Selasa, 11 Mei 2010

KONTRAK & KONTRAKTOR

CL akak baru lepas tuisyen ngan pak itam dan kak nab...hehhe gambar ni dipinjam heheh buat meriah alam maya dan n3 nohhhh.....harap izinkan


Dunia kontraktor juga adalah sebahagian cabang dunia perniagaan
Iaitu perniagaan dalam bentuk kerja bina membina bangunan, dan seangkatan..
Tanpa mereka, tiadalah pembangunan.
Kalau orang kampung mereka akan sebut tukang rumah jer...taklah dipanggil kontraktor..hehe
Selalunya tukang2 rumah ni kerja mereka di kampung membina rumah penduduk kampung ataupun membuat kerja ubahsuai atau sebagainya....
Namun hari ini kerjaya ini telah menjadi kormesial dimana syarikat2 tertentu akan tertubuh dengan memiliki lesen2 tertentu mengikut saluran bagi tujuan perniagaan dalaam bentuk yang lebih kormersial....


Didalam sektor inilah wujudnya kontraktor...yang terdiri dari mainkontraktor, subkontraktor nominated subkontraktor ...dll


Projek2 yang diperolehi adalah secara tender terbuka, terpilih, atau dipilih...dll lagi..yang lebih sofistikated pengurusannya....




Kontraktor adalah peniaga, klien, kadang2 terdiri badan2 kerajaan dan swasta yang terdiri ~mainkontraktor, main subkontraktor


kadang2 wujud 2 syarikat yang salah satunya menjadi wayang sahaja ...


itulah klien kepada sub2 kontraktor yg kecil ini.


Hanya bermodalkan wang, lesen sekiranya ada kesungguhan bekerja mereka berusaha menceburi kerjaya ini..


kalau kena caranya perniagaan ini mendatangkan pulangan yang cukup lumayan


Tetapi akibat daripada kelemahan pengetahuan dan pengurusan kadangkala sub2 kontraktor juga berkemungkinan mengalami kerugian....atau gulung tikar...


Anggapan dan layanan yang diterima berbagai2 kadang2 positif, kadang2 negatif..


Allah Maha kaya yang tertindas..akan ada jalan keluarnya..




Disinilah..penting adanya jurukur bahan atau Quantity surveyor sebagai perunding atau penasihat bagi menjamin terma dan syarat kontrak dipatuhi agar tidak ada yang tertindas....


Kerjaya QS ini wujud bagi mengatasi segala kelemahan berkaitan kewangan dan juga undang2 kontrak kerja...


Secara ringkasnya yang benar atau yang salah..beserta fakta2


yang di kenali pentadbiran kontrak yang telah ditetapkan oleh Kerjaan Malaysia ..dan juga yang diiktiraf mana2 badan2 dunia.




Namun apabila kita telah memasuki alam kerjaya bersama2 organisasi tertentu...


kita kena akur dengan prosedur syarikat...namun atas dasar kemanusiaan kita juga bertanggungjawab untuk mengelakkan berlakunya sebarang bentuk penindasan, penganiayaan dan kezaliman...


bila berada disituasi beginilah kadang2 kita perlu mendapat petunjuk dari Allah sama ada kita akan meneruskan tugas kita atau kita perlu menarik diri....setelah maklumat dan fakta yang kita ada bertepatan dengan peraturan kontrak kerja yang telah ditandatangani
agar kita bebas daripada menanggung bersama ...dosa tersebut
Semua ini adalah fitrah....sebagai insan kita mendapat ilham dari Allah S.W.T
Kadang2 ilmu pengetahuan dan akal akan memberi tindak balas sendiri
Kalau kita gagahi juga meneruskannya akan kusutlah segala pengurusan hidup kita..

Pengalaman kawan2 dan sahabat banyak sudah diteliti...
melalui kes2 mereka yang berhubung dengan darussyifa...
Walaupun telah mengerjakan umrah bagi memohon petunjuk dari Allah..sekalipun..
Allah akan bagi ilham pada kita...jalan yang benar jua..
selagi ada usaha2 syarikat untuk menilai dan menimbang dengan baik...
insyallah kita berada dijalan yang benar...
Disebalik segala pecaturan itu kita jugalah yang bertanggungjawab mengolah supaya semua pihak memahaminya...dan suatu keputusan yang munasabah dapat diputuskan...
Sekiranya ada unsur2 emosi yang dicampur aduk dari yang berkuasa penuh
Keadaan akan menjadi sebaliknya....
wujudlah yang dikatakan penganiayaan..
disinilah wujudnya juga pelbagai gejala..negatif yang lain.
yang tertewas pasti akan tunduk dengan dunia sahaja..


Oleh kerana itu sama2lah kita menjaga dan berhati2 pabila berada dalam kancah dan situasi bidang kerja yang mencabar ini...
Kalau membuat kerja kontrak di Tanah Arab..taktaulah pulak yer...kisahnya
Mungkin di sana undang2 mereka lain pulak kut...pada yang ada pengalaman mungkin boleh berkongsi ceriter ....

5 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

Adik saya seorang kontraktor kecil kecilan
dia kata, selalu ada makan makan, minum minum
untuk melancarkan hajat masing masing
Wallahualam

Wassalam

shami2 berkata...

salam cik rozali..

Betui tu..kontraktor kecil selalu jadi mangsa anak2 buah kontraktor besar...nak2 kalu bos sendiri yg turun parah nanti...cuba elakkan hantar pembantu jer kurang sikit ..boleh elak cara baik....hanya sebahagian kecil saja yang masih menjaga integriti diri...kalu yg lemah tu...hanyut jadinya...semoga kita semua dilindungi...dari bertemu dengan orang2 macam nih..cuba guna psikologi agar mereka malu untuk...berlaku macam nih...saya pernah berjumpa dengan hamba Allah nih..ayer mineral dari subkontraktor pun dia tak nak...dia buat kerja ikhlas katanya alhamdulillah..

taj berkata...

Salam Shami...

baru balik dr umah pak itam...boleh share Bismillah 5 tuh...Taj ada sakit cam pak itam jugak...takut nak operate...

w'salam

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam shami,

suami akak pun buat kerja sub-kontrak kecil2an...memang betul macam yang shami katakan itu! bulan lepas...suami akak terlepas mendapat satu kontrak dek kerana orang2 tertentu meminta suami akak mark-up the cost...suami akak tak setuju..so dia tak dapatlah...tak mengapalah..insya Allah jika kita di jalan yang betul, Allah akan gantikan dgn rezeki yang lain.

shami2 berkata...

Salam Taj...

Yer ka..elok tu amalkan bismillah 5 setiap kali lepas solat....untuk ilangkan sakit2 atau biasa dalam badan...

Lagi satu kalau makan kat kedai2..baca doa makan sambung baca bismillah 5 ni insyallah kalau ada sihir dalam makanan tu kita akan dilindung yakni gelas atau pinggan akan pecah sendiri...itulah petanda...jom kita mengamalkan ayat2 suci dalam kehidupan seharian kita..mudah-mudahan hidup kita diberkati Allah.

Salam kak Nab
Betui apa yang kak nab citer tuh...tak dapat projek pun tak pa..kalau macam tu...Ya Kak kita yakin Allah akan bagi rezeki kita dari arah yg lain........
Saya juga dalam membawa syarikat sahabat saya ini juga selalu menghadapi ujian yang macam tu...alhamdulillah Allah sentiasa memberi petunjuk...syukur sangat2...