Isnin, 16 Mei 2011

SETIAP HARI ADALAH HARI IBU...WAHAI IBU DOA UNTUKMU SENTIASA DIPANJATKAN SELALU

Kad ucapan Hari Ibu dari abang cik aan dan adik mimi
penasihat nya baba a.k.a Pak ngah hilmi
Anak2 di asrama cukup membuat panggilan telefon setiap hujung minggu...

Wajah alam ...cantik lagi indah ciptaan Tuhan...sejuk mata memandang

Pokok bunga melur yang ada didalam pasu dihadapan kedai..sedang mengeluarkan putik bunganya
baunya harum wangi....benihnya shami bawa dari kampung sejak 7 tahun lalu hasil tanaman allahyarhamah nenda...Hajah Salasiah Binti  Haji  Abdullah...
( Ibunda Haji Nordin Bin Haji Hashim (ayah shami) ~ al fatihah buatnya)

Wajah kedai Pak ngah di petang hari...dari sisi kanan

Wajah kedai Pak ngah hilmi dari sisi kiri
Wajah2 kawan abang cik aan dari sekolah rendah agama ibnu khaldun
sedang melagukan nasyid sempena pertandingan nasyid ~ program amal islami
peringkat daerah Rawang....
(abang cik aan adalah salah seorang ahli kumpulan nasyid juga)
Wajah Pak ngah hilmi tika usai menghakimi pertandingan azan & iqamah..

Para hakim sedang khusyuk menghayati peserta azan & iqamah memperdengarkan
azan & iqamah
Anak2 dan  ucapan, 2 kuntum bunga ros warna kuning dan merah serta pen berupa LOVE
dari adik mimi dan bang cik aan
Kad nukilan adik mimi
tanda nama  pintu bilik pertandingan
Kawan2 abang cik aan sedang bermain alat muzik ketika acara nasyid berlansung
kad nukilan abang cik aan

(catatan 12hb Mei 2011)
Salam malam jumaat.....semoga puisi indah ini
menjadi suatu kenangan dan ingatan indah buat kita
kepada junjungan besar Rasulullullah kesayangan kita
yang mempunyai ibu bernama AMINAH...


IBUKU AMINAH..........

Setiap kali aku membaca wahyu ilahi yang diturunkan kepada puteramu tersayang,
hati terasa bergetar.
Semuanya berisikan huraian yang mudah tentang siapa diri putera tersayangmu ini.
Seorang manusia biasa yang di manahkan oleh Allah SWT untuk menyampaikan risalah-Nya.
Dialah manusia, bayi yang kau kandung dan kau pelihara dalam rahimmu.

IBUKU AMINAH........

Inilah puteramu yang selalu membangkitkan kejayaan dan keabadian akan namamu.
Menjadikan dirimu sebagai pembangkit hidup dan kehidupan yang abadi selamanya.
mencatatkan namamu dalam lebaran2 sejarah selamanya,
dari awal hingga kiamat melanda dunia nanti.
Mengangkat martabat dan kedudukanmu.
Memberi kepadamu kurnia yang abadi dari langit dengan ucapan:

"SYURGA ADA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU (BAKTI KEPADA) IBU"

IBUKU AMINAH....

Disini aku, kami dan seluruh kaum muslimin berdiri penuh hormat dihadapanmu.
Kehidupanmu telah kau isi padat dengan keibuan dan peranan besar.
Cahaya keperibadianmu membuat aku lama berfikir dan mengamati dirimu.
Dan mungkin akan lebih...akan lebih lagi jika aku tidak ingat akan siapa engkau.
Engkaulah ibu Muhammad SAW.

DOA

Ya Allah Ya Tuhanku.....
Ampunilah segala dosa kesalahan kedua ibu bapa kami...
Jauhilah mereka daripada azab api neraka.....
Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami
semasa kami kecil....
amin..

istimewa buat....

Hajah Rahmah Binti Haji Arsad (Shami)  ******* Hajah Maimunah Binti Haji Abdullah ( Pak Ngah Hilmi)

Wasallam

Tiada ulasan: