P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Selasa, 22 November 2011

Amanah Allah dan kehidupan kita




Salam sejahtera buat semua...
Ketika ini banyak masa diperuntukan kepada amanah yang telah dipertanggugjawabkan  kepada shami,  masa yang terhad menjadi jarak menulis saat ini.Begitulah saban hari...
Alhamdulillah setiap kali tibanya hari rabu... semuan urusan mingguan selesai satu persatu..begitulah kisah perkongsian memegang amanah membantu menguruskan perniagaan seorang hamba Allah...dengan sedikit bekal ilmu yang ada dipilih hasil cadangan seorang guru ketika keputusan SPM diumumkan...kini kemahiran itu sedang diujikaji....cabaran, dugaan sentiasa menanti...ilmu dan amal juga doa2 yang dipanjatkan saban waktu menjadi kekuatan dan teman diri.

Diceritakan oleh Jabir bin Abdillah Radhiallahu’anhu:
“Nabi shalallahu ‘alaihi wasalam berdoa di Masjid Al Fath 3 kali, yaitu hari Senin, Selasa dan Rabu. Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, yaitu diantara dua shalat. Ini diketahui dari kegembiraan di wajah beliau. Berkata Jabir : ‘Tidaklah suatu perkara penting yang berat pada saya kecuali saya memilih waktu ini untuk berdoa,dan saya mendapati dikabulkannya doa saya‘”

Dalam riwayat lain:
فاستجيب له يوم الأربعاء بين الصلاتين الظهر والعصر

“Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, yaitu di antara shalat Zhuhur dan Ashar”
(HR. Ahmad, no. 14603, Al Haitsami dalam Majma Az Zawaid, 4/15, berkata:
“Semua perawinya tsiqah”, juga dishahihkan Al Albani di Shahih At Targhib, 1185

