P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Ahad, 12 Februari 2012

Contohilah Rasulullah menjaga kesihatan diri


Jinak ayam daging ni bebas di sekitar kawasan halaman rumah ladang


Adik mimi dan ayam2 yang diternak


Kami tiba waktu ayam2 ini diberi makan

Itik angsa
Itik serati
Rumah ladang....ringkas tenang jauh dari kesibukan ...
Pandangan masuk ke rumah ladang
Kolam ikan nun di lembah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Salam cuti hari minggu, alhamdulillah 
cuti hujung minggu 
shami dan adik mimi sekali lagi mengikut Pak Ngah Hilmi bekerja 
Inilah tempat ternakan diusahakan terletak disebuah kawasan berbukit,
selain memelihara ternakan kambing, terdapat juga ternakan lain, 
antaranya, ayam dan itik. Ayam dan itik yang diternak jinak, sihat dan bersih, hidup segar di kawasan berbukit..tempatnya tenang dan damai....
pasti kehidupannya selesa... 
Begitulah riadah kami sekeluarga minggu ini
alhamdulillah.



Mari kita berkongsi ilmu





SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. 
Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: 
“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” 
(Muttafaq Alaih)


Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, 
tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. 
Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI
Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah, semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”

Wasallam

6 ulasan:

Ummi berkata...

Saya suka n3 ini, t.kasih krn berkongsi. Menjaga kesihatan juga adalah ibadah. Tubuh adalah amanah. Semasa kita lahir, Allah telah berikan tubuh badan yg sempurna, namun kita merosakkannya dgn makan berlebihan & tidak menjaga kesihatan dan kita kembali kpdNya dlm keadaan tubuh yg telah rosak.

shami2 berkata...

Salam ummi

Terima kasih kunjungi blog saya, terima kasih juga atas kongsi tambah ilmu dari komen yang diberi...alhamdulillah
sama2 kita pupuk kehidupan kita sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah.

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

tazkirah yg baik...terima kasih

sedap dapat makan daging itik..lebih2 lagi buat rendang

boxhousestudio berkata...

Assalamualaikum Sham

Rindu mengamit BHS kemari...

teringat BHS ada beli 2 buku mengenai Rasulullah menjaga kesihatan...

apa khabar Shami and family?...semoga terus sakinah, mawaddah, warohmah....amin....

shami2 berkata...

Salam cik rozali

Terima kasih, tazkirah untuk diri sendiri juga dikongsi

Jemput datang membeli itik2 yang ada heheh

shami2 berkata...

Salam kak tun..

Seronokkan baca buku tentang rasulullah...

Alhamdulillah...insyallah sama2 kita bentuk dan hiasa diri dan keluarga penuh dengan sakinah, mawaddah lagi warohmah...banyakkan berdoa...