Selasa, 27 April 2010

Anak2..

Gambar masa bulan ramadhan 2 tahun lepas semasa majlis berbuka puasa & solat terawih di pejabat suami Mimos Bhd
Angah berjubah putih, hari ahad lepas dia telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan membaca khutbah, (amal islami) wakil sekolah bagi peringkat zon..9hb Mei nanti angah akan mewakili sekolah bagi peringkat daerah, angah adalah pelajar yang selalu menjadi perhatian guru2...bakat kepimpinannya terserlah...
Abang cik, juga akan menjejaki angah....


Along dan baba, Along cemerlang dalam bahasa Arab, dan sekarang dalam proses hafaz surah sajadah

Adik mimi selepas solat hari raya korban , satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, begitu petah bercakap, cepat berfikir, manja, dan disukai semua kawan...

Adik mimi, mama, baba , kak umi dan anak2



Alhamdulillah aku dan suami dikurniakan 4 orang cahaya mata..

3 lelaki dan seorang perempuan...

Along dah pun 13 tahun, ( Sekolah Agama Nadhzah Bukit Besar ~ Kedah)

angah dah 12 tahun, ( UPSR 2010)

bang chik 10 tahun (darjah 4)

dan adik mimi 6 tahun ( Taski Al fatihah ~ Masjid Nurul Iman Rawang)

Inilah antara gambar yang ada dalam simpanan.

Inilah buahhati aku, ...
Mereka semua dilahirkan secara pembedahan..

Bermakna aku telah pun melalui proses pembedahan sebanyak 4 kali..

Bila teringat balik..saat2 menghadapi pembedahan serta proses yang terlibat

Terasa sungguh ngeri...kerana pembedahan dilakukan secara separuh sedar

segala proses, dapat di dengar....

Setiap kali pembedahan terdapat pelbagai pengalaman yang aku tempuh...

Hari ini semuanya sudah berlalu...

Bila anak2 tanya macam mana proses kelahiran mereka...

aku akan tunjukkan parut pembedahan tu...

ada perubahan pada riak wajah masing2....

kerana semasa kursus kepimpinan sebagai pengawas sekolah

Angah dan abang cik ada menceritakan...mereka ditunjukkan

proses kelahiran bayi secara pembedahan...sebagai suatu pengajaran pada pelajar2...

Sepanjang proses mengandung...banyak surah2 dalam Alquran telah aku amalkan..sebagai mana banyaknya diterangkan dalam buku dan bahan bacaan....tentang pendidikan semasa proses mengandung....

Semasa proses mengandung juga adalah suatu tempoh dimana aku menyambung belajar...

3 anak2 ku...dikandung dan dilahirkan dalam tempoh waktu belajar dan yang keempat dikandung semasa konvokesyen....alhamdulillah segala pengorbanan dituai nya segulung ijazah bersama 4 orang cahaya mata...

Kini tiba masa untuk mereka belajar dan menyiapkan diri bagi masa depan mereka pula..

Doa dan nasihatku agar mereka belajar bersungguh2, patuh nasihat ibubapa dan juga guru2..ustaz dan ustazah...

jaga solat, rajin membaca Al quran...insyallah mudah-mudahan mereka menjadi insan

yang berguna pada agama, bangsa dan negara....berjaya dalam hidup mereka di dunia dan akhirat amin..









8 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

Alhamdulillah
anak2 Insyaallah menjadi belaka
semoga terus maju dgn jalan Islam

aminkan doa mama n baba

Wassalam

shami2 berkata...

Salam cik rozali

Itulah harapan pada anak2...mudah-mudahan segala harapan menjadi kenyataan...insyallah juga pada keluarga dan anak2 cik rozali jugak

ainhany berkata...

salam akak,

Pendidikan hari ini mmerlukan komitmen dan dipupuk dari masa ke semasa. Semuga anak2 kenai akar umbinya. Ain takut dgn masalah sosial yg melanda generasi hari ini,kenikmatan yg dberi disalah gunakan. Semuga, anak2 memahami kehendak agama dan takut dgn ALLAH.

melihat kpada pekembangan putera2 dan puteri tu...insyaALLAH sudah boleh bertarung degn anak2 kak chaq. Bila nak buka gelanggang utk anak2 pdkm pulak..??

shami2 berkata...

Salam ainhany..

Itulah, gejala sosial hari ni terlalu hebat, zaman sekarang kebanyakkan ibubapa bekerja...jadi anak2 kurang dipantau...insyallah jika benteng agama kita terapkan sejak kecil,mudah-mudahan mereka membesar menjadi insan yang baik...dunia dan akhirat

nadz berkata...

Salam,
Alhamdulillah..pendidikan agama sejak dari kandungan menunjukkan kesan yang jelas..

rezeki berkata...

salam shami

alahmadulillah, semoga anak2 dan shami sekeluarga terus berjaya dan cemerlang di dunia dan akhirat

4 cukup ka heheh

pak itam punya 2 aje, sepasang hehehe

shami2 berkata...

Salam nadz

Alhamdulillah mudah-mudahan segala usaha kita berhasil... itulah amanah & tanggungjawab ibu dan bapa..yang akan dipertanggunjawabkan diakhirat nanti....

shami2 berkata...

Salam CR...
Amin...insyallah anak2 dihantar belajar , ibu dan bapa juga perlu menunjukkan contoh yang baik bagi merealisasikan harapan kita pada anak2...

CR..4 dah cukup...dah hehehe itu jarr yang Allah bagi..kena didik elok2 banyak tak terdidik susah jugak...yang ada sikit dididik sempurna insyallah ..boleh..tak dak masalah... kut nak tambahan kena buka cawangan hahahahh
Opppppps mak itam ampun..nohhh tersasul..heheh