P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Khamis, 28 Julai 2011

Ramadhan & Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak

Pandangan hadapan kedai
Pandangan dekat

Sudut kanan
Malam di kedai


Sudut kiri
Bahagian luar
 Pokok bunga melur .., cili dan buluh jepun

Alhamdulillah....
Salam  malam jumaat 27 Syaaban  tahun 1432 hijrah
sekali lagi malam jumaat bertandang lagi ...syukur atas rahmat Allah
ini kita masih lagi diberi kesihatan dan juga peluang
untuk terus beribadah kepadaNya....

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK "
BUAT SEMUA PEMBACA BLOG
SEHARI DALAM HIDUPKU
JUGA PELANGGAN
"PAK NGAH HILMI GRILLED LAMB STEAK"

Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak
akan beroperasi  niaga di tapak Bazar Ramadhan Rawang
 bersebelahan pejabat cawangan MPS Rawang.
Temui kami di sana selepas solat asar setiap hari pada bulan Ramadhan ini.

Perkongsian ilmu...

Sama2lah
kita melangkah masuk ke bulan Ramadhan yang bakal tiba ini
dengan penuh kesyukuran,
kerana dengan rahmat dan kasih sayang Nya
kita masih lagi diberi peluang
untuk memohon ampun 
 juga menunaikan ibadah kepadaNya.

sama2 kita fahami nasihat Rasulullah SAW dalam catatan hadis ini.

Daripada Mu'az bin Jabal r.a berkata bahawa
beliau bertanya Rasululullah SAW
"Wahai Rasulullullah,
beritahulah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkanku
ke dalam syurga dan menjauhkanku daripada neraka.
Nabi SAW menjawab:
"Engkau bertanya tentang pekara yang besar
namun sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah SWT.
Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun,
kerjakanlah solat,
keluarkanlah zakat,
berpuasalah pada bulan Ramadhan
dan kerjakanlah ibadah Haji ke Baitullah."

Kemudian baginda bersabda
Inginkah engkau kuberi petunjuk akan pintu2 kebaikan?
Puasa itu adalah sebagai perisai
sedekah adalah amal yang menghapuskan kesalahan
sebagaimana air memadamkan api,
dan solatnya seseorang di tengah malam.

kemudian Baginda membaca ayat pada surah Al sajadah, ayat 16-17:

Mereka merenggangkan diri daripada tempat tidur
(sedikit sangat tidur, kerna mengerjakan solat tahajuj dan amal2 soleh)
mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka
dengan perasaan takut ( akan murka-Nya)
serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi ( keredhaan-Nya) dan
mereka selalu menderma sebahagian daripada apa yang kami beri kepada mereka.
Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu
persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka
(daripada segala jenis nikmat)
yang amat indah dipandang dan mengembirakan,
sebagai balasan bagi amal2 soleh yang mereka telah kerjakan.

Kemudian baginda bersabda
 Mahukah engkau kuberitahu tentang pokok amal, tiang dan puncaknya?
Saya menjawab Mahu wahai Rasulullah!

Rasulullah SAW bersabda
Pokok amal adalah islam, tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah jihad.

Kemudian baginda bersabda:
mahukah engkau kuberitahu tentang kunci daripada semua perkara itu?

Saya menjawab Mahu wahai Rasulullah
Baginda lalu memegang lidahnya dan bersabda
Jagalah ini!

Saya berkata wahai Nabi Allah,
adakah kita dihisab atas apa yang kita katakan?
Baginda bersabda: Semoga ibumu kehilanganmu! (ungkapan hairan).
Tidak ada yang menjerumuskan orang ke dalam neraka
melainkan hasil daripada ucapannya (yang berbentuk maksiat)?

(Hadis riwayat Ahmad no 22016 dan al Tirmizi no 2619)

Wasallam.

2 ulasan:

Rozali berkata...

Assalamualaikum Shami

Alhamdulillah
dapat membaca tazkirah
Moga Allah masukan kita dlm gulungan yg Allah mudahkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAHAN AL MUBARAK

Wassalam

shami2 berkata...

Salamcik rozali...

Insyallah sama2 kita menjaga diri dan keluarga kita...agar senantiasa dalam mendapat petunjuk dan diredhaiNya...

SELAMAT BERPUASA, DAN AHLAH WASAHLAN YA RAMADHAN