P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Jumaat, 7 Mei 2010

Kenangan perjalanan hidup sendiri

Gambar ni hanya gambar hiasan ~
begitulah keadaannya jemaah wanita di dataran kaabah
nampak hampir semuanya warga emas
Mudah-mudahan Allah percepatkanlah diriku untuk ke sana dalam usia yang masih muda....
Esok sabtu...beberapa rakan2 jiran akan mula bertolak menunaikan umrah dan mereka akan pergi ke Madinah dulu....mengikut pakej tersebut...
ada antara rakan2 yang nampak macam risau sikit dan kepada aku dia meluahkannya, sedikit sebanyak pekara yang ditanya aku maklumkan...
terutama ibadah2 tertentu seperti solat2 sunat yang perlu kita biasakan...
serta selebihnya aku hulurkan buku panduan...walaupun aku belum berpengalaman..ke sana..namun dapat juga aku berkongsi rasa....
serta ilmu yang ada yang sama2 dipelajari di dalam kuliah2 agama yang ada....
Mudah-mudahan mereka selamat pergi dan selamat kembali....dan mendapat umrah yang mabrur...
Begitulah kisahnya mereka2 yang berhajat ke sana,...
ingin ku berkongsi cerita...sekarang ni aku bekerja bersama seorang sahabat, asal dulu aku bekerja di sebuah syarikat yang besar iaitu sebuah anak syarikat konsesi highway yang terlibat dalam pembinaan jamrat di Makkah....namun di atas sebab2 yang tidak aku jangka CEOnya telah menjadikan aku mangsa..
untuk melepaskan diri dari segala pandangan serong padanya...
aku dikatakan telah menuduhnya terlibat dalam rasuah...
Walaupun secara hakikatnya aku tahu siapakah dalang disebaliknya...
Namun aku redha...kerana dia yang paling kanan jawatannya...
Kami telah bersemuka dan berlaku berbalas hujah...secara peribadi..
Dan lontaran kata2nya yang masih berbekas pada aku...bukan senang untuk
berdakwah dan melaksanakan sunnahnya...
dalam keadaan mengejek sungguh aku tak sangka orang yang aku hormat bertaraf haji dan umrah setiap tahun ke sana
boleh bercakap tanpa berfikir lagi....
Aku diasak dengan kata2 yang mendesak aku supaya berhenti...
mengejek aku ..macam lakonan layar tv...
Bermula dari hari itu segala hasil kerja ku bagai dipermain2
dan meeting yang aku hadiri jadi macam hambar,
resah dirinya apabila mata kami bertentang masih aku ingat lagi
Dia gelisah akan keterlanjuran diri yang telah memalukan diri sendiri
Status dan kedudukan diri yang dia cari..pengakuan tanda lemahnya iman diri
Hasil solat hajat yang telah kami suami isteri jalani..
Lagi2 dia ternampak aku membaca ayat2 suci
bersama tafsir semasa menunggu suami ...
Akhirnya setelah difikir2kan dan juga atas nasihat dan petunjuk Ilahi
Kemaafan pada hari terakhir saling dihuluri
Hari jumaat bermulanya tragedi
Hari jumaat juga menjadi saksi...berakhirnya rezeki
aku mengalah dan membawa diri...dunia boleh dicari
tetapi maruah sunnah Nabi yang disayangi tidak boleh dijual beli..
Aku berhenti kerja dan belum ada perancangan lagi..
tiba2 panggilan diterima tawaran dari 2 sahabat yang belum aku kenali..
1 pertama malam jumaat ...untuk mengukuhkan syarikatnya...
aku adalah pengarah syarikat dalam senyap tanpa liabiliti..tapi bergaji ..
kerana segulung kertas lulusan teknikal yang aku miliki layak memohon lesen
kontraktor dll lagi..
Kedua tawaran kerja kerana tiada harapan kepada sesiapa
Aku jadi pilihan hati , harapan dia aku adalah pengganti semasa dia berumrah nanti
Atas cadangan sahabat yang juga bos aku yang sorang lagi sebagai tanda simpati
Mereka dinasihatkan agar menjaga aku sebaik2nya
Kini 2 tahun telah berlalu memori menolong sahabat ini menjaga syarikat kerana
memenuhi impian mereka menunaikan umrah...sentiasa dihati...
Walaupun kami tidak saling mengenali..hati budi..
dan pelbagai dugaan yang aku hadapi bersama mereka saban hari..
telah banyak mengubah perinsip hidup aku dan juga keberanian serta keyakinan diri
Sambil menerapkan dakwah secara diam senyap ....kepada mereka ini
Akhirnya perubahan makin terserlah kini...alhamdulillah
2 tahun aku menangis mengadu pada Ilahi..
pada tiap2 malam dinihari....
semuanya kini berlalu..pergi hanya tinggal memori
CEO tadi masih merisik diri ini...
menjejaki aku...lagaknya kini...
Mungkinkan kerana aku telah menewaskannya
dipentas terma kontrak kemahiran yang kumiliki
Wahai sahabat maya ini yakinlah pada Ilhai, mengadulah padaNya setiap hari
5 waktu telah diberi..tambahlah lagi sunat2 untuk mendekatkan diri..
terokailah ilmu agama sebanyak mungkin sebagai bekal diri..
amalkankan dalam kehidupan sehari jangan disimpan sepi..
insyallah kasih Ilahi akan tersemat kemas dihati...
Segala masalah akan ada jalan keluarnya nanti..
Mudah-mudahan segala pengorbanan ku selama 2 tahun ini
yang aku rasakan macam berkursus diploma perniagaan sendiri..hehe
akan membuahkan pula perniagaan milik peribadi aku sendiri.....

