Jumaat, 24 Jun 2011

Tomato & grilled lamb steak Pak ngah hilmi





Hirisan buah tomato adalah sebahagian daripada sayuran yang ada di dalam hidangan
sepinggan grilled lamb steak & grilled chicken steak yang disediakan oleh Pak Ngah Hilmi.
Kesesuaian sayuran  ini digunakan adalah kerana:

sama2 kita baca dan kenali sejarah dan khasiat sayuran ini ....

Tomato 
Sejarah & Khasiat

Perkataan tomato berasal dari istilah Nahuatl, tomatl. Nama spesifiknya,
lycopersicum, bermakna "pic-serigala" (bandingkan dengan spesies berkaitan S.
lycocarpum, yang nama saintifiknya bermakna "buah-serigala", nama biasa "epal-serigala").
Antara spesies lain dalam genus Solanum ialah terung dan ubi kentang, serta beberapa spesies beracun.

Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau
sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato
dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan,
makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan
 risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.
[perlu rujukan] Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati
bahawa kandungan likopena begitu tinggi
dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Kandungan airnya yang tinggi, lebih dari 90 %, menjadikannya
sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar
[perlu rujukan] daripada badan ketika berdiet.

Tomato kaya dengan bahan antioksidan semulajadi
yang baik untuk kesihatan kita oleh itu memakan tomato
adalah amat baik unrtuk kesihatan.
Selain itu tomato mengandungi likopena, sejenis sebatian semulajadi yang
dapat membantu dalam mencegah penyakit
seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut serta penyakit jantung.
Tomato sering digunakan dalam masakan memberikan warna merah dan rasa masam.

~~~~~~~~~

Demikianlah serba sedikit maklumat berkenaan
tomato tumbuhan yang  dijadikan oleh Allah SWT 
menjadi makanan yang baik dan berkhasiat untuk makhluknya.

Firman Allah SWT dalam surah Ar Rahman ayat  10 - 13

Dan bumi telah dibentangkan -Nya untuk makhluk-Nya
didalamnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai mayang dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?.
Wasallam

2 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami : sy suke tomato tp cukup tak gemar kalau dapat tomato bahagian ujung2 tuh (sy panggil bontot tomato). rasa macam nak baling jer kat tuang punya kedai klu dapat tomato cam tuh. harap2 kat pak ngah hilmi grilled lamb steak tak dpt yg macam tu yer... hehehe

shami2 berkata...

W"kumsalam dekk afezz

Shhhhh jangan ler baling, minta yang baru jer..hehehe

Psst jemput ler kekedai...pak ngah hilmi..sure akak bagi free jer buah tomato tu...hiihihi