Khamis, 6 Oktober 2011

SENDI-SENDI KEBAHAGIAAN

Segelas teh 2 layer...
Ayam panggang
Menu yang ditempah

pencuci mulut...thousand island

Kari kambing

hidangan buffet yang ditempah

Kombinasi sayur 

Pokok2 bunga yang ada
Meja makan yang telah disiapkan

 meja buffet



Salam malam jumaat....bertemu lagi kita dimalam nan indah ini
seperti kebiasaanya insyallah sama2 kita bangun 1/3 malam yang akhir sekitar jam 4.30 pagi
mudah-mudahan dengan izinnya...sama2 kita menyucikan diri, berwuduk
dan menunaikan solat malam yakni qiamulail ...
bermunajat, bertasbih, membaca ayat2 suci al quran
berzikir ...mudah-mudahan amal ibadah kita mendapat keredhaan Allah SWT.
Seterusnya kita menjadi antara hambaNya yang dikasihi...insyallah

****

Santapan ilmu

Luangkan masa yang ada walau seketika membaca buku2 perjalanan hidup manusia dan biografi para tokoh,
renungkan beberapa faedah yang berguna menepati syariat untuk dijadikan teladan bagi menambah baik perjalanan hidup kita...mudah-mudahan kita berjaya hidup di dunia dan di akhirat.
Antara manfaatnya:

1) Nilai manusia ditentukan dari perbuatan baik yang dilakukan
Kalimah ini adalah ungkapan Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu"anhu yang bermaksud bahawa ketinggina nilai diri seseorang terletak pada ilmu pengetahuannya, adab kesopanannya, ibadahnya, kedermawan serta akhlak dan moralnya dan bukan pada wajah, gaya dan kedudukannya.

Dia ( Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya
(:Abasa 1-2)

Sesungguhnya hamba sahaya yang mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu...
(Al-Baqarah: ayat 221)

Manusia itu dinilai sesuai dengan semangat kepeduliaan, usaha keras dan pengorbanannya untuk mencapai kedudukannya dan dia tidak pernah diberi kemuliaan secara percuma.

Dan, jika mereka mahu berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu
At taubah ayat 46

Dan berjihadllah kamu pada jalan Allah dengan jihad sebenar2nya
Al hajj: ayat 78

Manusialah secara individu yang akan mengukir sejarahnya pada masa akan datang dengan izin Allah. Dialah yang akan menulis perjalanan hidupnya dengan perbuatan2nya yang baik ataupun sebaliknya.

dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan
Yassin ayat 12.

Umur hamba itu sangat pendek, amat cepat dan segera berakhir dan berlalu sangat cepat, janganlah sekali2 dipenuhi dengan dosa2 dan seumpamanya

mereka seakan2 tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu petang atau pagi hari.
An-Naziat ayat 46


Sendi-sendi kebahagiaan


Syukur, zikir dan sabar
didalamnya terdapat kebahagiaan dan pahala


Seseorang yang mahu menempuh jalan yang lurus sebagaimana Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam, kelak akan berakhir di syurga yang penuh kenikmatan.

Dan pasti kami akan tunjuki mereka kepada jalan yang lurus
An Nisa ayat 68

Ciri  kebahagiaan bagi orang yang menempuh jalan yang lurus antaranya:

1) Dia akan merasa tenang dengan akhir yang baik dari setiap permasalahan yang dihadapinya.
2) Yakin tempat kembalinya adalah tempat baik
3) Percaya penuh terhadap janji Tuhannya
4) Rela dengan qada'Nya dan mengendalikan langkahnya untuk tetap berada di atas jalan ini.
5) Dia sedar dirinya memiliki seorang pembimbing yang membimbingnya menempuh jalan yang lurus, yakni maksum ( suri teladan Rasulullah SAW) yang tidak pernah berbicara mengikut hawa nafsunya, tidak pernah mengikuti orang yang sesat, ucapannya menjadi pedoman bagi manusia yang selalu terpelihara jiwanya dari gangguan syaitan, kejahilan orang2 dan kekeliruan manusia pada umurnya.

Bagi manusia ada malaikat2 yang selalu mengikutinya secara bergantian baik dari arah hadapan mahupun dari arah belakangnya.Para malaikat itu menjaganya atas perintah Allah...
Ar ra'd ayat 11

Seseorang hamba Allah yang meniti jalan lurus akan mendapat kebahagiaan kerana tahu dirinya memiliki Tuhan, dihadapannya ada suri teladan terbaik, ditangannya ada kitab suci, didalam hatinya ada cahaya kebenaran, dan di dalam nuraninya ada pemberi nasihat.
dia yakin bahawa mentaatiNya akan membawa masuk ke syurga yang penuh kenikmatan.
Oleh kerana itu dia akan sentiasa melaksanakan ketaatan dan selalu berbuat kebaikan.

Itulah petunjuk Allah yang dengannya Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya
Al An'am ayat 88

Dimanakah kegelapan yang kau sebut itu
wahai kawan seperjalanan?
Yang ada
hanyalah cahaya Allah dihatiku
dan hanya itulah yang aku lihat
(syair dari seorang tokoh terdahulu..).

Wasallam...

4 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

kalau saya cub satu kerusi, bolehhhh
he he

Wassalam

shami2 berkata...

Salam atuk..

takan satu jer...bawa semua ahli keluarga boleh duduk penuhkan semua kerusi...heheh

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami : pagi2 dah nampak makanan yg sedap2, bikin lapar plak...

KAMATO berkata...

teringin nak pergi, insyaallah sampai nanti