P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Rabu, 20 April 2011

TULUS IKHLAS DAN BERIMAN



Sudah tiba saatnya dunia menerima dengan tulus ikhlas dan beriman dengan
sesungguhnya bahawa "tidak Tuhan selain Allah"
Pengalaman dan ujian terhadap manusia
sepanjang sejarah kehidupan dunia ini dari abad ke abad
telah membuktikan banyak hal,
menyedarkan aqal bahawa berhala-berhala itu tahyul belaka
kekafiran itu sumber petaka,
pembangkangan itu dusta,
para Rasul itu benar adanya
dan Allah benar2
Maha berkuasa pemilik kerajaan bumi dan langit
segala puji bagi Allah dan
Dia Sesungguhnya Maha berkuasa atas segala sesuatu.
besar kuat, lemah, hangat atau dingin, iman anda
maka sebatasnya itu pula kebahagian, ketenteraman, kedamaian dan ketenangan anda.

 "Firman Allah swt"

Barang siapa mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan
(Surah An-Nahl ayat 97)

Disini maksud kehidupan yang baik (hayatan thayyibah)
dalam ayat  ini adalah
ketenangan jiwa mereka kerana janji baik Tuhan mereka,
keteguhan hati mereka dalam mencintai Dzat yang menciptakan mereka,
kesucian nurani mereka dari unsur2 penyimpangan iman,
ketenangan mereka dalam menghadapi setiap kenyataan hidup,
kerelaan hati mereka dalam menerima dan menjalani ketentuan Allah dan
keikhlasan mereka dalam menerima taqdir.
Semua itu adalah kerana mereka benar2
yakin dan tulus menerima
bahawa Allah adalah Tuhan mereka,
Islam agama mereka dan
Muhammad adalah Nabi dan Rasul
yang diutus Allah untuk mereka.

Wasallam

3 ulasan:

Ayah Zain berkata...

moga kita termasuk dalam golongan hambaNya yang tulus ikhlas dan beriman. Amin

ainhany berkata...

Salam kak,

semuga kita istiqamah dalam ibadah..Buat terbaik seolah2 inilah amalan terakhir kita...perjumpaaan terakhir, sujud terakhir dan istifar terakhir....ALLAH AKBAR

Amin

shami2 berkata...

salam Az...

Ya mudah-mudahan begitulah hala tuju hidup kita.