Khamis, 1 Disember 2011

Minda positif minda yang cemerlang


Masak lemak cili padi ketam

Ulam celur pucuk keledek dan terung pipit serta kerabu telur masin


Sayur tumis bayam dengan bilis

Sambal belacan buah belimbing buluh partner air asam


Air asam untuk cicah ulam pucuk keledek dan terung pipit celur

Kerang rebus

Ikan kembung goreng

Ikan keli goreng kunyit

Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang

Salam malam jumaat...

tiba lagi malam jumaat yang indah dimusim cuti sekolah semua anak2 pasti ada bersama kita saat ini
Pasti saat indah ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik,
lebih-lebih lagi dapat makan bersama seisi keluarga.
Sama-sama kita isi malam kita dinihari berdoa, bermunajat, juga menyambung lagi bacaan Al Quran
yang sudah menjadi sebahagian rutin harian kita. Memahami isi kandungannya insyallah
moga terjana minda dan sanubari kita.

Foto di atas adalah antara hidangan yang disediakan untuk makan tengahari
bersama, sejak awal pagi shami dan Pak Ngah ke pasar membeli keperluan, balik ke rumah kerja memasak pun dimulakan....diluar rumah cuaca mendung dan hujan renyai diselang seli hujan lebat, 
hujan membawa rahmat dari Nya
hidangan ringkas ini cukup membuka selera kami sekeluarga..
alhamdulillah


*****


Catatan bekal ilmu ....

Allah Subhanahu wata’ala telah mengingatkan mukmin
di dalam Al Qur’anul Karim mengenai prasangka negatif .

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan),
karena sebagian dari prasangka itu dosa.
Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain.
Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.
Dan bertakwalah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”

 
Dalam tafsirnya, ibnu katsir ra. mengatakan bahwasanya Allah SWT melarang mukmin untuk berprasangka negatif tentang suatu keluarga dan orang lain pada umumnya.
Kecurigaan atau prasangka negatif ini dilarang apabila dilakukan tanpa dasar yang jelas.
Umar bin khatab ra. berkata “jangan pernah berpikir negatif terhadap perkataan yang dikeluarkan oleh saudara seiman, selama dapat menemukan alasan yang baik untuk itu.
Maksud khalifah umar ra. adalah seorang mukmin tidak boleh berprasangka buruk atas apa yang terjadi pada saudaranya.
Mukmin tersebut harus mengalihkan pikirannya agar tidak berpikir negatif dengan jalan mencari alasan yang baik.
Rasulullah SAW. Bersabda: “waspadai prasangka buruk, prasangka adalah sejelek-jeleknya pernyataan palsu. Jangan mengintai kesalahan orang lain, jangan mencari-cari kesalahan orang lain, jangan dengki satu sama lain, jangan iri hati terhadap satu sama lain, jangan membenci satu sama lain, dan jangan mengelakkan satu sama lain. Dan wahai hamba Allah, jadilah kalian bersaudara!”
(HR Mutafaqun ‘alaih dan abu dawud).

****

Jika Tidak Ada Motivasi, Ada Sesuatu Tidak Kena Dengan Hati Anda

 

Jika Anda tidak ada motivasi, itu maknanya di dalam hati Anda, ada sesuatu yang tidak kena.

Anda tidak bersemangat sebab hati Anda tidak damai, tidak tenang, gusar dan tertekan.
Motivasi hanya akan ada apabila Anda tidak ada rasa gusar, susah hati, tertekan, kecewa, geram, marah atau dendam.

Orang yang bermotivasi adalah orang yang merasa seronok melakukan setiap aktiviti yang dilakukannya.

Dia bermotivasi kerana di dalam hatinya tidak ada perasaan gusar, susah hati, tertekan, kecewa, geram, marah atau berdendam.
Yang ada hanyalah perasaan suka, riang, girang dan enjoy.

Bagaimana untuk membangkitkan motivasi?

Gembirakan diri sendiri.

Nikmati apa yang Anda lakukan, nikmati aktiviti yang Anda buat, rasai keseronokannya
Bila sudah seronok, ada motivasi.

Orang berjaya sentiasa bermotivasi kerana mereka seronok apa yang mereka buat.
Aktiviti mereka banyak menjurus kepada pencapaian matlamat.

Maka, Anda perlu tahu apa yang Anda mahu capai, kemudian nikmati keseronokan dalam proses berusaha mencapai matlamat Anda itu.

****

mengubah sikap negatif kepada sikap positif


Untuk kita merubah sikap kita kepada sikap positif, kita kena hampirkan diri dengan persekitaran positif, berkawan dengan orang-orang bersikap positif, bercakap hal-hal positif, berfikir tentang aspek-aspek positif, melihat kepada aspek positif.