11 ulasan:

ainhany berkata...

Salam kak shahmi.
alhamdulillah ..... hikayat ini berakhir dengan derita berlabuh sudah,namun pelayaran masih diteruskan manakala pelabuhan masih setia menunggu.Syukurlah hikmah ALLAH dlm setiap kejadian. insya ALLAh menjadi iktibar buat diri bila direncah cobaan dan fitnah dunia. Semuga Segala ujian ALLAH kita mmpu hadapi dgn tabh, sabar, reza, tawakkal dan doa. W'aklam Terimakasih kak.

...pstt pinjam sijil boleh? nak buat highway ke syurga??

Zie berkata...

Salam Shami2,

Sedih saya membaca kisah Shami, Insya Allah banyak ganjaran di atas ketabahan ini yang kita tak nampak.

Shami, pergi Makkah tua sikit pun takpe, asal bersedia dengan ilmu sepenuhnya. Saya telah berpeluang ke sana, tapi rasanya terlalu banyak kekosongan bila sentiasa belajar... huhuhu.

Hehehe... jom tumpang highway Ainhany ke syurga.

manzlie berkata...

salam kak shami..

bila mambaca rintihan akak ni sama jugak berlaku pada cl dulu..

alhamdulilah..ituhlah sebanrnyer jawpan nyer yang cl dapat dulu...skg cl amat bersyukur pada yang esa...kerana telah menyedarkan cl...syukur sesangat..

"allah tidak memandang pada kita di dunia ini jika kita tidak berdoa padanyer..."

waslam

shami2 berkata...

Salam ainhany...

Pentas construction ni terlalu berat cabarannya,dan gejala rasuahnya....pada yg tewas..melayanglah iman dan takwa..
Tumpang camner tu...hehhe makesure yang jalan lurus tak der selekoh heheh

Salam zie..

Ilmu selagi kita belajar selagi itulah kita rasa diri kita kosong..hehhe kena amalkan baru tenang sikit...hehe
Zie sedih sikit jer ..tuh tak pa nikmat Allah yang sedikit tu boleh membasuh segala kesedihan tu insyallah

Salam CL...

Itulah sebahagian kisah perjalanan hidup akak..ada 1 n3 pak itam yg CL citer psl kisah dolu2 tu pun akak dah pernah rasa memang berlaku dalam hidup akak dan abang

alhamdulillah akak telah huraikan...apa yang patut dan hasilnya baik..

jugak n3 CL pasal nikah tu pun ada berlaku pada adik akak... sabar jerlah dengan lumrah kehidupan yang penting kita ada sifat berjihad menentang kemungkaran dgan cara masing2..membetulkan keeadaan..supaya tidak berpanjangan...
Syukur akan hikmah yang telah Allah berikan menambah baik diri kita dan mendekatkan kita padaNya..mudah-mudahan kita semua dikurniakan suatu kedudukan yang baik diakhirat kelak ..
Betul tu kita kena banyak berdoa pada DIA..kan..

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam shami,

alhamdulillah, keputusan yang tepat shami telah ambil untuk meletakkan jawatan tu...akhirnya Allah SWT menggantikan dgn rezeki yang lebih baik...bermunajat & merintihlah kepadaNYA, kita tiada tempat bergantung yang hakiki melainkan DIA.
akak doakan agar bisnes shami akan sukses!

taj berkata...