*****
Betapa seorang guru yang amanah pasti akan menasihati anak didiknya dengan nasihat yang terbaik..begitulah  amanah itu ditunaikan. 
Sebagai seorang murid perlu taat dan memikul amanah belajar dan melunaskan tanggungjawabnya dengan penuh jujur agar kejayaan menjadi miliknya. 
Kejayaan yang dimaksudkan hendaklan sesuai dan diredhaiNya serta baik untuk keperluan dunia dan akhirat.
Tiada yng lebih berkuasa melainkan Allah jua, yang mengatur kehidupan kita, dari yang baik kepada yang terbaik begitu jugalah sebaliknya. Gunakanlah  anugerah yang Allah  pinjamkan, sebagai suatu amanah kepada kita mengikut  intelektual yang kita miliki tanpa mengabaikan syariatNya...insyallah kita akan berjaya. Jangan abaikan bahawa hidup ini memerlukan ilmu selagi hayat dikandung badan.
Kejayaan bukan dinilai dari banyaknya harta dan wang, sebalik pengertian bersyukur  atas setiap kurniaan yang Allah beri kepada kita, itulah hakikatnya. Ungkapan inilah yang perlu sama2 kita pupuk dan tanamkan dalam diri kita, moga kita mendapat redhaNya.
Seawal pagi tiba dipejabat, pasti suasananya masih sunyi, selesai sarapan pagi,  solat dhuha menjadi peneman diri...memulakan tugas seorang diri...menanti rakan setugas menjengah diri, menguruskan keperluan yang telah dipertanggungjawab..melayan tetamu yang bertandang, .telefon, dan email adalah penghubung,  urusan harus selesai dan menepati kehendak client...juga pekerja2 jagaan di sana sini. Pastikan semuanya sentiasa harmoni.
Sehingga tibanya waktu makan tengahari...semua urusan masih rancak lagi ..waktu solat  zohor itulah waktu rehat kami,  doa dipanjatkan pada ilahi...pastikan semuanya sentiasa dipermudahkan lagi...akhir tiba pula solat asar...alhamdulillah untuk hari ini sudah memadai...esoknya sambung lagi...
walaupun penat kadang2 sebagai insan yang lemah apalagi seorang hamba Allah yang cetek iman dan amalnya, wujud juga keluhan kerana tekanan, namun sesudah selesai tugasan itu pasti kita mengecap nikmat hasil usaha tersebut dengan kepuasan yang tidak dapat diucapkan dengan kata2. Itulah serba ringkas perkongsian pengalaman hidup memegang amanah kerja.
Shami percaya semua pembaca juga punya pengalaman tersendiri, sama2 kita berdoa mudah-mudahan apa yang dilalui hari ini sentiasa dirahmati dan diredha ilahi...sama2 kita renung jauh kedalam diri, mencari hikmah ilahi tika duduk seorang diri. Semoga kita bersemangat untuk maju ke depan setapak lagi.
******
Perkongsian catatan ilmu ~ Sifat amanah dalam kehidupan
AMANAH adalah antara sifat terpuji Islam anjurkan kepada setiap Muslim. 
Sifat amanah juga adalah penentu atau garisan pemisah kepada keimanan dan keagamaan individu.
 Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: 
Tiada iman bagi yang tidak memegang amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak dapat dipegang janjinya.” 
(Hadis riwayat Ahmad dan Dailami)
Jelas diterangkan dalam hadis itu bahawa orang yang tidak menghiasi dirinya dengan sifat amanah atau tidak dipercayai ramai dalam memegang sesuatu amanah serta melakukan khianat kepada umat manusia bererti dia bukan orang yang benar-benar beriman kepada Allah.
 Islam juga memerintahkan kepada setiap Muslim supaya sentiasa beramanah dalam setiap masa dan tempat kerana itulah ciri keperibadian Islam yang sebenarnya.
Dalam al-Quran ada banyak ayat suci yang menuntut setiap Muslim bersifat amanah.
 Firman Allah yang bermaksud:
 Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah itu sentiasa Maha Mendengar lagi sentiasa Maha Melihat.” 
(Surah al-Nisa’, ayat 58)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
 “Bahawa sifat amanah itu bertunjang di hati sanubari manusia, kemudian al-Quran diturunkan maka hatinya yang bertunjangkan amanah itu akan mempelajari al-Quran dan al-Sunnah.”
 (Hadis riwayat Muslim)
Sifat amanah ini sebenarnya mengungkap pengertian sangat luas dan mendalam.
 Juga membawa erti bersikap jujur dan benar dalam urusan kehidupan, malah merangkumi setiap tanggungjawab atau tugas yang perlu ditunai membabitkan segenap lapisan manusia yang terdiri daripada pemimpin, rakyat, ibu bapa, anak dan individu Muslim itu sendiri.
Sehubungan itu, Islam daripada awal lagi menyerahkan amanah dan tanggungjawab setiap individu terhadap Allah seperti dijelaskan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:
 “Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyat yang dipimpinnya. Seorang lelaki adalah pelindung kepada ahli keluarganya dan bertanggungjawab terhadap tanggungannya. Seorang perempuan di rumah suaminya adalah penjaga dan bertanggungjawab terhadap jagaannya, begitu juga seorang khadam sebagai penjaga amanah harta tuannya dan bertanggungjawab terhadap jagaan di bawahnya.” 