Sikap kita boleh diubah, yang penting kita ada kemahuan membara mahu berubah di dorong oleh keinginan mahu merubah hidup menjadi lebih bagus.

Ramai orang tersilap – perubahan yang dibuat oleh mereka hanya sementara kerana walaupun mereka mahu merubah sikap kepada sikap positif, mereka masih berkawan dengan orang-orang bersikap negatif, berkata hal-hal negatif, berfikir tentang hal-hal negatif, banyak melihat kepada aspek negatif dalam sesuatu perkara.

Kita sebenarnya yang membentuk diri kita sama ada bersikap positif atau bersikap negatif.
Kekadang, kita membiarkan diri kita dikuasai sikap negatif tanpa kita menyedari.

*****

 Anda susah untuk merasa bersyukur…disinilah Anda akan tahu apa sebabnya.

Sebab, di hati Anda masih ada titik hitam.
Hati Anda ibarat cermin jernih yang tembus pandang.
Titik-titik hitam yang mengotori hati Anda akan menggelapkan permukaannya lantas menyukarkan cahaya untuk menembusinya.
Anda pun susah untuk melihat semua yang ada di sebalik cermin.

Jika hati Anda sama seperti sebuah cermin, maka susahlah untuk Anda melihat secara tembus pandang. Anda tidak akan dapat melihat ke depan kerana penglihatan Anda terhalang.
Bayangkanlah Anda sedang memandu.
Mata Anda terus ke depan, menembusi cermin kereta.

Apa akan terjadi apabila tiba-tiba ada banyak titik-titik hitam muncul tak semena-mena di permukaan cermin kereta Anda? Anda akan rasa tidak selesa.
Anda susah nak memandu dengan lancar.
Anda jadi marah. Tiba-tiba rasa tidak puas hati.

Begitu jugalah dengan hati Anda.
Cahaya (nur) susah untuk menembusi hati apabila ada banyak bintik-bintik hitam.
Hati Anda susah untuk menjadi hati yang jernih lagi bersih sebab hati Anda kotor dengan puluhan ribu bintik-bintik hitam.

Rasa kesyukuran adalah emosi bersifat cahaya, iaitu emosi positif yang kedua tinggi kuasanya.
Ia bersifat cahaya kerana apabila rasa bersyukur wujud dalam diri Anda, kesannya Anda akan merasa bersemangat semula, emosi Anda berubah jadi emosi bersemangat, Anda jadi berinspirasi.

Motivasi Anda hadir tak semena-mena dalam jumlah yang tinggi.
Motivasi Anda menyala-nyala.
Semangat Anda marak membakar.


 Bintik hitam di hati muncul dari sikap negatif Anda, diransang oleh emosi negatif yang wujud di fikiran.
Emosi negatif ini diransang oleh bisikan-bisikan syaitan.
Kerjanya tak ada lain. Berusaha keras membuat Anda lupakan ALLAH, simply dengan mengapi-apikan marah.
Marah mengakibatkan Anda jadi tidak puas hati.

Emosi-emosi positif membuat Anda dekat dengan Tuhan.
Emosi negatif membuat Anda jauh dari Tuhan.
Maka apabila Anda mahu hadirkan rasa bersyukur tapi Anda susah untuk rasai kesannya, ketahuilah hati Anda masih lagi kotor.

Anda kena bersihkan.
Caranya, sebelum tidur maafkan kesalahan
semua orang yang berbuat salah pada Anda dari dulu sampai hari ini.

Sikap suka memaafkan kesalahan semua orang sebelum tidur dapat menghilangkan bintik-bintik hitam lantas membuat Anda jadi bersemangat pada keesokan harinya.
Amalan ini baik untuk mencuci hati.

Untuk impak maksima, lafazkan istighfar dengan setulus hati.

Mohon ampun pada ALLAH, minta maaf pada ALLAH kerana Anda telah berasa sakit hati pada orang lain. Istighfarlah banyak-banyak.
Rasai rasa memohon maaf itu, rasai sedalam-dalamnya hingga air mata Anda mengalir tak semena-mena.
Cahaya Tuhan (nur) akan mudah masuk ke hati.
Tiap kali Anda mahu rasa bersyukur, Anda akan merasainya serta merta tanpa ada halangan, tanpa ada rasa gusar, tanpa ada sangsi. Bila rasa bersyukur ada, emosi Anda akan terubah jadi positif, Anda rasa terhibur (joy), rasa bersemangat (passionate), rasa gembira dan rasa bahagia.

Elak dari rasa tidak puas hati. Elak untuk marah.

