Isnin, 10 Mei 2010

Hari Ibu

Peserta pertandingan azan sedang melaungkan azan..terasa meremang bulu roma bila suara anak kecil ni...memperdengarkan azan...bergenang air mata ..
Pertandingan menguruskan solat jenazah

Tu dia dari kiri pemenang tempat kedua, pertama dan ketiga angah..
dan sikecik tiu abang cik...mama dah minta dia stanby untuk apa2 jua penyertaan tahun hadapan ...
Itu dia wajah angah semasa menyertai pertandingan membaca khutbah


Angah dan adik mimi


Angah dan kawan2




Ini sekolah rendah agama al hidayah Taman Tun Teja Rawang tempat berlansungnya
Amal Islami peringkat sekolah2 rendah agama
Sempena hari ibu, angah telah menghadiahkan mama kemenangan ditempat ke tiga
Abang cik telah menghadiahkan mama sekuntum bunga ros merah
Adik mimi pula kerongsang
Along pula membuat panggilan telefon dengan ucapan selamat hari ibu dari sekolahnya..

















4 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

kecil2 lagi dah digalakan memberi ucapan
ucapan itu tanda penghargaan dan terima kasih

Insyaallah akan berterusan, bila beristikamah

Wassalam

shami2 berkata...

salam cik rozali..

Insyallah mudah-mudahan...dia jadi anak yang berjaya....didunia dan akhirat
Setakat hari ini dialah anak yang ringan tulang menolong mama dan baba..boleh diharap dan boleh jaga along dan adik2..hehehe...tetapi kena di asuh lagi..
Semoga anak2 kita semua berjaya...didunia dan akhirat..

taj berkata...

Salam Shami,

alhamdulillah dikurniakan anak yg soleh...moga berterusan utk kebahagian dunia dan akhirat...amin

sejuk perut ibu mengandung...

shami2 berkata...

salam taj...

Bila kenangkan masa kecik mengandungkan mereka aduhaii banyak dugaan, terutama masa mengandung angah..pernah kawan sepejabat kata...tiap2 tahun asyik mengandung jer ...kerja dia kita yang susah payah bereskan ...diam jerlah dengar semua ucapan macam tu...
Dengan izin Allah saya dapat tahu dari suami dia mereka tidak dapat anak setelah 4 tahun berkahwin bermula dari kes gugur...sudah puas berjumpa pakar ..namun gagal..itupun setelah 4 tahun saya jumpa suami dia ketika kami sama2 satu kelas sambung belajar. Kesian saya dengar luahan hati dia...setelah bertukar2 cerita lebih kurang akhirnya setahun kemudian isterinya mengandung..pada hari konvokesyen..saya dapat tgok dari jauh dia telah memiliki 2 orang anak...alhamdulillah...moral ceritar jangan sekali kita hina rezeki pemberian Allah..
Taj maaf yer berkongsi pengalaman hidup...
Alhamdulillah taj..setelah mengharungi susah payah ranjau kehidupan selama 14 tahun kahwin inilah antara detik2 manis dalam hidup kita...kan..berlenang air mata bila dapat tengok anak2 kecil menyertai pertandingan amal islami..aduh inilah harapan generasi masa depan ...buat agama, keluarga masing2 dan juga negara yang kita cintai...