(Hadis riwayat Bukhari)
Sifat amanah dalam Islam mempunyai pengertian luas dan berat serta menjadi satu tanggungjawab yang akan dipersoal oleh Allah nanti sama ada kita betul-betul melaksanakannya ataupun sebaliknya.
Sebab itulah Islam meletakkan kriteria amanah sebagai prasyarat utama pemimpin kepada umat manusia keseluruhannya. 
Sebagai contohnya, Rasulullah ketika remajanya sebelum dibangkitkan menjadi pesuruh Allah adalah seorang pemuda yang beramanah sehingga digelar ‘al-Amin’.
Begitu juga dapat disaksikan sifat amanah pada peribadi Nabi Musa ketika Baginda membantu dua orang gadis memberi minum ternakan mereka. 
Pengajaran yang terselit daripada kisah itu, utusan Allah dipilih kalangan semulia-mulia manusia daripada peribadinya, keturunannya dan tabiatnya.
Inilah hakikat sifat amanah yang dianjurkan Islam kepada umatnya. 
Seorang pemimpin sewajarnya bersifat amanah dan jujur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat kerana ia termasuk sebahagian daripada pengertian amanah dalam Islam.
Oleh itu, seseorang pemimpin dilarang sama sekali mengamalkan kronisme, nepotisme dan juga rasuah serta mengeksploitasi jawatannya untuk kepentingan peribadinya dalam urusan pentadbiran.
Bahkan, pemimpin dilarang mengamalkan perasaan pilih kasih atau hubungan kerabat kerana ia termasuk dalam erti perbuatan khianat yang terlarang.
Rasulullah SAW memberi amaran keras kepada pemimpin seumpama itu dengan sabdanya yang bermaksud:
 “Sesiapa ada melantik seseorang untuk mengetuai sesuatu kumpulan sedangkan ada orang lain yang lebih layak daripadanya di sisi Allah, sesungguhnya dia mengkhianati Allah dan Rasul-Nya serta orang mukmin seluruhnya.” 
(Hadis riwayat al-Hakim)
Selanjutnya, seorang kontraktor, arkitek dan pihak terbabit sepatutnya bertanggungjawab serta amanah dalam urusan kerja mereka terutama dalam aspek pembinaan rumah dan bangunan yang menjadi keperluan penting dalam kehidupan manusia.
Justeru, proses pembinaan sewajarnya mengambil kira segala aspek keselamatan dan piawaian yang ditetapkan supaya tidak menimbulkan masalah pada masa depan. 
Jika tidak, berlakulah masalah kebocoran siling, atap, keretakan dinding dan pelbagai masalah yang dilaporkan.
Timbul persoalan ke manakah hilangnya sifat amanah dan integriti yang seharusnya menjadi perhiasan wajib bagi setiap umat manusia.
Pelbagai kurniaan dan nikmat Allah anugerah kepada kita juga termasuk dalam pengertian amanah. Segala nikmat yang Allah berikan seperti harta benda, anak pinak, pancaindera adalah amanah yang amat berharga dan sewajarnya digunakan sebaiknya untuk meraih keredaan Ilahi.
Sebenarnya semua itu adalah milik Allah yang dipinjamkan dan dipertanggungjawabkan sementara kepada kita untuk menguruskan sesuai kedudukan kita sebagai khalifah Allah di bumi ini.
Allah berfirman yang maksudnya:
 “Wahai orang yang beriman! Jangan kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dengan menyalahgunakan segala amanah yang diberikan Allah kepada kamu sedangkan kamu sedar dan mengetahui. Hendaklah kamu ingat bahawa harta benda dan anak-anak kamu itu hanyalah dugaan dan ujian semata-mata. Sesungguhnya di sisi Allah ganjaran pahala yang amat besar.” 
(Surah al-Anfal, ayat 27-28)
Dalam konteks rumah tangga, suami isteri perlu memelihara rahsia rumah tangga dan jangan sama sekali membiarkan atau mendedahkan kepada orang lain akan rahsia rumah tangga. Perbuatan mendedahkan rahsia rumah tangga dilarang oleh Rasulullah kerana rahsia rumah tangga termasuk antara pengertian amanah.
Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
 “Sesungguhnya antara sebesar-besar amanah di sisi Allah pada hari kiamat nanti ialah seorang suami bermesra dengan isterinya kemudian si suami menghebahkan rahsia isteri.” (Hadis riwayat Muslim)
Akhirnya, Rasulullah SAW memberi peringatan keras kepada umat Islam mengenai berlakunya kepupusan sifat amanah dalam masyarakat satu masa nanti. Malah, Baginda mengingatkan yang demikian adalah tanda kecil Hari Kiamat yang berlaku pada akhir zaman.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
Bilakah akan berlaku kiamat? Jawab Rasulullah: Apabila sifat amanah hilang maka tunggulah hari kiamat.” 
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Wasallam

3 ulasan:

azlina berkata...

assalamualaikum shami...

alhamdulilah taniah dik dh nak buka restoran baru...akk ada sggh di kedai online kelengkapan haji/umrah dan ada tanya sesuatu di sana...
semuga dirimu dan keluarga dirahmati allah selalu hendaknya...

mama ju, berkata...

Salam Shami2

Moga kita jadi org yag amanah dan menjaganya.

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

Insyaallah amanah ada pada kita

Wassalam