. 
Dan yang lebih penting ialah bebas daripada `jahiliah'.
 Sambutan kemerdekaan bermakna sekiranya rakyat umumnya, 
dan umat Islam khususnya mempunyai semangat dan keazaman untuk mempertahankan 
negara daripada sebarang pencerobohan sama ada 
yang melibatkan pencerobohan mental atau fizikal.

Semangat jihad dan kepahlawanan perlu ditanam di dalam setiap jiwa dan sanubari umat Islam agar perasaan sayangkan negara dan tanah air sentiasa membara. 
Berjihad untuk mempertahankan negara merupakan sifat yang mulia dan disanjung tinggi di sisi Allah. 

Firman Allah bermaksud: 
Tidaklah sama (keadaan) orang yang duduk (tidak berperang) dari kalangan orang yang beriman dengan orang yang berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwa mereka. 
Allah melebihkan orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang yang tinggal duduk dengan satu darjat (kelebihan). (An-Nisa': 95).

Untuk mempertahankan negara, 
kita mesti mempunyai kekuatan mental dan fizikal. 
Selain daripada memiliki kelengkapan pertahanan perlu juga kepada kerohanian yang mantap berteraskan sifat mahmudah dan keimanan kepada Allah, 
umpamanya melaksanakan segala perintah Allah, 
meninggalkan segala larangan-Nya, 
berdisiplin, 
amanah, 
jujur ikhlas dan sebagainya. 
Atas dasar inilah kedaulatan dapat dikekalkan dan akidah umat Islam terpelihara dan sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah.

Pada zaman Rasulullah, 
kita dapat menyaksikan bagaimana setiap golongan terlibat 
dalam mempertahankan agama dan tanah air. 
Jihad pada zaman nabi bukan sahaja disertai oleh lelaki dewasa, 
akan tetapi golongan wanita dan kanak-kanak juga bersungguh-sungguh untuk bersama-sama menunaikan kewajipan mempertahankan agama dan negara. 

Telah diriwayatkan bahawa Abdullah bin Zubair ketika berumur tujuh tahun telah pergi ke rumah Rasulullah s.a.w. bersama rakan-rakan yang sebaya dengannya. 

Apabila berjumpa sahaja dengan Rasulullah, Abdullah dengan semangat kepahlawanan yang wujud dalam dirinya telah menyatakan dengan tegas: 

``Kami datang kepadamu wahai Rasulullah adalah dengan satu tekad iaitu untuk sama-sama berjihad di jalan Allah.'' 

Begitulah semangat kanak-kanak pada zaman Rasulullah, 
walaupun baru berumur tujuh tahun, tetapi semangat untuk mempertahankan agama dan negara daripada dihancurkan oleh musuh-musuh Islam sentiasa berkobar-kobar di dalam sanubari dan jiwa. 

Selain daripada kanak-kanak, wanita-wanita Islam juga ingin turut serta dalam peperangan walaupun mereka tidak pernah diminta berbuat demikian. 

Ummu `Atiyyah berkata: 
``Aku telah bersama-sama Rasulullah s.a.w. dalam tujuh peperangan. 
Semasa dalam peperangan. 
Aku bertugas menyediakan makanan dan merawat tentera yang luka.
'' Dalam Peperangan Uhud, Ummu Aiman bertindak membekalkan air kepada tentera-tentera Islam di samping merawat mereka yang luka. 
Begitulah semangat juang yang ada pada wanita zaman Rasulullah.


Mempertahankan kedaulatan agama dan negara amat besar ganjarannya di sisi Allah. 
Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah yang bermaksud, daripada Mu'az .a. daripada Nabi Muhammad s.a.w., baginda bersabda, 

Sesiapa yang berperang di jalan Allah walaupun sebentar iaitu sekadar masa orang memerah susu unta, maka wajib baginya syurga.
Dan sesiapa yang bermohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh untuk berjihad kemudian dia mati atau dibunuh, maka sesungguhnya baginya balasan syahid. 
Dan sesiapa terluka di jalan Allah atau ditimpa kemalangan, maka dia datang pada Hari Kiamat sederas darah yang mengalir ketika luka, warnanya seperti za'faran dan baunya bagaikan wangi kasturi. 
(Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmizi). 

Dalam hadis yang lain, 
Rasulullah bersabda maksudnya: 

Sesungguhnya di dalam syurga itu ada seratus darjah yang disediakan Allah bagi orang yang berjihad pada jalan Allah. 
Di antara satu darjah dengan darjah yang lain seperti langit dan bumi. 
(Riwayat Imam Bukhari).

Jika diimbas kembali perjuangan Rasulullah dalam mempertahankan agama Islam, banyak perkara yang dapat dijadikan iktibar dan contoh. 

Antaranya seperti dalam peperangan Badar, 
angkatan tentera Islam yang bilangannya lebih kecil, 
hanya seramai tiga ratus tiga belas orang, 
dibandingkan dengan bilangan tentera musyrikin Mekah seramai seribu orang, 
tetapi dengan keimanan yang kuat, 
keikhlasan dalam berjihad dan banyak berdoa kepada Allah serta sentiasa berzikir dan bersatu hati dalam mempertahankan agama dan negara. 

Akhirnya tentera Islam dapat mengalahkan tentera musyrikin di dalam peperangan Badar tersebut, walau pun tentera musyrikin lebih ramai bilangannya disertai dengan kelengkapan senjata yang mencukupi. 

Apa yang lebih menakjubkan ialah bagaimana kekuatan keimanan yang wujud dalam sanubari umat Islam telah berjaya menghasilkan kejayaan dan kemenangan dalam Peperangan Mu'tah. 

Dalam peperangan tersebut, tentera Islam hanyalah berjumlah tiga ribu orang, 
akan tetapi mereka dapat menewaskan tentera musuh yang dibantu oleh Rom berjumlah dua ratus ribu orang.

 Oleh itu untuk mempertahankan negara kita perlu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Ajaran yang menjadi teras kehidupan insan yang memiliki nilai hidup yang harmoni dengan berpandukan al-Quran dan sunah. 
Kita mampu menjana bangsa Malaysia yang bersatu, 
berwibawa dan luhur pekertinya.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab semua untuk mengamalkan Islam dalam kehidupan harian. Langkah pertama 
adalah dengan mencari sebanyak mungkin ilmu dan kemahiran. 
Kedua, 
beramal dan melaksanakan pengetahuan tersebut secara total dan 
ketiga, 
menyebarkan ajaran Islam kepada orang lain untuk kesejahteraan sejagat.

Peristiwa-peristiwa peperangan yang berlaku di negara-negara islam lain ketika ini sepatutnya djadikan pengajaran
Sehubungan itu, 
setiap individu Muslim sewajarnya mempunyai keazaman yang kental untuk memberikan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara 
dengan memberikan komitmen yang padu 
untuk sama-sama mempertahankan agama, bangsa dan negara. 

Oleh yang demikian, setiap umat Islam mestilah berusaha menghayati ajaran Islam serta mempraktikkannya agar sumbangan yang diberikan kepada negara menjadi lebih bermakna.


Wasallam

Tiada ulasan: