P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Isnin, 9 April 2012

Kuih Popia nestum, maruku dan tiram & Usaha dan Doa

  Kuih popia nestum, kuih maruku dan kuih tiram


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah 
Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Salam hari Isnin
Alhamdulillah, 
di dalam mengecapi hidup ini, 
selagi ada kemampuan
jangan sekali di lupakan pada 
yang memerlukan bantuan
Itulah antara doa dan harapan
moga saya  
tergolong di kalangan orang2 
yang  suka 
berbuat kebaikan ..
 kebaikan yang dimaksudkan 
adalah yang diredhai oleh Allah SWT
Sedikit kebaikan walau hanya dengan 
sepatah perkataan yang baik
bakal merubah keadaan yang baik 
kepada yang terbaik
insyallah


Perniagaan


Kepada kawan2 dan pembaca blog, 
sekiranya anda berminat dengan kuih2 yang 
terpamer di atas boleh dapatkannya di kedai 
Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak.
Dalam keenakan kita menikmati kuih2 ini
sebenarnya kita membantu meringan beban
seorang ibu tunggal yang gigih membesarkan anak2nya
kami berjanji sama2 akan berdoa berkenaan usaha ini.
Sila hubungi kami untuk membeli dan menempahnya.


Perkongsian Ilmu


 Kerukunan hidup di dunia, 
ialah dengan 
sentiasa memberi pertolongan 
kepada yang memerlukan 
semoga Allah memberi pertolongan 
kepada orang yang bersifat pemurah 
agar dia mendapat kelapangan di dunia dan akhirat. 
Pertolongan beginilah yang dituntut oleh syariat Islam 
supaya hidup ummah sentiasa terjamin dan kukuh 
melalui tolong-menolong akan
mengeratkan persaudaraan dan 
merapatkan silatulrahim yang disertai 
ganjaran pahala dari Allah yang tidak terhingga.


Doa adalah permohonan atau pengucapan seorang hamba 
dilakukan secara langsung dengan Allah SWT 
dan setiap rintihan yang dimohon didengar Allah SWT. 
Allah SWT tidak suka kepada umatnya 
yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya.


 Firman Allah SWT dalam surah al-A’raaf ayat 55-56 bermaksud: 


“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang melampaui batas. 
Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi 
sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, 
dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. 
Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.”


Wasallam

3 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum cik shami : maruku tu nampak sedap...

shami2 berkata...

Salam dekk afezz

Kalau nampak sedap jemputlah datang membelinya heheh

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

moga usaha murni itu diberkati oleh Allah

moga terus berjaya