Lebih baik memberi maaf dari cepat naik marah. Sebab, kelak diri Anda merana.

Marah itu emosi negatif.

Apa saja yang negatif, sifatnya memusnahkan.

 
Hati orang pemaaf di sinari cahaya.


Bila sudah gembira, ceria dan bahagia, mudah untuk rasa bermotivasi, bersemangat.


Bila sudah ada motivasi, akan ada energi.

Dari sinilah Anda merasa sentiasa bertenaga.

Anda akan merasa terdorong jadi kuat bekerja.

Maafkan kesalahan orang yang pernah membuat Anda merasa sakit hati.

Maafkan orang yang Anda tak puas hati dengan perangainya.

Maafkan orang yang pernah menghina Anda, merendah-rendahkan Anda, mempersendakan Anda.

Sikap sebegini Anda membuat Anda maju ke depan.

Lawan api dengan api, Anda akan musnah.

Dua-dua musnah.

Bila lawan api dengan air, Anda akan dapat musnahkan api lalu meninggalkannya untuk mengecap hidup yang lebih baik.


 
*****

 
Berikut adalah 2 syarat untuk senarai kesyukuran memberi kesan di hati Anda:

1.Ketenangan

2.Kemaafan.

Latih diri untuk bertenang-tenang selalu. 
Ketenangan dan kedamaian hati adalah sifat positif kerana
ia dikaitkan dengan sifat malaikat juga sifat orang-orang soleh.

Bila Anda duduk, berdiri, berbaring, memandu, buat sesuatu kerja atau sedang bersantai-santai di depan tv, cuba buat sambil bertenang iaitu dengan relakskan diri.
Jika Anda sudah merasa relaks, cuba untuk merasa lebih relaks, kemudian lebih relaks lagi dari yang tadi.

Elak sikap suka menyindir dan sikap melepas geram (atau rasa tidak puas hati) melalui sindiran kerana itu akan menghapuskan rasa kegembiraan Anda, ibarat nila setitik hancur santan sebelanga.
Tiap kali Anda membina Senarai Kesyukuran atau Nota Terima Kasih, ia tidak akan memberi kesan apa-apa di hati, kesyukuran yang Anda ucap bagai terhalang-halang jadinya.

Maafkan kesalahan orang lain pada Anda.
Maafkan, lupakan, let it go!.
Rasa marah ibarat batu besar yang tak berhenti jatuh satu persatu dari atas tatkala mendaki ke puncak bukit. Pilihlah untuk menjadi insan pemaaf sebab Anda akan jadi lebih gembira, lebih bahagia.
 Syaratnya, jangan ingat selalu perkara-perkara menyakitkan hati, tapi ingat selalu perkara-perkara yang Anda syukuri kemudian lafazkan ‘terima kasih Allah’.
Hati lebih happy, tak gitu?


*****

Orang minda tahap rendah, akan kerap bercakap pasal hal orang lain.

Orang minda tahap tinggi, akan kerap bercakap pasal idea dan kejayaan.

Ketahuilah orang dengan minda bertahap rendah kerap bercakap pasal hal orang lain kerana itu menghiburkan mereka, menyeronokkan dan semakin dibuat, semakin syok rasanya.
Orang bersikap positif biasanya akan mengelak dari bercakap pasal hal orang lain terutama keburukan orang itu, kegagalan orag lain, keaiban orang lain.
Namun orang bersikap positif cukup teruja bercakap mengenai kejayaan, mengenai pencapaian dan mengenai idea-idea baru atau strategi baru.

Orang bersikap positif biasanya lebih banyak diam.
Orang berilmu jarang bercakap kecuali jika di minta.  

Orang minda tahap rendah jarang ada keinginan membuak-buak mahu menambah ilmu, mahu belajar lebih banyak, mahu mendalami lebih banyak pengetahuan.
Mereka biasanya lebih kerap mengkritik dan mengomen.

Jadi, orang cemana yang Anda mahu jadi?
Orang minda tahap rendah atau orang minda tahap tinggi?
Untuk berjaya dalam hidup,
Anda perlu ubah diri menjadi orang dengan minda tahap tinggi, iaitu orang yang memandang ke depan, orang yang tidak suka mengomen dan mengkritik, sebaliknya suka menghargai dan mengagumi.

Pendiam tidak semestinya sombong. Cuma bercakap ketika perlu, bercakap ditempat yang sesuai (ngam).

****

Mindset terhasil dari gabungan dua perkataan iaitu ‘mind’ dan ‘set’.


Mind adalah perkataan inggeris bermaksud minda dalam bahasa Melayu.
Perkataan ‘set’ bermaksud tetapan.

