P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Selasa, 23 Februari 2010

PERJUANGAN



Kehidupan memerlukan perjuangan


Perjuangan memerlukan pengorbanan


Pengorbanan kunci untuk mencapai kejayaan


Kejayaan adalah satu kepuasan


Kepuasan apabila kita melakukan kebaikan


Kebaikan adalah Rahmat dari Tuhan


~~~~~~~~~~




9 ulasan:

manzlie berkata...

salam kak shami...

ituhlah erti KEHIDUPAN SEBENAR...

Rozali berkata...

Assalamualaikum shami2

itu sebab kita pohon kerahmatan drp Allah

Wassalam

shami2 berkata...

Salam CL...

Alhamdulillah sampai juga CL ...heheh

Kehidupan juga mematangkan fikiran...

shami2 berkata...

Salam Cik Rozali...

Sama2 kita semua mohon rahmat Allah
Tanpa jemu dan segan..

rezeki berkata...

salam shami

semoga segala perjuangan dan pengorbanan kita sentiasa berlandaskan kepad ajaran islam

insyallah

shami2 berkata...

Salam CR..

Insyallah itulah yg kita kena usahakan...moga kita sama2 berada dilandasan yg benar

rosli berkata...

Salam Shami,

Sorry lewat bagi resepi asam pedas, selamat mencuba....

ASAM PEDAS MUAR

4 keping ikan Jenahak or Merah
10 tangkai cili kering direndam
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari dihiris2
Kunyit sebesar ibu jari dihiris2
Sedikit belacan
2/3 batang bunga kantan dihiris kasar
6 helai daun limau purut
1 sudu besar asam jawa ADABI
(kalau tiada daun limau purut tukar kpd daun kesum)


1. Cili kering yg telah siap dicuci, 5 ulas bwg merah, 2 ulas bwg putih, halia, kunyit dan sedikit belacan hendaklah dikisar sekali.

2. Panaskan minyak di dalam kuali atau periuk, masukkan bahan2 yang dikisar. Kacau2 hingga naik bau, jangan tumis terlalu kering. Setelah naik bau, masukkan bunga kantan dan daun limau purut yang telah dikoyak2. Kacau2 dan masukkan air. Jangan masuk air terlalu banyak. (Asam pedas yang pekat lebih sedap daripada asam pedas yang terlalu cair. Tapi ikut suka korang ler nak cair ke pekat…) Biarkan betul2 mendidih, kemudian masukkan ikan . Kecilkan sedikit api dan tutup sehingga mendidih semula. Bubuh sedikit garam , serbuk perasa dan asam jawa yg telah diperah (guna asam jawa ADABI lagi senang, x payah perah2) ke dalam masakan. Rasakan masam dan masin masakan dan tutup api.

3. Asam Pedas anda sedia untuk dihidangkan.


* Tips baik:
Selepas masuk ikan, perlu ditutup hingga mendidih supaya ikan tersebut akan jadi lembut dan enak. JANGAN masukkan air asam Jawa sebelum masukkan ikan, ikan akan menjadi keras dan kejungg. Gerenti x sedap asam pedas korang…

SELAMAT MENCUBA…

Atikah berkata...

salam kak shami

Kebaikan adalah Rahmat dari Tuhan yang patut disyukuri...

shami2 berkata...

salam cik rosli

Alhamdulillah resepi asam pedas kegemaranku heheh
cik rosli terima kasih kongsi resepi...bole dicuba untuk hidangan mak dan ayah kat kg...nih..

salam tikah..

Betui tikah..jom kita jadi orang2 yg sentiasa bersyukur pada rahmat dan nikmat dari Allah..