P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Sabtu, 7 Januari 2012

Si burung pipit



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang


Salam hari sabtu, sejak pagi jumaat lagi shami berazam untuk beriadah,
 hasrat hati ini dikongsi dengan adik mimi 
telah dimaklumkan juga kepada Pak ngah hilmi.
Pada pagi hari sabtu bermulalah riadah kami berdua berjalan kaki dari rumah ke kedai Pak Ngah Hilmi, 
langkah di atur, sambil mulut tidak berhenti2 bertasbih  dan ucapan puji-pujian kepadaNya,
 itulah antara pengisian yang diterapkan dalam diri kami berdua ketika berjalan. 
Alhamdulillah riadah kami santai dan menyeronokkan.

Tiba dipertengahan jalan, kami terjumpa seekor burung pipit yang berada di atas tanah, kedudukan burung pipit ini seakan2 dalam gambar di atas, lansung tidak terbang atau berganjak dari kedudukannya, difikirkan bahawa kemungkinan burung ini sakit dan perlu dibawa  bersama untuk di letakkan ubat yang ada di kedai, lalu shami mengambilnya dan diletakkan ditelapak tangan kiri, lalu mengengam supaya kedudukannya selesa sedang di tangan kanan pula menjinjing sedikit barang.
Adik mimi pula berjalan di sebelah kiri. 

Burung pipit tersebut tampak selesa ditelapak tangan kiri, kami teruskan perjalanan sedang mulut memuji2Nya dengan menyebut
Ya Allah2....berulang kali lagi, sesekali kami berhenti dan memerhati keadaan burung pipit itu, 
 satu ketika shami berhenti dan bertanya awak sakit ke?
terkelip2 mata burung itu, 

lalu shami berdoa untuk burung tersebut

"Ya Allah kau sembuhkanlah penyakit burung ini, "
sambil memandang tepat padanya.    

Adik mimi menjadi pemerhati yang setia, kami teruskan lagi perjalanan 
kali ini kami membelok kekawasan perkampungan cina, 
sebagai jalan shortcut ke kedai, tiba2 kami tersedar rakan2 si burung pipit dalam gengaman shami sedang mengekori kami, dari atas dan terbang hinggap di kiri kanan jalan rumah yang kami lalui, bunyi kicauan burung pipit bersilih ganti, lalu kami berhenti seketika,
shami memandang burung tersebut, sambil berkata 
"kawan2 kamu sedang mengekori kamu, lalu shami letakkan burung tersebut di atas tanah, ingatkan dia akan duduk di situ sahaja, 
sebaliknya burung tersebut terbang laju menyertai rakan2nya..dalam keadaan sihat
seperti biasa ..."
seketika dihujung pagar, kelihatan burung pipit itu hinggap berdua dengan rakannya,  kemudian  burung2 pipit itu terbang tinggi hilang di sebalik bumbung2 kawasan kejiranan perkampungan cina tersebut.
kami meneruskan perjalanan ke kedai akhirnya sampai, 
Alhamdulillah riadah ringkas berjalan sejauh 1km untuk kesihatan telah diselesaikan.
Demikianlah..pengalaman manis pagi tadi...bersama adik mimi
suatu momen yang indah untuk dihayati, ketika riadah.

Momen indah ini telah memberi ilham kepada shami untuk menelaah tentang kisah seekor burung pipit dan para anbiya iaitu Nabi Ibrahim a.s, 

CATATAN PERKONGSIAN ILMU

Spesis: Burung pipit


Nama saintifik: Passer (true sparrow)


Era: Nabi Ibrahim a.s.

Sinopsis: 
Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. 

Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu? 

Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. 

Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

******

Tentang hasanah
Subhanallah. Makhluk Allah yakni burung juga berusaha untuk membantu agama Allah S.W.T. Hal ini dirakamkan dalam kisah-kisah para Anbia’ sepanjang sejarah mereka. Di sana terdapat pengajaran yang sangat besar yang boleh diteladani oleh manusia, umat Islam khususnya.
Saya suka untuk mengambil ‘ibrah(pengajaran) daripada contoh yang ditunjukkan oleh burung pipit semasa insiden Namrud cuba membakar Khalilullah, Nabi Ibrahim a.s. Sungguh, jika mahu mengira mengikut logik matematika, nisbah air yang dibawa oleh si burung pipit dengan api yang Namrud sediakan, hampir kepada sia-sia. Namun, Allah Azzawajalla Maha Adil dan Saksama. Allah tidak melihat kepada hasil, tetapi Allah memandang dan mengambil kira usaha yang dilakukan.
Manusia jika menyertai satu-satu pertandingan, atau menduduki satu-satu peperiksaan, atau menyiapkan satu-satu tugasan, apa yang terdaya untuk dinilai hanyalah output kepada segala usaha yang tidak terukur. Biarlah usaha yang di belakang itu berlumur nista dan celaka, jika hasilnya baik, maka baiklah kata manusia. Walaupun ada yang berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan yang terbaik, dengan cara baik, tetapi tidak berhasil, maka buruklah kata manusia biasa. Kerdilnya kita berbanding keadilan Allah Ta’ala.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
“Senyum anda di hadapan saudara anda adalah sedekah. Jangan menganggap remeh suatu kebaikan, meskipun hanya menampakkan wajah yang berseri saat anda bertemu dengan saudara anda“.
(Riwayat Muslim)
Tidak ada kebaikan yang boleh kita pandang enteng. Kita tidak pernah mengetahui dengan amalan apakah yang menjadi sebab kita diredhai Allah untuk masuk ke syurgaNya. Walaupun amalan itu dipandang kecil oleh manusia ramai, tetapi jika Allah berkenan (mungkin lantaran keikhlasan sang pelaku di saat itu) maka kita akan diganjari olehNya.
Saya amat terkesan dengan salah satu wasiat Luqman a.s. kepada anaknya. Katanya:
“…Janganlah engkau tertipu dengan kebaikanmu walaupun banyak kerana engkau tidak tahu adakah ianya diterima atau tidak.”
Lalu berbuat baiklah, di mana sahaja kita berada dan berdaya. Jangan memperlekeh kebaikan yang dibuat oleh manusia lain sungguhpun ianya sedikit. Semoga Allah menggolongkan kita dalam kelompok manusia yang senantiasa melakukan kebaikan dan dipimpin-Nya.
Wasallam

4 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami : burung pipit tu saje jer nak bermanja2 ngan kak shami... heheh

shami2 berkata...

Salam dekk

Entah pelik betul, bila lalu depan dia, lansung tak bergerak2 itu yg kutip dan bawa berjalan sekali...elok jer dalam tangan akak macam budak2 kecil...hehehhe

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

Insyaallah
burung tu pula mendoakan kebahagian dan murah rezeki Shami sekeluarga
amin

shami2 berkata...

Salam cik rozali

Insyallah, mudah-mudahan, hendaknya begitulah..