Mindset bermaksud tetapan minda. Ia adalah jenis setting yang Anda tetapkan pada minda Anda.

Sebagai contoh, jika setting mindset Anda adalah rajin, maka Anda akan jadi orang rajin.

Jika setting mindset Anda adalah malas, maka Anda akan jadi orang malas sebab Anda merasa malas.

Jenis tetapan (setting) yang Anda dah buat pada minda Anda, itulah yang akan jadi realiti.

Seperti mana Anda bebas mengubah tetapan (setting) pada handphone Anda, samalah juga dengan minda Anda. Anda boleh tetapkan setting minda Anda kepada setting yang Anda mahu, yang Anda rasakan selesa menggunakannya.

Sebenarnya, mindset adalah attitude Anda, iaitu sikap Anda.

Setiap dari kita membuat setting pada minda masing-masing tanpa di sedari.
Sebabnya, tidak tahu bagaimana minda bekerja. Kekadang, tidak terfikir untuk mahu tahu cemana minda bekerja.

Minda bekerja mengikut fikiran kita. Fikiran kita pula dipengaruhi oleh hati.

Hati dipengaruhi oleh emosi.

Dalam masyarakat kita, cemana hati seseorang begitulah juga dengan mindsetnya.
Cemana rupa mindsetnya, gitulah juga rupa hatinya.

Untuk melatih diri Anda menjadi insan bermindset ke arah kecemerlangan,
terlebih dahulu Anda kena kemudi hati Anda.
Hati kena bersih, maksudnya Anda kena belajar cemana jadi orang baik,
cemana jadi insan pemaaf dan cemana bersangka baik.

Tidak boleh ada sikap riak, berbohong, memandang rendah dan pemarah.

Mindset Anda dipengaruhi oleh pergaulan dengan orang-orang di sekitar Anda iaitu kawan-kawan Anda, ibu bapa, adik-beradik, rakan sekerja. Mindset Anda mudah dipengaruhi oleh sesiapa saja yang kerap berinteraksi dengan Anda.

Cemana mereka, camtu jugalah Anda.

Anda akan menyerupai mereka simply sebab gelombang minda mereka masuk ke minda Anda, turun ke hati lalu mempengaruhi fikiran Anda.
Perkataan-perkataan yang mereka ucapkan akan mempengaruhi Anda serta-merta tanpa Anda sedari.

Mindset adalah perkataan-perkataan yang Anda ucapkan, kemudian masuk ke minda Anda. Setiap perkataan yang Anda ucapkan,yang Anda nampak, yang Anda baca, yang Anda fikirkan, yang Anda ingati dan yang Anda bayangkan memberi impak tertentu kepada minda Anda.

Untuk membina mindset cemerlang sama seperti orang yang sememangnya cemerlang, Anda kena ubah mindset Anda sekarang ini. Hijarahkan mindset Anda.

Upgrade mindset Anda. Andai kata dulu mindset Anda adalah mindset jadi orang rajin, kali ni ubah mindset tu kepada mindset nak jadi orang lebih rajin, dua kali ganda lebih rajin dari rajin yang dulu.

Katakan pada diri Anda, Anda mahu jadi orang rajin.
Ulang-ulangkan perkataan ini, ucapkan di dalam hati: “aku mahu jadi orang rajin” selepas tu berlakonlah jadi orang rajin.
Lama-kelamaan Anda akan terbiasa jadi orang rajin,
bahkan sikap rajin itu menjadi sikap yang Anda biasa, diserap oleh diri Anda tanpa Anda sedari.

Jangan lawan kemalasan, sebaliknya jadilah orang rajin.

Jangan nak jadi cemerlang sebab nak tunjuk pada orang,
sebaliknya jadilah orang cemerlang sebab Anda nak cabar diri sendiri
mencapai tahap lebih bagus dari tahap sekarang ini.



Wasallam

sumber catatan siri Motivasi oleh
Datuk Dr Fadhilah Kamsah....








4 ulasan:

ROZILA berkata...

Salam Shami2,

Banyaknya lauk makan
tgh hari.....

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami : ketam masak lemak cili padi terbaekk!!

shami2 berkata...

Salam Rozila,

Terima kasih berkunjung singgah di blig saya,

Alhamdulillah, biasa saja, kalau kat kg macam nilah lauk pauk yg dihidangkan, mungkin ada kari, tambah, ada ikan kering goreng ...
sebab bahan mentah dan kemudahan ada di tepi rumah...keluar pintu dapur dah bole petik ulam2 yang ditanam ... rambutan, juga jambu ...subhanallah seronoknya duduk kt kg...

shami2 berkata...

Salam dekk afezz

Ya, ka itu menu kesukaan adik mimi..hehehe