Isnin, 26 April 2010

Gerai kambing ~ akhir....






Semalam 25 hb April tepat jam 12 malam, berakhirlah sudah

Operasi niaga shami2 ~ kambing panggang istimewa....

ditapak Dataran Hentian KKB..sempena pilihanraya kecil hulu selangor

dimana kemenangan berpihak kepada parti berkenaan


Jelas suasana suram...diam...murung, diikuti hujan renyai-renyai...

menjelang waktu maghrib suasana jadi hening pabila berderu2 kenderaan

membawa peti undi berlalu masuk ke tempat penjumlahan..

Setelah diumumkan...sunyi jar jalan...

lengang sementelah esok isnin kerjakan

Yang berlalu kenderaan pasukan2 polis, dan pertahanan awam

depar jarr yang kongker jalan2


Petugas2 sedia maklum...keadaan keputusannya...

sejak awal petang lagi

Dikiri kanan jalan pusat-pusat pengundian..kelihatan sibuk..

Namun hari dah cukup bulan heheh mana2 kedai makan penuh laar dengan pelanggan


Gerai kambing shami2 turut menjadi tumpuan para petugas, dan pelanggan dan sedikit sebanyak info terkini sentiasa dibicarakan...

ketika mereka menikmati makanan...

telinga kita pun macam antena kan..hehe

Walaupun apa juga dibicarakan...kambing panggang

tetap jadi tumpuan

dan kepada yang sudah mencuba...

pasti mereka akan berulang2 makan...heheh

hinggakan ada yang datang dengan BMW terlupa bawa beg duit

Ada yang datang memula makan sepinggan, nak rasa akhirnya jadi 2, 3 pinggan heheh

Ada yang datang bungkus dari 1 jadi 2, 3, 4 dan sampai jadi 8, 10 pulak..heheh

Ada yang makan kambing nak ayam sekali satu pinggan..

Ada yang datang dah habis, tapi bawa pinggan minta ditambahkan..

Ada yang cakap sudah pergi serata pelusuk Msia belum jumpa kambin rasa macam nih..kan

Ada lambat diantor pesanan.. jadi marah bengang..muka merah padam

nak buat macam mana tak cukup kaki tangan

tapi kambing panggang ku tetap jadi pujaan..

Biarpun muka masam...tapi bayaran tetap dijelaskan

Ibu2, bapa2, kakak2, abang2, adik2, anak2 sukakan ..

Semua tempahan dan pembungkusan aku buat pelan2

janji permintaan ditunaikan...

dimarah kita senyum minta dimaafkan ...

Depar pun cair lah kan...


Selama 14 hari suami berurus niaga, alhamdulillah ..

Semuanya berjalan lancar....penat ..tak usah cakap larr kan

Masalah halangan, lumrah kehidupan..

Bukan kita cari, tapi itulah sikap ..kawan rakan

Nak dimaklum, takut salah faham

Tak diikut dia dah jadik komandan

Kita plan dia balan

Dia buat tak leh pakai pulakkan

Kita cakap disalahkan

Rugi kita tanggung kan..

Diam jerlah mudah-mudahan dengan izin Tuhan

Dia faham sendirian..kita elakkan permusuhan

sesama islam...biar Allah yang tentukan

hala tuju perjalanan ...

pada kita atas nama

sabar, dalam segala urusan...

Mudah-mudahan ditukar ganti

diluar jangkaan..insyallah


Bak kata sifu kita Pak itam..tak lalu nak makan asyik teguk air jer..heehh

Perut kembung ngan air pas tu jadik peluh jer...heheh

Berdiri 5 jam tanpa duduk bole jer tahan...melayan pelanggan

sedar2 tapak kaki dah pedih menahan berat badan ...

pak itam sungguh bagai dikata seronok meniaga sendiri kan..
Bila shami2 masuk jualan jadik terharukan

Gambar pun tak sempat nak dikirimkan...

maklumlah jurukamera bidan terjun kan...hehehh

Alhamdulillah pada rezeki yang Allah telah berikan,

dan juga terima kasih kepada kawan2 serta pelanggan2...

atas sokongan yang diberikan

Buat suami dan aku menapak selangkah kehadapan..

info: Insyallah satu lagi kawasan pengundian akan dilakukan proses mengundi semula berikutan kematian YBnya iaitu di Damansara tidak lama lagi...insyallah andai ada rezeki..dan juga diizinkan Allah...kambing panggan shami2 akan sampai kesana...itulah permintaan pelanggan2 yang terdiri dari pak2 polis dan juga wartawan...dan pihak2 yang berkenaan..


