Khamis, 27 Mei 2010

Jom makan kambing panggang shami2

kak shami2 sedang menyusun acessories kambing panggang dalam pinggan tuh..
(kenangan)

Hidangan yang telah di order ..

Lagi meja preparation.....



Salam kawan2 semua..esok jumaat 28hb Mei adalah hari cuti umum bagi...rakyat Msia..
Bagi masyarakat Buddha ini hari perayaan mereka...
Cuti hujung minggu akan menjadi 3 hari..Jumaat, Sabtu dan Ahad ni..
semua orang bercuti....kecuali..pekerja2 toll..cleaner2..hentian rehat lebuhraya nurse, dr dll hehheh

Bagi shami2...cuti2 ni tak kemana..duduk dalam kedai jarr....hehhe
menunggu pelanggan datang...
dengar khabar ..ada ramai kawan2 dia nak datang tu...
kawan setempat...macam biasa lepas solat isyak...mesti ada....setiap malam alhamdulillah...

Pada yang sukakan kambing panggang...pasti mereka akan datang berulang
Sehingga kini..yang datang adalah rakan2..kenalan yang dekat maupun yang jauh..
Ada jugak yg datang makan bawa kek untuk sambut birthday anak....
Ada juga datang lepas jer makan bagi penghargaan....sedap boleh bagi 4 bintang katanya..alhamdulillah
Yang mengidam pun ada....mencari2 kedai kambing....
dah pernah rasa tak boleh lupa ...hehe

Macam2 komen membina yang diterima....alhamdulillah terima kasih..
Komen liar biasalah adat meniaga..ada suka ada tidak...bukan kerna makannya, tetapi lebih kepada kedai dan kelengkapan yg ada.....rezeki itu dari Allah..bukan dari depa....
pengalaman di KKB....adalah anugerah Allah Taala disambung dengan kedai pula..
Walau terluka..dengan berbagai pekara ketika disana..namun Allah jua pemberi segala2nya
syukur sangat....segalanya tersimpan kemas dalam dada kami berdua....


Walaupun kedai ini hanya sederhana..
dan masih lagi banyak...kekurangannya...namun
Perjalanan ini harus diteruskan juga....kesempurnaan...bak kita manusia..
setiap hari perlu diperbaiki mana yang ada....
Selagi ada daya dan usaha akan aku dan suami teruskan jua
Allah ada bersama...cukuplah DIA sebagai pelindungnya...


JEMPUTLAH DATANG MENJAMU SELERA...
SEKETIKA BERCUTI BERSAMA KELUARGA...ANDA
KEKEDAI KAMBING PANGGANG PAK NGAH MIE...
BT 17 JLN LAMA RAWANG .....berdekatan TESCO Rawang

Dari Toll Rawang ~~~~ selepas kedai hyundai sebelah kiri
Dari Selayang selepas tesco.....sebelah kanan
bertentangan kedai pintu DOOR SHOP WAI HONG
atau call saja Pak Ngah Mie...di talian 012 9332709/019 2284344







12 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
tenguk pinggan yg telah diias tuuu
belum diisi dgn kambing lagi
nyam nyam

Wassalam

rezeki berkata...

salam shami

alahmdulillah

bilalah pak itam nak sampai hehe

tadi kami pun baru kena kambing, sip gearbox kambing hehe

mama ju berkata...

Insyallah teringin, teringin nak datang!
Jalan2 cari makan!
Boleh tanya berapa satu pinggan ? atau kira pakai set?

boxhousestudio berkata...

salam shami

kedai buka setiap hari ke ?

dari pukul berapa sampai pukul berapa?..

kalau BHS pi TESCO Rawang, BHS teringin nak

singgah...nak kata dekat tak dekat...nak kata

jauh tak jauh dari rumah BHS

selamat berniaga..memang penat tapi seronok kan..masa penuh terisi..

Unknown berkata...

Sikit sangat aksesori dalam pinggan nya...lamb chop kat mana2 , french fries nya banyak, lamb chop nya besar..

cuba compare dengan orang lain punya untuk apple to apple comparison, tak mana sangat kosnya kalau tambah french fries lebih sket...

Dari 10 bintang , hanya dapat 3 bintang aje..sebab coleslaw pun sket. Aksesori ni penting, sebagai pengenyang..

jadi fikir2kan untuk improve..yang hat lain diaorang komen positif, nanti tak tau yang negatif nya..

nik muaz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nadz berkata...

Assallamualaikum shami,
Salam ziarah.
teringin juga nak rasa..tapi jauh kat sana...

shami2 berkata...

salam Cik rozali..

Jemputlah datang....hehhe

Salam pak itam..

Bila pak itam bawa kereta datang ..sampailah kat kedai saya..hehhe..sup gear box kambing ka..saya tak pernah makan depa kata sedap....tu..

Salam mamaju...
Sepinggan RM 10 sahaja..harga promosi...
Jemputlah datang..

Salam BHS...
Jemputalah datang satu hari nanti..kedai cuma off hari isnin sahaja..waktu niaga buat masa ni dari jam 5.00 petang sehingga jam 12 malam..
Betui tu penat..tapi seronok...

Salam malim nawar...
Terima kasih kerana beri komen...dalam blog saya...salam perkenalan...walaupun cik malim tak punya blog untuk dikunjungi
saya rasa itu kurang jujur namanya..dalam dunia blog..lontar batu sembunyikan tangan...

Saya jemput cik malim nawar datang kekedai saya untuk menikmati hidangan ni...tengok, rasa dan komen sendiri tentang harganya, ...berbanding tempat lain....baru boleh tau hidangan saya itu cukup mengenyangkan atau tidak...saya berniaga...setiap hidangan sudah pun di catur untung ruginya...bukankan itu muamalat namanya..bukan bagi makan free

Kita bangga dan sokong dengan produk makanan dari barat & yahudi..tapi kita anak tirikan produk makanan anak bangsa dan agama kita sendiri...macam2 yg dikomen hanya sekadar untuk memuaskan hawa nafsu sendiri...

Salam nadz

Jom jemputlah datang....heheh sekiranya ada urusan...boleh singgah kemari....

Mior Zahid berkata...

Salam Shami. Alhamdulillah baru balik 'pekena' kambing panggang di kedai Shami. Berjumpa dgn En Helmi. Overall kami berpuashati, mungkin ada satu, dua perkara yg belum perfect. Maklumla baru lagi. Anyway kami sekeluarga berpuashati ngan makanan yg dihidangkan. Sedap....
Selamat Maju Jaya. Mior Country Homes.

shami2 berkata...

Salam Cik Mior...

Terima kasih atas komen...dan juga pujian...
Kami beroperasi lebih kurang baru 10 hari....insyallah segala kelemahan akan diperbaiki...dari masa kesemasa...

Unknown berkata...

hmmm..tak boleh ditegur rupenya...selamat maju jaya lah kalau begitu

shami2 berkata...

Salam cik malim nawar..

Bukan boleh ke tak boleh ditegur....yg perlu dipersoalkan....
pokoknya muamalat islam menghalalkan kuantiti persembahan yg dihidangkan...dengan harga yg ditawarkan. Harap maklum...

Sekiranya secara jujur...kuantiti minta ditambah kala menikmati hidangan saya dengan ikhlas menambahkanya..tiada masalah...penawaran ada bila pemintaan juga ada...