Rabu, 6 Oktober 2010

SIGNBOARD KEDAI....DAH NAIK


Semalam hari selasa...signboard kedai telah pun naik....dengan budget yang ada kami berusaha untuk meletakkan nama kedai sebaik mungkin...agar pelanggan senang mencari kedai..
Sehingga hari ini kedai masih belum dibuka kerana tempahan catering untuk open house dan bagi waktu pejabat dan hujung minggu masih banyak ...jumaat ini adalah hari yang terakhir..
Insyallah kedai akan beroperasi semula .....ramai pelanggan sedang menunggu untuk datang semula kekedai....mohon bersabar..seketika..
Gambar signboard sedikit berbeza dengan gambar asal ..
inilah gara2 CD coft copy gambar tidak sempat di ambil dari almarhum azizul....
setelah kembalinya beliau ke rahmatullah...
dengan keadaan yang masih sibuk..dengan pelbagai hal....
kami teruskan juga dengan persiapan ini....
keseluruhan kedai kini akan dikendalikan oleh Pak Ngah...
Tanggungjawab kini kian bertambah...
Segala pengurusan perlu diatur sebaik mungkin...
mudah-mudahan Allah peri petunjuk dan pimpinannya pada kami....
Banyak pekara yang perlu diselesaikan satu persatu..
Harapan kami sesiapa yang terlibat mohon bersabar ....
Tuan punya kedai...tuan tanah...tuan sumber modal...para pekerja...
Insyallah.. sokongan dan doa anda dan juga bantuan walau hanya satu patah perkataan
atau keredhaan..dari hati nan jujur, tulus dan ikhlas..
untuk kami belayar laju ...jauh sama2 menuju kejayaan...
amat di perlukan....
lumrah kehidupan bukan senang untuk jadi senang
dan bukan susah untuk jadi susah....
sama2 memikul pahit manis..suka duka..
beban yang berat..ringan jadinya..
Segala yang susah juga akan mudah diselesaikan pula....

6 ulasan:

sinomosa berkata...

salam Kak Sham,

Alhamdulillah..
Berakit2 ke hulu..berenang2 ke tepian..
Bersikit2 dahulu..bersenang2 kemudian..I/Allah

Sy yg melihat perkembangan kedai akak dari jauh turut merasa bangga dengan penat lelah akak + Pak Ngah..
Smg Allah permudahkan jalanmu kak..
Man Jadda wa Jadda..

Aki44 berkata...

Salam Shami2...

Alhamdulillah berkat sabar dan kegigihan anda sekeluarga, tercapai juga impian kalian. Saya doakan agar perniagaan berkembang pesat dan dilindungi Allah dari segala rintangan & masalah, Amin.

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

Alhamdulillah...satu peningkatan

moga terus maju

Wassalam

ainhany berkata...

salam kak shami,

ALHAMDULILLAH
ni merupakan permulaaan..
InsyaALLAH bakal menjadi landmark ke Rawang juga.
Nanti ain singgah ye..

Naz Mohamed berkata...

Salam shami,

Tahniah berjaya mengikut saranan Rasullullah untuk berniaga. Saya tumpang gembira melihat kejayaan org Islam berniaga. Bukan senang nak senang.

Unknown berkata...

salam Shami....

InsyaAllah bila kereta akak siap nanti , kami akan ke sana jua , coz masa raya aritu abg Rahmat dah janji dgn org kuat Melodi tv3 (Jamil Hassan) nk makan kat kedai Shami...