P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Rabu, 29 September 2010

Al fatihah buat Azizul Rahman Azizi sahabat P Ngah

Kenangan di hari raya haji beberapa tahun yang lepas bersama almarhum azizul...waktu sarapan selepas solat sunat hari raya aidil adha dan sebelum...menunaikan acara korban..
...Almarhum (bersongkok hitam) , Ustaz Afandi ( juga sahabatnya yang dekat dengannya). .Pak ngah dan Along.. ketika tabir hari raya di alunkan di sebelum solat sunat aidil adha suatu ketika dulu..disurau..

Almarhum azizul dalam kenangan...pandai memasak, tukang masak bagi surau, kadang bertugas sebagai muazim, juga sebagai imam solat waktu dan lain2 tugas kebajikan di surau di lakukan olehnya....


Lagi gambar almarhum...dialah yang telah mencipta logo, banner dan bisnes kad
serta memberi nama ...kepada
Pak ngah hilmi grilled lamb steak.....
untuk bisnes kambing Pak Ngah semua dalam kenangan
kami memasak bersama di dapur kedai...2 minggu sebelum arwah terlantar sakit...
celoteh dan gurauan ...kepada kami sekeluarga serta kawan2 di kawasan perumahan sentiasa dalam ingatan...
Sayu bila memandang wajah almarhum yang ni....
saat hidup dan saat sudah tidak bernyawa lagi....
meninggalkan kenangan istimewa buat kami semua...
terasa kasih sayang kami semua sebagai sahabat sejati...
...walau dia telah pergi untuk selama-lamanya semalam
kira2 jam 11 pagi....
sedih atas kehilangan...cukup terasa...sama2 kami para jemaah..serta tuan2 guru yang hadir..menitiskan air mata....kerna kasih sayang terhadap arwah...yang kebiasaannya memasak
bagi sebarang majlis yang berlansung di surau kami.....
Inilah 2 sahabat beliau yang hampir dan dekat sekali terutama Hj mail ..yang tinggal bersebelahan rumah almarhum ....saat 2 dia lemah terlantar sakit
hingga siap di hantar ke alam barzakh....semalam...
Semuanya dalam kenangan......
Al Fatihah buat almarhum...
semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman
lagi soleh...serta dirahmati Allah hendaknya...
Semoga segala amal ibadah dan amal baiknya diterima Allah jua..
Mohon segala dosa2nya diampunkan semunaya
lapangkanlah kuburnya....
terangilah ia dengan cahaya...
jadikanlah kuburnya juga umpama taman2 syurga
semoga hidupnya disana...tenang aman bahagia..
sehingga hari kebangkitan...semula..
Perkenankanlah doa2 kami ini ya Allah...
Sesungguhnya kami amat sayang akan dia sahabat kami ini ya Allah..
amin....
Harapan dan doa kami semua sahabat2
semoga isteri dan anak2nya almarhum tenang dengan
pemergiannya serta redha...
hidup kita yang ada perlu diteruskan juga
kita semua akan kembali jua ke sana...suatu hari nanti...
sama2 kita tingkatkan amal baik kita untuk kita berjumpa sekali lagi disana....



























9 ulasan:

afeezz berkata...

salam kak shami : innalillah... semoga allahyarham ditempatkan bersama org2 yg beriman...

Rozali berkata...

Assalamualaikum Shami

Amin amin amin

Al Fatihah untuk Allahyarham

Wassalam

SiNoMoSa berkata...

Salam Kak Sham,

Al-fatihah utk arwah..
Smg rohnya dirahmati Allah senantiasa..

rezeki berkata...

salam shami

AL FATIHAH

takziah buat keluarga , saudara mara dan sahabat handai

Ummi Humaira berkata...

salam Sham...

al faatihah , .... ameen.

semoga rohnya ditempatkan bersama2 para solihin dan muttaqin...

ainhany berkata...

salam kak shami,

Amin.amin
Semuga ALLAH mencucuri rahmat atas roh almarhum dan mendapat tempat di jannahMU .Robb.

AL FATEHAH

KAMATO berkata...

besar jasanya ....... moga mendapat balasan setimpal dan ditempatkan bersama orang beriman

shami2 berkata...

Salam dekk afezz...
Insyallah mudah-mudahan..dekk..petanda2 disaat2 akhir almarhum sebelum dan selepas kematiannya...cukup istimewa....sama2 kita berdoa kita juga akan menikmati kebahagian macam tu....

Salam cik rozali..
Sama2 kita berdoa..untuknya..moga kita juga esok2 andai telah pergi dikirim jua doa2 buat kebahagian kita di sana ..

Salam syim..
sama2 kita berdoa..ya

Salam pak itam
Terima kasih kerana mendoakan sahabat saya...ni..
Moga kiriman doa kita membahagiakannya..

Salam kak umi..
Mudah-mudahan2 kak..petanda yang ada memungkinkan segalanya...suatu kehilangan yang penuh dengan hikmah buat kami teman2nya..

Salam ain..
Mudah-mudahan dekk moga kita jua esok mendapat janji Allah juga...kena banyak berbuat baik sebagai bekalan hidup kita untuk sampai ke syurga..

Salam komato
Ya sebahagian yang jelas...sebagaimana janji Allah...ilmu yang bermanafaat juga akan menolong kita.....ya almarhum banyak berjasa untuk saya..dan suami...khusus dalam bisnes kami juga...mudah-mudahan kehilangannya akan memberi semangat kepada kami untuk memperhebatkan lagi urusniaga ni...moga pahalanya dapat kami kongsi bersama..insyallah

Norakmar binti Yusoff berkata...

Salam Ziarah Terima kasih dari saya Cikgu Akma isteri Azizul Rahman Bin Azizi dan anak-anak.Kepada Semua Jemaah Surau Nur Ikhwan,Kawan-kawan Clubbing Rawang Tin,Sahabat-sahabat Taman Rawang Perdana, Pak Ngah Helmidan keluarga serta crew dan UiTM,Geng Basikal dan semua yang sentiasa mengingati Allahyarham suami saya.Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Terima kasih Syami2 kerana menyiarkan cerita Allahyarham dalam 'Sehari Dalam Hidupku'Semoga Keluarga Pak Ngah Helmi dan Shami2 sentiasa diberkati Allah dan berjaya dalam perniagaan dan kehidpan dnia dan akhirat.Amin.