Isnin, 3 Mei 2010

Ibadah Umrah...dan diri kita

Gambar ni adalah gambar hiasan, inilah antara impian aku menunaikan ibadah haji dan umrah bersama pasangan yang kita kasihi....tak dapat aku bayangkan bagaimana indahnya aku dan suami berjalan begandingan di dataran kaabah....menunaikan ibadah bersama2 ...seperti pasangan ini...heheh..berangan dulu boleh kut..
Semua orang pasti mempunyai impian untuk ketanah suci baik untuk mengerjakan ibadah haji atau ibadah umrah...tidak ketinggalan juga bagi penduduk di kawasan perumahan tempat aku tinggal...
Alhamdulillah..setiap tahun ada wakil2 tertentu yang menawarkan pakej ibadah haji dan umrah melalui agensi masing2. Dan bagi tahun ini tawaran seumpama turut disediakan....
namun keadaan tidak berlaku selancar tahun2 yang sudah...pada tahun ini terjadi sedikit salah faham berikutan keputusan kerajaan Arab Saudi merobohkan hotel2 dilokasi berkenaan yang terlibat dengan kerja2 pembangunan.
Berita yang diterima ternyata tidak dapat diterima oleh calon2 pakej umrah ini..
Hal yang berbangkit ialah terdapat sedikit perubahan tarikh dan juga pertambahan nilai bayaran...
Berikutan itu calon2 yang terlibat ada yang beremosi..
lantas tindakan drastik telah diambil...
dan daripada tindakan tersebut ada pihak yang telah bertindak bak perpatah pucuk dicita ulam mendatang khususnya dari pakej kedua yang menganjurkan pakej haji sahaja pada mulanya..menjadi penyelamat dengan tawaran2 umrahnya
Namun ada juga calon yang tetap setia menunggu maklumbalas mutakhirnya..
dari pakej asalnya.
Sedikit sebanyak berita perselisihan faham tersebut sampai jua ketelingaku...
Namun jauh disudut hati betapa aku sedih dengan keadaan yang berlaku..
Aku hanyalah peserta kuliah yang sama2 ingin menuntut ilmu,
Berita yang diterima cukup menyedihkan hati ini..
Betapa sikap manusia berubah sekelip mata hanya kerana kabur akan berita, mengambil kesempatan pun juga...
Dan juga gossip belaka yang ternyata menjatuhkan pihak yang asalnya..
Sanggup melontarkan tuduhan tak berasas hanya mengikut kehendak hawa nafsu semata...
Namun semua itu ternyata ujian Allah Taala...
pakej pertama dan kedua akan berlepas kesana bezanya hanya 4 hari sahaja.
betapa pencaturan Allah Taala menguji sikap manusia sesama manusia
siapakah yang kuat imannya...dimana wang menjadi pertaruhannya...
sanggup budibahasa, akhlak dan juga rasa hormat kepada tuan guru jadi pertaruhan belaka
Menangis tuan guru sedih akan anak muridnya ..yang lemah imannya
sanggup sangsi akan kepercayaan kepadanya...
Namun mereka akan bertemu jua disana kala menunaikan ibadah umrah ditempat yang sama...
Mudah-mudahan semuanya dalam perlindungan Allah Taala..
Aku menulis hanya sebagai pedoman semata....
betapa kita sentiasa dalam perhatian Allah Taala belum sampai kesana ..
Disini sudah diujiNya kita....
Aku turut menerima tempias emosional mereka...dalam kekalutan aku juga menjadi mangsa...sikap dan emosi entah sukar nak diucapkan dengan kata2..
Doaku mudah-mudahan hidayah dan petunjuk Allah berikan kepada mereka..
mengerjakan ibadah umrah bukanlah suatu ibadah untuk dimegah-megahkan hanya kerana kita mempunyai harta kekayaan semata2
tetapi penyucian jiwa dan keikhlasan kita beribadah kerna Allah Taala
adalah yang sebenarnya...dipertanggungjawabkan kepada kita..
Disamping kita juga mestilah menjaga perpaduan sesama kita serta elakkan menyakitkan atau menindas sesama kita.
Bersih sudahkan hati kita untuk menuju kepadaNya...

5 ulasan:

S berkata...

salam,

shami2,
seringkali kak s membaca catatan Shami mengenai keinginan dan kerinduan Shami untuk ke Tanah suchi.

kak s doakan smoga Allah menerima Shami sebagai tetamu Nya dalam waktu terdekat. InsyaAllah. Amin.

selalulah mengadu dan berbisik kepada Allah. Allah maha mendengar.

smoga Allah memberi sebaik2 pengajaran kepada kita semua slepas mengerjakan ibadat Haji dan umrah,

kerana Haji dan Umrah menghapus segala dosa jika kita meninggalkan sifat takbur, ujub, rafats, fusuq dan jidal. InsyaAllah.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam shami2,

segalanya menuntut kesabaran yang tinggi apabila kita pasang niat untuk ke Tanah Suci...ujian Allah akan bermula buat kita...keikhlasan kita akan diujiNya...

kak nab turut mendoakan agar shami2 & suami akan segera dijemput menjadi tetamu Allah dalam masa yang terdekat ini. amin.

rosli berkata...

Salam Shami2,

Tahun 2004 saya sepatutnya buat umrah bersama wife, ada sedikit halangan masa tu....dia pergi sorang bersama kakak2nya dan ibunya...tahun 2008 saya buat umrah sorang diri.

Bila di Makkah saya regret sgt napelah tak bawak wife lagi sekali....itu dulu. skrg baru saya faham semua ini berkait dengan doa.

Tahun lepas saya dan wife daftar haji bersama, saya yakin kali ini Allah s.w.t akan perkenankan doa saya dan wife utk buat haji bersama. Saya berserah dan redho.

Saya sangat percaya doa Shami2 Allah dah 'rekodkan' dan menunggu masa saja untuk jadi tetamu Allah. Amin

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

saya doakan agar dipermudahkan dan percepatkan kpd keluarga shami untuk menjadi tetamu Allah
amin

Wassalam

shami2 berkata...

Salam kak S...

Mudah-mudahan kak hasrat hati jadik kenyataan suatu hari nanti..terima kasih atas perkongsian nasihat dan amin untuk doa kak S yang istimewa nih..huhuhuh..

salam kak nab...
Terima kasih kak...huhuhu tengok kawan2 camtu..rasa cemas sangat..mudah-mudahan masa yang ada nih dapat digunakan untuk menambahkan ilmu didada sebanyak yang mungkin...agar terhindar dari pelbagai sifat diri yang tak baik tuh...amin untuk doa kak nab..tuh

salam cik rosli..
Balik bincang ngan ayahanda bonda ttg pemergian nih..lansung kena ceramah heheh kene pergi dua2 jgan ada yg tinggal .. pergi haji..terus bla..bla..bla hehehhe sekarang belajor2..buat pembakar semangat...hehhe, terima kasih atas perkongsian pengalaman...berharga tuh...saya impikan pergi haji atau umrah dengan suami...tak nak pergi sorang2..walau ramai yang dah mengajak.....mudah-mudahan hasrat saya dimabkbulkan Allah selalu didampingi dan mendampingi kawan2 yg dah menunaikan haji dan umrah..macam2 gelagat kawan2 yg saya dah tgok ada yang jadi bertambah baik dan ada yang jadi sebaliknya..sedih ..hanya Allah yang maha mengetahui..semuanya..mudah-mudahan kita dalam peliharaanNya...

Salam cik rozali
Amin untuk doa cik rozali tuh..mudah-mudahan menjadi kenyataan...terima kasih...atas semangat tuh..