P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Sabtu, 7 April 2012

Riadah hujung minggu lagi








Kambing Aqiqah yang ditempah untuk Grilled Lamb



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Salam hari sabtu
Pagi-pagi shami dan Pak ngah hilmi serta adik mimi berkunjung 
ke ladang tuan haji sidek sahabat Pak Ngah.
Kami ke sana atas urusan perniagaan.

Urusan perniagaan kami olah 
 menjadi suatu riadah buat kami sekeluarga, 
persekitaran yang hijau, ternakan yang sihat dikandang 
menjadikan kami leka seketika
disitu ada kebesaranNya, juga ketenangannya
masa berlalu tidak terasa.
Hari ini Tuan Haji Sidek bermurah hati 
menghadiahkan shami 2 biji buah mempelam, 
benihnya diperolehi dari negara Pakistan (kalau tidak salah).
Begitulah masa berlalu.

Dipejabat
 beberapa jadual kerja telah diubah
Susunan ketika bercuti tempohari
menjadi suatu rutin kekal kini
perjalanan kerja makin pantas dan lancar 

Alhamdulillah 
anak2 buah serta team2 pekerja yang telah dibimbing
semakin komited banyak perubahan berlaku.
Semoga perubahan ini berkekalan.

Rindu Kota Madinah, juga Kota Mekah masih segar disanubari
semoga Allah kekalkan semua keindahan dan kebahagiaan itu
Kenyataan ini menjadi topik bualan shami dan majikan
Amanah dipejabat itu lebih indah 
bila di olah bak hidup di 2 kota suci itu
Ya ternyata kami punya hasrat dan cita2 yang sama
Rindu pada 2 Kota suci ini adalah impian yang sama
itulah nilai hidup yang kami inginkan....
untuk menghabiskan sisa2 hidup sementara ini

Alhamdulillah...
kami ingin terus maju ke depan...
Semangat yang dibawa 4 tahun lalu
kini terisi, betapa dalam tempoh masa itu
beberapa jiwa telah terpimpin olehNya
kami seolah2 memimpin antara satu sama lain
pastikan tiada ada jiwa atau rohani yang lemah atau tertinggal
sedikit cabaran dan dugaan laluilah
 dengan penuh kejujuran, kesabaran dan keikhlasan.
Janji Allah itu benar bagi orang-orang yang sabar, beriman dan bertaqwa.

Perniagaan

Kepada pembaca2 blog, serta kawan-kawan yang berhajat 
untuk membeli kambing dan lembu bagi majlis Aqiqah
bolehlah menghubungi kami untuk tempahan.
Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak  juga
menyediakan perkhidmatan jual beli, 
menyembelih kambing dan lembu serta menguruskan
penyediaan makanan bagi sebarang majlis jamuan makan.
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Perkongsian ilmu

kemanisan Iman
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ
 أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا
 وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ
 وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Dari Anas r.a. Nabi s.a.w. sabdanya :
“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman.
 (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya.
 (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, kerana Allah.
(ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran
 sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka”
Hadis sahih riwayat Bukhari


Wasallam



4 ulasan:

Ayah Zain berkata...

as salam shami2

seronoknya mangga tu kalau dpat az ngapp.

lateley, bila makan kambing ada semacam berlaku dalam badan. kenapa yek.

dulu first time makan kambing kat gerai pak ngah ok jer. agaknya nak kena pergi lagi ni

shami2 berkata...

Salam AZ

Jemputlah datang ke kedai saya ni AZ...tak baik tangguh2 hehehe

KAMATO berkata...

Seronok kalau ada rumah persekitaran sebegitu

shami2 berkata...

Salam komato

Ya, betul kerana itulah bila berpeluang saya akan ikut ke sana...