Isnin, 14 Jun 2010

Hari ke 27 kedai Kambing

Ini suasana kedai kambing pada sabtu malam ahad yang lalu

Ini hidangan kambing panggang yang menjadi kontroversi pada saudara "nik muaz"
untuk pengetahuan saiz pinggan agak besar..lebih besar dari pinggan KFC...

Lagi gambar hidangan kambing yang telah diletakkan black pepper sos..
sehingga kini harga yang diletakkan adalah berpatutan...cuma RM 10.00
satu hidangan beserta segelas air...cukup mengenyangkan ....
sesuai dengan ...tuntutan "makan sebelum lapar...berhenti sebelum kenyang..."
kalau terlebih banyak...memudaratkan kita pula utk buat ibadat dan juga membawa kepada pembaziran....pincang pula aturcara ...kira2nya..

Alhamdulillah hari ni telah masuk hari ke 27 kedai kambing Pak Ngah Mie beroperasi..dikedai...
Dalam tempoh masa ini juga masyarakat setempat dan jauh dapat menikmati sajian hidangan ini pada bila2 masa mengikut keinginan hajat mereka....pada sebelah malam khususnya...
Dalam tempoh tersebut juga pelbagai reaksi individu...dapat di lihat....
Semuanya saya terima dengan redha....yang baik adalah semangat untuk saya dan yang sebaliknya saya mohon perlindungan dari Allah S.W.T...atas apa jua..cabarannya...
Alhamdulillah..sokongan positif adalah kebanyakkan darinya adalah dari kalangan insan2 yang benar2...menjiwai rumah Allah, pendokong kuat...serta pimpinan sejati...

Sifat2 PHD juga tumbuh.. saat ini...dibelakang saya...
rakan sekerja yang saya ada dan anggap bak sedara sekeluarga
juga cuba2 diayatkannya....
untuk dimiliki..buat buka kedai sendiri entah apalah tujuannya...
sedangkan masih makan gaji...lebih dari saya dan suami ni......
cuba nak dirikan kedai sendiri....buat compete sesama sendiri....
Ada yang mohon dirinya..untuk hadir bekerja dikedai saya...
sedangkan sudah bekerja, kerja part time milik sendiri pun ada...
macam2 perilaku manusia...semasa...menabur cerita pun dialah juga..
Ke rumah Allah sepanjang masa..kuliah agama tidak ketinggalan pula
Apa dah jadi dengan dirinya....
Mana pergi hati nan suci...miliknya..
Cukup2lah diari kehidupan jahiliah kita ni...
Bangun majulah membina barisan..insan2 mulia..didunia sementara ini..



Ya Allah...aku memohon perlindungan dariMU dari segala
Hasad dengki manusia...baik secara terang atau secara gelap..
Sesungguhnya cukuplah diriMU sebagai pelindung...
Hanya Engkau sebaik2 pelindung...
Bimbinglah aku pimpinlah dengan firmanMU
Sesungguhnya janjiMU adalah benar...
Dengarlah rintihan hatiku...
Engkau Maha mengetahui...
Tabahkanlah hati ini....
untuk teguh...bersama kurniaanMU ini...
Berilah hidayah dan petunjuk pada mereka2 ini
Selawat dan salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad S.AW
serta keluarga dan sahabat baginda
Amin...




8 ulasan:

kak su berkata...

Salam shami2

Doa akak semuga shami2 tabah ya...

Ingat tujuan kita kerana Allah dan kesejahteraan keluarga jua...

Sabar ya...Dik...

Wslm

aznaz berkata...

salam kak shami


insyallah kita mohon pada yang Esa supya kak shami tabah menghadapi dugaan hidup dengan masyarakat PHd nih...

waslam

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam shami,

tabahkan hati menempuh segala dugaan ini. sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar melindungi shami & keluarga dari perbuatan hasad dengki manusia yang lupakan Hari Pembalasan itu...akak doakan agar bisnes shami & suami terus maju dan dimurahkan rezeki hingga boleh ke Tanah Suci..

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

setiap permulaan drp bawah
pd masa ini tiada siapa ambil perhatian/kagum
Insyallah dgn menempuh liku2 hidup
akan berjaya sehinga ketahap yg tidak diduga

doa saya agar dipermudahkan segala urusan Shami sekuluarga
amin

Wassalam

afeezz berkata...

salam kak shami : terus kan usaha kak shami ngan hubby tu, pedulikkan aper org nak cakap. aper yg penting, kite happy... hihihih

Azima berkata...

Salam Kak Shami,

Sabar yer Kak..Allah bersama2 org yg sabar..(pandai la aku nasihatkan org..diri sndiripun hampir tersungkur dek perangai manusia ni..hehehh)

Berniaga ni byk cobaankan kak..Apa2pun dugaan itulah yg membuatkan diri kita lebih kuat dan tabah.lebih mengenal pd yg Mencipta..Yakinlah Allah akan sentiasa bersama kita..merintihlah padaNya.

Semoga Akak sekeluarga berada dlm rahmat & redha Allah sentiasa hendaknya...dan perniaagan akak maju dan terus maju...InsyaAllah.

Salam buat semua..

shami2 berkata...

Salam kak su...
Terima kasih kak atas doa yg dikirim..senantiasa ingat...akan niat kita...sabar meniti hari2 mulanya kedai beroperasi...insyallah sentiasa sabar...

Salam CL...
Terima kasih saban waktu mengirim doa dari jauh..

Ya masyarakat PHD...memang sukar nak ditawan sejatinya...hatta kita telah menyumbang bakti pada isinya yg mati...atau berbudi hingga pada kedua ibubapanya sekali...
segala budi kita tabur bukan untuk diminta ganti..tapi..kita pula dijadikan arah untuk diasak lagi..hanya kerana tidak puashati...hatinya mati...walau baru kembali dari tanh suci ....

Salam kak nab...
Terima kasih kak atas doa2 yg dikirim..
Dari surau saya berbakti..kini di kedai sendiri pun masih dijejaki...cukup dasyat perasaan PHD ni..

Salam cik rozali..
Terima kasih atas semangat dan doa2 tu...
Saya sedang meniti...liku2 itu sekarang...
Mereka hanya nampak pelanggan ramai adalah tanda duit yg banyak utk saya...sedangkan susah payah saya membina perniagaan dan juga membesarkan anak2 ...tidak sikitpun ada dalam sanubari hidup mereka...semuanya kerna duit dan harta dunia semata.... mereka silau sebenarnya....Allahuakbar..

Salam dekk afezz,
Salam dekk usaha memang diteruskan..lampu yg suram kian terang bila ko bagi semangat..kadang2 kita kena luahkan rasa hati..dalam diari blog ni..kalau serang menyerang tak munasabah pulak ni kan...ya kita happy dgan diri kita..kita buat baik lagi dengan depa...biar depa malu sendiri..heheh masa tu tak dak tempat dah depa nak sorok lagi..kan..hehehhe

shami2 berkata...

Salam Azima..

Itulah dugaan dan liku2 hidup...dunia perniagaan
Cukup Allah sebagai penolong kita..kita semua adalah dalam gengamannya..insyallah
Mudah-mudahan berkat doa kawan2 semua akan dipermudahkan..insyallah juga untuk azima...moga berjaya dalam usaha mu dek..