Rabu, 13 April 2011

Perkongsian tafsir Surah At taubah ayat 128-129

suatu waktu dulu

kini

Sesungguhnya telah datang seorang Rasul kepada kamu dari golongan kamu, terasa beratbaginya penderitaanmu, sangat besar hasratnya untuk keselamatanmu, penyantun dan penyayang kepada orang-orang yang beriman.
Tetapi kalau mereka mau, maka ucapkanlah: cukuplah Allah pembelaku tidak ada Tuhan selain Dia, kepadaNya aku menyerah diri, dan Dia pemimpin singgahsana yang besar.
Surah At Taubah ayat  128 - 129


Setiap ayat al quran diturunkan, orang2 beriman merasa gembira, kerana dengan itu kepercayaannya bertambah mendalam dan pengetahuan mereka tentang pimpinan melalui jalan kehidupan bertambah luas. Sebaliknya mereka yang kotor jiwanya, menolak dan menentang kebenaran agama Tuhan, setiap turun ayat Quran bertambah mengkal hatinya bertambah besar kebencian dan keras kepalanya serta bertambah hebat perlawanannya. Jiwa yang kotor itu bertambah kekotorannya.

Mereka menghadapi perlawanan dari kaum muslimin dan menderita kekalahan.
Nabi Muhammad sebagai seorang Rasul dan pimpinan ummat
beliau merasa dukacita atas penderitaan yang menimpa ummat manusia,
baik berupa kerosakan rohani dan keruntuhan budi ataupun persengketaan yang tak habis-habisnya dalam masyarakat, begitupun kesulitan2 dalam pelbagai lapangan penghidupan.
beliau mempunyai minat yang besar dan rela memberikan dirinya untuk berjuang mencapai keselamatan bersama. Apalagi terhadap mukmin yang mengikuti pimpinannya, beliau mempunyai kasih sayang yang tidak terhingga terhadap mereka...

Inilah terjemahan ringkas tafsir surah At taubah
yang menjadi topik ceramah dan telah dihuraikan
dengan panjang lebar tempohari di masjid nurul iman rawang sempena
sambutan maulidur rasul oleh masyarakat Acheh...

wasallam

2 ulasan:

Ayah Zain berkata...

salam,

lama az tak ke umah shami2. ermmmmmmm tetiba rindu kat kambing panggang pak ngah helmi. moga shami sekeluarga sihat wal afiat

ccddihati92 berkata...

syukran atas perkongsian.