P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Isnin, 6 September 2010

Malam 27 ramadhan....

Suasana jemaah wanita di surau perumahan saya malam 27 ramadhan
tika solat sunat selepas isyak..malam tadi....


Suasana majlis khatam quran..malam tadi...
Malam tadi menyaksikan 2 anak shami angah dan abang cik menjadi peserta sesi membaca ketika majlis khatam Al quran....
Abang cik juga adalah antara wakil kutipan derma dari jemaah setiap kali selepas solat isyak pada setiap malam...itulah aktiviti anak shami sepanjang bulan puasa di surau....tahun2 sebelumnya angah memegang tugas ini....hehehh kini adiknya pula dan kawan2....


Diakhir solat terawih..malam tadi diadakan pula program khatam quran..buat kami semua jemaah surau..yang terlibat dalam program tadarus..kebiasaannya begitulah..tiap2 kali ramadhan malam 27 adalah malam khatam quran...
Alhamdulillah dari tahun ke tahun jumlah peserta tadarus makin bertambah
Baik kalangan wanita maupun kalangan lelakinya..
Ramadhan tahun lepas mencatatkan.....permintaan kelas Al quran...khas
khusus pembelajaran Al quran dari awal.....
kepada ahli jemaah yang lemah dalam pembacaan Al quran...
telah pun diadakan kelas tersebut ..hasilnya..
peserta tadarus tahun ini mencatatkan jumlah yang ramai...
Semakin ramai yang berminat untuk mempelajari Al quran...
Ingin sama2 mengalunkan bacaan ayat2 suci...bertadarus serta menikmati
indahnya...sebutan, lengokkan alunan suara bila ayat suci di bacakan...
merasai...syahdunya bila ayat2 suci ini dibaca diri sendiri, maupun imam solat
serasa menusuk hati...pada diri yang lelah berpuasa ini...
Inilah antara usaha pengurusan surau..
dibantu nasihatnya oleh penasihat yang cukup arif dalam
hal ehwal syifa..berasaskan Al quran

Dan tahun ini..satu lagi target baru telah di umumkan...
golongan sasaran adalah golongan remaja....pula..
satu program remaja celik Al quran akan dikendalikan....
bagi memantapkan minda dan dada anak2 remaja ..
kawasan perumahan Taman Rawang Perdana ini...
Agar sentiasa diisi dengan cahaya, atau nur Alquran dalam setiap ruang lingkup kehidupan..
Merekalah pewaris generasi akan datang....
khususnya di taman perumahan ini
Sejenak mereka membesar di perumahan ini..
sebaiknya ditanam kukuh dadanya dengan Al quran..
agar bila keluar ke mana2 institusi pengajian maupun alam kerjaya nanti
mereka tetap berpegang teguh dengan Al quran....
moga selamat kehidupan mereka , ibubapa dan ahli keluarganya...
....dan mudah-mudahan kegemilangan generasi Al quran taman perumahan ini
tetap kekal selamanya.....tahun ke tahun...yg bakal mendatang

Program ini akan di kendalikan bersama pelajar Darul Quran yang telah dipilih juga iman terawih ... wakil surau ..yakni Pak Ngah Hilmi....
Malam tadi juga menu jamuan morehnya..adalah kambing panggang Pak Ngah Hilmi..
Pak ngah dan shami sama2 ke pasar...tengahari Ahad...membeli barangan keperluan niaga bazaar dan juga keperluan surau...
Kami berniaga di Bazaar di surau barangan dan urusan dikendalikan Pak ngah hilmi..
jentera memasak di Bazaar adalah kami sekeluarga....
manakala di surau adalah dari kalangan ahli jemaah...
Alhamdulillah segalanya selesai dibereskan...

