P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Selasa, 21 Februari 2012

Pejuang & Senjatanya

 Ladang teh Boh dari tepi anjung cafe

 Perkampungan Al Mashoor....
dari jauh..suara azan sayup kedengaran
                                        
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang


Salam hari Selasa...

Hidup ini adalah perjuangan.
Perjuangan bagi mendapat redha Ilahi dengan melawan kehendak nafsu dan menempuh halangan sepanjang perjalanan kehidupan. 
Setiap pejuang memerlukan senjata. 

Setiap hari adalah perjuangan 
bersiaplah lagi untuk berjuang bagi hari seterusnya. 
Begitulah Sehari dalam hidupku
Mudah-mudahan perjuangan itu diredhaiNya

Bagi seorang mukmin, doa adalah senjatanya.
Firman Allah Taala;

Dan Tuhan kamu berfirman:

 Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu…  
(Ghafir:60)

Jelas sekali Allah memerintahkan kita supaya berdoa memohon kepadanya, dan dia berjanji akan memperkenankan permohonan tersebut. 
Kemudian Allah akhiri ayat tadi dengan firmannya;

..Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. 
(Ghafir:60)

Allah SWT dengan kemurahan dan kurniaannya yang melimpah ruah, menjadikan permintaan hambanya sebagai ibadah, dia mencela orang yang tidak meminta daripadanya. 
Bahkan orang yang tidak meminta kepada Allah dikategorikan sebagai bongkak!

Imam Tirmizi meriwayatkan sabda nabi SAW;
  
Siapa tidak memohon kepada Allah, Allah murka kepadanya.

Alangkah indahnya kata-kata hikmah ini,

Janganlah kamu meminta dari anak Adam sesuatu jua, 
sebaliknya pintalah dari Allah yang pintunya sentiasa terbuka.
Allah murka jika kamu tinggalkan meminta kepadanya, 
sedangkan anak Adam marah jika kamu meminta kepadanya.

An-Nukman bin Bashir meriwayatkan dari nabi SAW; 

 Doa itu adalah ibadat. Kemudian baginda membaca ayat  yang bermaksud; 
Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, 
maka sesungguhnya Aku hampir. 
Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta 
jika dia meminta kepada Aku. 
Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran 
(Al-Baqarah”186). 
(Sahih Tirmizi)

Doa pasti dikabulkan berdasarkan umum ayat tadi dan hadis-hadis berikut, bila sempurna syaratnya.

Hadis Salman;  

Sesungguhnya Allah itu maha hidup lagi maha mulia, dia malu jika seorang lelaki menadah tangan berdoa, kemudian dia hampakannya kekosongan.
Hadis Anas;  
Janganlah kamu lemah dari berdoa, sesungguhnya seseorang itu tidak ditimpa kecelakaan selama mana dia berdoa.

Hadis Abu Said Al-Khudri;  

Tidaklah seorang muslim itu berdoa dengan suatu doa pun- yang bersih daripada dosa dan memutuskan hubungan - 
melainkan Allah kurniakan kepadanya salah satu dari tiga perkara: 
sama ada disegerakan permintaannya, 
atau disimpan di akhirat kelak, atau 
Allah jauhkannya dari kejahatan yang seumpama dengannya
(Ahmad, Al-Bazzar, Abu Ya’la, Al-Hakim)

Umar Al-Khattab berkata; 

Aku tidak kisahkan perkenan Allah. 
Apa yang aku kisahkan adalah berdoa. 
Sesiapa yang diilhamkan kepadanya untuk berdoa, 
maka perkenan Allah bersamanya.

Sumber: Tazkiyatun Nufus

Wasallam

Tiada ulasan: