P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Jumaat, 30 April 2010

Kambing oohhh kambing


Inilah rupa ternakan yang bernama kambing,
beginilah lebih kurang rupa kambing yang dibeli tersebut..gambar ini adalah hiasan.
Hampir seminggu sudah gerai kambing suami aku selesai beroperasi di KKB sempena pilihanraya Hulu Selangor...
Semangat niaga terus berkobar-kobar,
Hari isnin, panggilan diterima, ada hamba Allah tu nak buat aqiqah anaknya
Kambing aqiqah tersebut diminta untuk dibuat kambing panggang
Hari sabtu selepas solat zohor...majlis makan akan bermula....
Semalam husb telah pun membeli kambing dan semalam kambing tersebut bermalam di rumahku heheheh....malam jumaat..
Dan Isnin pula seorang sahabat telah membuat tempahan bagi majlis tahlil ayahandanya
Menu kambing panggang juga menjadi pilihan, buat santapan jemaah
Alhamdulillah...untuk rezeki yang Allah telah kurniakan kepada aku sekeluarga
Impian aku dan sekeluarga untuk membuka kedai ...tidak lama lagi bakal menjadi kenyataan..
Segala persedian dan kelengkapan hampir 90% telah dibuat...
Ahad ini kami sekeluarga akan memulakan operasi membersihkan kedai..
Walaupun luas kedai agak terhad tapi alhamdulillah pada rezeki yang telah Allah berikan...
semuanya bagai diatur....syukur pada Allah yang telah mendengar segala doa2 kami sekeluarga dan dari kawan2..khususnya untuk kami
Dan pada pagi jumaat ini juga ...sekali lagi tawaran kedua pula diterima...cukup mengejutkan dari seorang sahabat....namun aku dan suami sudah bersedia untuk tawaran yang pertama
Kini aku ada 2 pilihan tawaran si capik dan tawaran si kaya
yang datang dahulu tawaran si capik, aku dan suami sudah menerima...bayaran yang diperlukan telah dibuat...
tawaran kedua dari si kaya... semua ditanggung
kami diberi tempoh untuk memikirkan...
Namun nasihat kuberikan pada suami...istikharahlah sekali lagi....mudah-mudahan ada petunjuk yang akan Allah berikan...mudah-mudahan kita sentiasa dalam perlindunganNya.
Bukan saja CP yang mempunyai pilihan a, b dan c tapi daku dan suami yang berniaga kambing panggang juga perlu membuat pilihan jugak berada pada jalanNya....hehehhe
Kepada kawan2 yang dikasihi jom kita kongsi pandangan....masing2,...
mungkin pandangan dan pengalaman anda membantu saya membuat pilihan....insyallah

9 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam shami2,

Alhamdulillah...rezeki shami sekeluarga bertambah2 baik...kak nab doakan agar bisnes shami & suami bertambah2 maju...dan mendapat keberkatan Ilahi.

shami2 berkata...

Salam kak nab

Alhamdulillah kak..insyallah mudah-mudahan..
kak nak kekuantan dah cancel sbb nak open kedai...kat rawang, kalau dah sedia saya masukkan dalam n3...untuk pengetahuan semua

Ayah Zain berkata...

Salam Shami2

alhamdulillah, usaha murni itu akan berjaya. Amin

manzlie berkata...

salam from Makkah..


moga sukses hendaknyer...


wasalam

shami2 berkata...

Salam AZ...

Tulah pagi tadi dapat tawaran menarik..jugak..ada masa seminggu untuk solat dan beri jawapan...mudah-mudahan ada jalan keluarnya nanti...kedua2nya jiran sebelah menyebelah menghulurkan tangan untuk merealisasikan impian...

Salam CL..

Dekk akak dalam dilema pulak nih..tawaran mencurah2..datang luar dugaan..alhamdulillah kena banyak solat istiharah dan hajat..untuk minta petunjuk. terima kasih atas doa2mu tu..tak terbalas rasanya...moga dirimu dalam peliharaanNya..

Azima berkata...

Salam Kak Shami,

Kesian kat kambing tu kak..dah nak kena sembelih tu!!!

Berniaga ni best kak..tapi ada gak yg tak best..Itulah asam garam dalam berniaga...
Tak lama lagi sayapun nak ikut jejak akak gak...tapi bukan bisnes kambing arrr!!!

Semoga berjaya yer kak...

Wassalam

rezeki berkata...

salam shami

insyallah, nanti pasti dapat jawapannya
Allah yg menentukan segalanya, terus usaha,doa dan tawakkal

Atikah berkata...

Salam Kak,
Tahniah kak... kedai kat mana buka nanti?

shami2 berkata...

Salam Azima...

Kambing tu tak der dosa dek..heheh kita ni yang kena buat ibadah..diakhirat sok kita akan nampak hasilnya ..heheh sian jugak sbb tu akak takmo tgok dia..heheh
Btui tu dekk..untuk hadapi asam garam tu kita kena isi dada kita dengan iman dan takwa..mudah-mudahan kita tidak tergelincir...
Jom dekk niaga sunnah 9/10 rezeki..tuh..
Niaga apa tuh...heheh boleh citer heheh..insyallah dekk mudah-mudahan kita semua berjaya....

Salam CR...
Jawapan tu macam dah ada dah...heheh semoga saya berada dijalan yang yang benar...insyallah terima kasih atas nasihat...pak itam...tu Allah tentukan pada kita tapi kita kena pilihkan...huhuhu menitik airmata kenangakan rahmat dan nikmat yang Allah beri....

Salam tikah...
Terima kasih dekk
Kedai akak kat jln bt 16 rawang kalau dari kl ikut jln selayang lepas tesco...kalau dari highway...lepas masjid dan court mamoth..tu jemputlah datang...ajak kawan2 semua...nanti akak inform dalam blog bila dah open betul2