Hari ini Isnin adalah hari terakhir kami berniaga di Bazaar.....
kepada yang berminat sila jemput ....datang membeli...
sebelum kami bercuti panjang sempena aidil fitri....dari 8hb hingga 17hb September.....hehehe
BBQ kambing akan kembali dengan program open house rumah ke rumah pelanggan bermula pada 18hb September 2010....ikuti siri diarinya nanti......


SESI IKLAN PULA

Pada yang berminat bagi mengadakan open house dengan BBQ kambing
sila buat tempahan anda..hari ini......

Harga tawaran RM 1,100.00 per kambing bagi sekitar lembah kelang....

Side menunya:
Yang boleh ditempah dengan caj tambahan:

Roti nan,
Mee goreng Pak Ngah...
Kuih muih....
Nasi goreng cina
Nasi beriyani...
Kari kambing
Kurma kambing
Nasi putih
Ayam masak merah shami2
Gulai rebung tulang & daging shami2
pelbagai kerabu...
Ulam2....
Oren sunquick
Teh tarik....
dll.....
boleh di bincangkan ikut budget anda...
pastikan ada dapat value for money......dari setiap ringgit yang anda belanja...



5 ulasan:

Rozali berkata...

Salam 27 Ramadhan, Shami

moga pewaris kita membesar mengukut ajaran Al Quran dan Sunah

Wassalam

mamawana berkata...

Salam Ramadhan, Salam Syawal menjelang tiba.

Syahdu menanti malam 27 ...

Sedikit perkongsian....Terjaga kul 1 pagi, mama lihat ramai juga jemaah wanita bertahajjud. Mama sambung tidur. Jam 2 pagi terjaga lagi, ada jemaah wanita bertahajjud, Jam 3 pagi, mama terjaga, ah masih awal, sambung tidur. Kelihatan beberapa jemaah wanita masih bertahajjud. Jam 3.30 pagi dikejutkann.. bangun puan..bangun. Apalagi lintang pukang bangun menyertai jemaah berqiamullai. Menurut imam mesjid KLCC, tahun ini mesjid KLCC meriah, Saban hari average 1000 jemaah hadir. Sesekali mencecah 4000-5000 jemaah. Tidur di ruang muslimah macam tidur rumah orang kawin. Sayu....syahdu. Apakah kita akan bertemu lagi di Ramadhan Tahun depan??? Sob3.... Teringat rakan muslimah yg baru 5 tahun muallaf. Namun 10 hari terakhir Ramadhan dia cuti kerja utk qiamullail. Bahagianyer jiwa yg tenang spt dia. Insyaallah. Maaf zahir batin. Permisi.

shami2 berkata...

Salam cik rozali..

Kita semua bertanggungjawab mendidik anak2 dan menjaga masyarakat setempat kita untuk beramal mengikut Alquran dan sunnah....keadaan sosial hari ini cukup membimbangkan..kita yg perlu memupuk dan mengubahnya....kan

Salam mamawana...
Alhamdulillah suka dapat maklumat kawan2 sealiran bertungkus lumus menghayati ramadhan,...dari mula hingga akhir ramadhan..mudah-mudahan kita terbiasa pada bulan2 berikutnya..rindu pada rumah Allah serta menunaikan ibadah lain2....disamping menambah baik ilmu yg kita ada...

rezeki berkata...

salam shami


moga benda2 dan aktiviti ni terusan bukan hanya di bulan ramadhan dan jadikan amalan harian, contohnya bacalah quran setiap hari

shami2 berkata...

Salam Pak itam..

Insyallah...mudah-mudahan berkat usaha dan jerih perih sepanjang ramadhan...memakmurkan rumah Allah dengan baik..alhamdulillah jemaah di surau kawasan perumahan saya makin meningkat hatta waktu subuh boleh dapat 3-4 saf solat bagi lelaki....dari tahun ke tahun..ramai wajah2 baru hadir....
membaca al quran setiap hari membuatkan diri kita tergolong dikalangan orang2 yg sentiasa mengingati Allah..dan firman2Nya...