P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Isnin, 12 Disember 2011

UPDATE KEDAI PAK NGAH HILMI GRILLED LAMB STEAK DI TAHUN 1433H

Pelbagai jenis kopi ada dibekalkan di kedai kini
sebahagiannya bersumberkan daripada susu kambing


Waktu gerhana bulan tempohari....anak2 sempat merakamkan
detik istimewa ini....subhanallah itulah kebesaran Allah yang diperlihatkan kepada kita..
semoga kita menghayati...setiap kejadian yang telah Allah perlihatkan kepada kita
mudah-mudahan bertambah  iman dan takwa kita kepadaNya..


Antara minuman yang ada dikedai kini....

Carta bahagian struktur daging kambing bersama kesesuaian dengan 
menu masakannya.... 

Menu terbaru kini....Roti bakar special...
ringkas dan mengenyangkan...antara menu kegemaran keluarga..

Signboard lama diganti yang baru


Kerepek pisang istimewa

      Sate juga boleh didapati kini....


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Salam hari isnin, hari ini juga adalah hari cuti ganti bagi Negeri Selangor Sempena Hari ke
Puteraan Sultan Selangor pada hari Ahad bersamaan 11hb Disember 2011.
"SELAMAT BERCUTI KEPADA RAKYAT NEGERI SELANGOR.."

***

Gambar-gambar di atas adalah update semasa
Kedai Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak

isnin adalah hari bercuti ...mingguan kedai Pak ngah Hilmi
temui semula pada hari selasa dari jam 5.00 petang hingga 12 malam.

Kepada yang ingin menempah set buffet
Lamb Drumstik Steak...
khusus bagi jamuan ahli keluarga, atau majlis sambutan hari jadi bersama saudara mara,
rakan-rakan sekerja..

sila hubungi kami untuk keterangan lebih lanjut  di hp yang tertera di atas page blog ini..


Diperkenalkan lagi...
 hidangan Lamb Drumstik Steak
dihidangkan secara

"buffet table istimewa"
sila rujuk gambar di page terakhir blog ini

bersama cadangan pilihan menu berikut:
Nasi beriyani
kari kambing "Mak ngah"
Ayam panggang,
Coleslow,
kentang goreng dll
Garlic bread
Thousand Island
Spagheti
Roti bakar istimewa
pelbagai jenis buah-buahan dan sebagainya.

Anda boleh mencuba memotong daging dan menyiapkan set hidangan sendiri
 lebih santai.......penuh kesederhanaan, dengan harga yang berpatutan tentunya istimewa ...
sebagai menu pilihan.

Nikmati cuti persekolahan, eratkan kasih sayang bersama keluarga
dengan menikmati hidangan istimewa Grilled Lamb Steak
dari Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak...

****

Penghargaan

Istimewa penghargaan kepada pelanggan2 tetap juga pelayar2 blog sehari dalam hidupku yang telah membaca blog ini dan mengunjungi kedai kami, juga  yang telah membuat tempahan katering
Grilled Lamb juga menu2 yang lain.
Jutaan terima kasih atas sokongan anda...selama ini
Doa dan harapan shami sekeluarga dan juga warga kerja kami  moga kehidupan kita semua sentiasa di redhai dan diberkati Allah SWT..hendaknya
tingkatkan amal soleh kita dengan penuh  keikhlasan hanya kerana Dia dimana saja kita berada.

****

Perkongsian catatan hadis

Rasulullah SAW bersabda
"Makanan dua orang itu cukup untuk tiga orang. Makanan tiga orang  mencukupi untuk empat orang
(H.R. Muslim)

Wasallam...



8 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami : ermm... bile la bole smpi kat kedai ni? bukan jauh pon.. hehehe

ainhany berkata...

salam kak shami.

tahniah dan syabas kak. Transformasi menuju kegemilangan...insyaALLAH semakin maju dan diberkati ALLAH.

Ain juga yang belum kesampaian lagi untuk singgah sini> namun azam sentiasa ada dan insyaALLAH ade mudahan diperkenankan. sedap2 belaka...kecuq air liuq nie..

shami2 berkata...

Salam dekk afezz

Akak ngan pak ngah lalu depan rumah ko sehari, 2 kali paling kurang heheheh

Jemputlah datang bawa keluarga mak, kakak/abang anak2 sedara semua heheh

shami2 berkata...

salam ain

Terima kasih ain.
Kalau ada kelapangan jemputlah datang...pintu kedai sentiasa terbuka untuk semua...

kunjungan sahabat2 pasti lebih istimewa, penuh rahmat dan diberkatiNya...

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

Alhamdulillah
ada peningkatan
moga bertambah maju..

Wassalam

shami2 berkata...

Salam cik rozali

Alhamdulillah...terima kasih.

Azlim Bin Abu Bakar berkata...

Assalamualaikum,
kak shami & pak ngah hilmi..

saya dari kuala selangor.. dah survey 2/3kali akhirnya jumpa gak kedai pak ngah...
...signboard baru amat menarik...
..insyaallah nak bawa isteri & anak2 nanti..celebrate birthday isteri pada 21Muharram 1433H (kalau ada rezeki lebih)...
..azam baru saya (1433H)nak celebrate birthday family ikut kalender islam instead of kalender masehi.. apa komen pak ngah & kak shami???
dari : azlim abu bakar & family (KS)

shami2 berkata...

Salam azlim

Terima kasih, singgah di blog SDH,
jemput datang kekedai...

andai adik azlim berhajat untuk meraikan hari lahir isteri, sila hubungi kami dihp tertera pada blog ini untuk tempahan awal atau sebagainya.

Alhamdulillah, suatu hajat yang menarik, mudah-mudahan kasih sayang Azlim dan isteri serta anak2
sentiasa mekar hingga ke syurga....insyallah.

Ikhlas Dari : Kak Shami & Pak Ngah serta Keluarga.