Salam Shami,

mengalir air mata Taj membaca nukilan ini...subhanallah... Allah sentiasa menguji kita...tapi apa Taj boleh lakukan sabar sabar sabar dan berserah pd NYA... dan amat yakin akan ada kebahagian dihujungnya nanti... terus jihad jihad mempertahankan maruah diri dan agama... apa ada pd pangkat dan wang ringgit ...semua akan kita tgl dan fikirkan apakah bekalan yg nak dibawa... taj takut sebenarnya...takut iman makin nipis dan tipis, takut tak tertahan godaan duniawi ini...Alhamdulillah dgn kenal sahabt2 blog ini makin taj kenal diri ini...

Allah Maha Pengasih, Maha Kuasa dan segala galanya...

sukran..

Ummi Humaira berkata...

salam Sham...

tabah kan hati yer dik , janji Allah itu pasti.

Ayah Zain berkata...

Salam Shami2,

nampaknya kawan-kawan PDKM m sejarah mmpunyai sejarah pahit dan manis masing2.Bersabar dan mengadu pada Allah adalah langkah terbaik. Semoga Allah memberati kita

rezeki berkata...

salam shami

alhamdulillah, cahaya kejayaan telah mula menyinari kehidupan shami sekeluarga

jadikan apa yg berlaku sebagai iktibar dan pengajaran agar kita terus menjadi islam yg bukan hanya pada nama sahaja, tapi mengamalkan apa yg dituntut dan menghindari apa yg dilarang kerana akhirat juga yg kekal abadi

walau apapun cabaran dan rintangan, jangan kita sesekali mengadaikan kepercayaan dan agama kita semata2 utk mengejar keduniaan

apa yg di dunia pasti akan kita tinggalkan, namun akan dipersoalkan bagaimana dan punca samada halal atau haram apa yg kita perolehi

insyallah, jalan kebenaran pasti akan terserlah jua jika tetap kepada Allah yg maha esa dalam apa jua keadaan yg kita hadapi

safiudin berkata...

salam,

apa yang berlaku ada hikmahnya.

terkadang kita (termasuk saya) lupa bersyukur dengan apa yang kita ada.. dan tiada..

menyerah bukan bererti kalah...

kisah tragis ni benar-benar menyedarkan saya.. terima kasih.

shami2 berkata...

Salam kak Nab..

Terima kasih kak...amin untuk doa akak tuh. Allah saja tempat untuk kita meminta dan mengadu..

Salam Taj
Semoga hidup kita semua sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T, hari ini biarlah kita menangis kerana malunya kita pada Allah dan kerana kerdilnya diri ini..sentiasa berbuat salah..sedangkan nikmat yang telah diberikan terlalu banyak..syukur Alhamdulillah...
Sahabat yg baik perlu untuk kita...agar dapat berkongsi rasa...serta membina semangat untuk sama2 berjaya...

Salam kak Umi

Ya janji Allah tu pasti...hanya kita yang perlu tabah dan sabar ...kan

Salam AZ
Ya hanya ALlah....jagalah Allah Allah akan menjagamu..

Salam pak itam

Benar kata2 pak itam tu...punca rezeki itu yang perlu kita ambil berat..sebab ialah menentukan segala tindak tanduk kita...hakikatnya akal tu boleh membezakan yang baik dan yg buruk tapi kalau rezeki itu datang dari punca yang haram selagi itulah diri kita tidak boleh berubah...kan..terima kasih atas semangat dari pak itam tuh...rahmat nikmat dan pembelaan dari Allah Taala adalah pengubat lara hidup kita..

Salam cik saifudin

Harap paparan kisah hidup saya ini dapat juga dijadikan tauladan pada semua kawan2...
Ibadah haji dan umrah bukanlah suatu pekara yg boleh kita ambil ringan...
Setiap tahun ketanah suci...tapi balik perangainya ...tidak juga berubah...kisah saya ini bukan hanya saya seorang saja yg alami disyarikat tersebut..sebelum2 saya lagi ramai manager2 dan staff yg telah kecewa dengan dia...tak kira walaupin kita diluar pejabat adalah kawan2nya..kepentingan diri dia yg lebih diutamakan...habis ketua jabatan yang tarik diri. Dan saya bersyukur kerana saya telah menyampaikan peringatan Allah pada dia..dan dia sendiri terkesima...mudah-mudahan dia berubah..suatu hari nanti...sehingga ke hari ini dia masih bertanya khabar saya dari seseorang...biarlah dia dengan dunia dia...