8 ulasan:

abang sulong berkata...

Apa boleh buat saya jauh, kalau tidak nak rasa jugak. Tapi dah pesan anak buah kat KKB tu, suruh rasa kambing panggang tu, diaorang cakap memang sedap..

Alhamdulillah shami2 berkat usaha yang gigih, collection mau lebih dari 10k tu.. hehehe

ainhany berkata...

salam kak shahmi

alhamdulillah...la dok sibuk kot kira laba..satu utk depa satu utk ceq...mudah2an rezeki berterusan dan halalal toyibban

kemenangan bukanlah ukuran pertarungan tetapi kita ingtlah janji Tuhan, pasti ada hikmahnya. sama2 kita saksikan pembikinan dan pembangunan kelak. Mana tau degn sbab kambing pakaq..dapatlah abg& kak permit kedai pasni:)

insya ALLAH nak juga merasainya kenikmatan KB nie.Akan pulak jgn pulak dok doakan YB kita meninggal je..huhuuu....bgilah peluang depa khidmat lagi setahun dua je kita nak raya besaq pulak kankan

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam shami,

alhamdulillah, rezeki dari Allah buat shami & famili. teruskan usaha gigih...kembangkan lagi bisnes hingga mendapat liputan meluas ke seluruh negara. teruskan berdoa kepadaNYA.

shami2 berkata...

Salam abang sulung

Terima kasih mai jenggah blog saya..hehe ader kaa heheh terima kasih pada depar
mai kunjungi gerai saya walaupun tak kenai..hehh
Alhamdulillah...baru menapak ... pengalaman, keyakinan dan juga secara total dalam semua urusan kena kutip untuk menapak langkah berikutnya...tidak semuanya Allah berikan dalam bentuk tunai..tapi dalam bentuk lain...insyallah tengah nak ushakan bukak kedai tetap nih...kat rawang

Salam ainhany...

Amin terima kasih ...sikit pun tak pa tapi penuh dengan keberkatan..dan dapat dikongsi dengan kawan rakan yang penuh dedikasi menolong serta seronok bekerja dalam satu pasukan..

Tidak lar pulak didoakan..dekk heheh dah kehendak Tuhan..menguji kesemua insan..adakah berpijak pada paksi kebenaran atau hanya semata wang ringgit pemberian..mata sudah kelam boleh selesaikah urusan sosial anak bangsa pemimpin masa depan. Ain kedai tetap kat area rawang...depar semua duk kata kat KKB, tu hanya sementara...jar

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami2

untung hari ini
untuk modal akan datang

didoakan agar maju jaya
atas landasan Islam dan sunah

Wassalam

aznaz berkata...

salam from Makkah


bila lah org makkah nak merasa kan...?


waslam

shami2 berkata...

Salam kak nab
Terima kasih, atas doa2 akak tu..insyallah mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik...hati rasa puas bila pelanggan datang ke dapur dan ucapkan dengan ikhlas..pada kita..nak makan lagi ..bila boleh dapat makan lagi..dimana nak cari...terharu rasa..


Salam cik rozali

begitulah adat meniaga..modal keluar, bawa untung, laburkan balik, bawak balik semula..
Insyallah berpegang pada perinsip2 muamalat dan sunnah...lain2 tu cabaran2 menduga kesabaran dan keakraban dalam persahabatan..mudah-mudahan kita bawa satu era perubahan dalam hidupnya ..biarlah..sabar Allah sentiasa bersama kita...

Salam CL..

Bila balik sini nanti kita buat makan2 lagi...boleh lah rasa...heheh

shami2 berkata...

Salam, testing