Jumaat, 7 Januari 2011

Rumah sebuah di tepi bendang



Ini sebuah rumah rehat di tepi bendang
Shami ambik gambar ni masa balik kg hari tu,
Rumah ni diperbuat dari kayu..
Rekabentuknya diadun antara moden dan tradisional...
Puisi Anak itu
Anak itu masih kecil...
Anak itu anak lelaki
Anak itu anak no 2
Anak itu ada 4 lagi adik beradik
Anak itu telah diasuh berbakti pada ibubapa
Anak itu gembira dengan kehidupan semasa adanya bapa
Anak itu cemerlang pelajarannya suatu ketika
Anak itu jadi lemah tiba-tiba
Anak itu kena memikul tanggungjawab menyara keluarga
Anak itu juga perlu bersekolah jua
Anak itu bersekolah paginya
Anak itu bekerja mencari wang petangnya pula
Anak itu letih
Anak itu tidak cemerlang lagi persekolahannya
Anak itu kini menjaga orang tuanya pula
Anak itu kini tidak berbapa sudahnya
Anak itu hanya ada ibu yang sudah tua
Anak itu kehulu kehilir memastikan keluarganya terjaga
Anak itu punya cita2
Anak itu kini memendam rasa
Anak itu kini dalam dunia yang berbeza
Anak itu sudah berkeluarga
Anak itu kian lemah jadinya
Anak itu menerima kuat dugaannya
Anak itu tiada sokongan ibu dan keluarganya
Anak itu menekan dan tertekan dengan insan2 disampingnya
Anak itu .....menitiskan air mata...sudahnya
Anak itu lemas dan perlukan bantuan sebenarnya
Anak itu perlukan kasih sayang dan sokongan padu ibu serta adik beradiknya
Anak itu kecewa..urusan sekeluarga caca merba
Anak itu resah gelisah ..buntu pun menjelma sudah
Anak itu kini memendam seribu rasa
Anak itu juga diam seribu bahasa
Anak itu anak siapa......
Lupakah ibu dan adik beradiknya siapa sebenarnya dia
suatu ketika dulu...sesuap nasi datang dari titik peluhnya....
Berkorban bukan mengharapkan balasan
Berkorban demi sebuah kehidupan insan2 dalam jagaan
Kini kilauan pengorbanan tampil tampak kesalahan..
jadi mainan tiada tanda penyelesaian

4 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

moga anak itu tabah menghadapi dugaan drp Alla, kerana Allah sayang kepada anak itu

Wassalam

Unknown berkata...

salam ....
maaf.... persoalannya....
adakah anak itu ditujukan pada seseorang????
apakah kebenarannya?????

shami2 berkata...

Salam cik rozali.
Terima kasih atas komen diberi...sama2 kita renung pengalaman hidup seseorang dengan pandangan matahati ...semuanya atas aturan Ilahi..

shami2 berkata...

Salam mira..

Kenalilah Allah Taala
Cintailah DIA..anda akan temui jawapannya..
Kunjungan anda ke blog saya adalah satu cth
hikmah darinya....
Bersihkan hati...anda...sentiasa.